MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

27 July 2008

Guru 1 ..

Salam Sejahtera.

16 Mei datang lagi. Sudah pasti kedatangan tarikh keramat ini membawa seribu erti kepada warga pendidikan. Kedatangannya juga akan meningkatkan lagi semangat dan iltizam warga pendidikan bagi mendepani cabaran semasa dan cabaran akan datang.

Tuan-tuan;
Insan bernama guru merupakan tonggak utama negara yang mampu menjana pembangunan insan yang akan menerajui negara pada masa depan. Guru pada masa ini bukan sekadar mengajar dan menyampaikan ilmu dalam bilik darjah semata-mata, tetapi lebih daripada itu guru bertanggungjawab mendidik dan membimbing serta berusaha melahirkan modal insan yang gemilang dan dapat memenuhi aspirasi negara.

Profesion keguruan kini semakin mencabar terutama dalam menghadapi karenah pelajar yang semakin dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif sama ada dari dalam mahupun luar lebih-lebih lagi dunia hari ini tanpa sempadan. Iltizam, komitmen, serta kesabaran guru sahajalah yang mampu menanganinya dengan bijaksana. Tugas guru pada masa ini bukan sahaja melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik semata-mata, tetapi dalam masa yang sama perlu juga melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

Tema Sambutan Hari Guru tahun ini ‘Guru Cemerlang, Negara Terbilang’ menuntut supaya warga guru khususnya lebih memberi tumpuan dalam pembinaan keperibadian guru agar negara menerima manfaat yang jauh lebih baik. Tambahan pula dalam rangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menekankan tentang usaha membina insan guru yang lebih berkualiti meliputi penyediaan generasi pelapis guru yang berwibawa dan tahap profesionalisme yang tinggi sehingga mencapai tahap selfactualization.

Tema ini juga menuntut warga guru agar sentiasa menerokai potensi diri serta memberi komitmen padu dalam tugas utama iaitu mendidik dengan rasa penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Akhir kata, bagi pihak warga Parlimen Gerik, saya menzahirkan ucapan terima kasih menggunung tinggi kepada semua warga pendidik yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan dedikasi demi kepentingan agama, bangsa, dan negara.

SELAMAT HARI GURU 2008


nota kaki: teks atas ialah kata aluan untuk perasmi (Timb. Menteri Penerangan M'sia) sempena majlis sambutan hari guru peringkat daerah HP, yang saya telah siapkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...