Barangkali betul juga bahawa kebahagian itu ialah apabila seseorang itu punyai wang yang berlipat-lipat, atau kereta yang berkilat-kilat, atau rumah yang bertingkat-tingkat, atau mungkin dirasakan bahagia apabila isterinya dah cukup empat!
Namun, saya kira bahagia di dunia ialah apabila kita punyai kekayaan yang lima:
1. Kaya ILMU
2. Kaya MINDA
3. Kaya JIWA
4. Kaya BUDI
5. Kaya HARTA
=JUTAWAN AKHIRAT, insya Allah...
Kaya ILMU
Ilmu sangat bermanfaat kepada sekalian makhluk Allah lebih-lebih lagi makhluk bernama manusia.
Takrif ilmu dari segi bahasanya bererti 'tahu' atau usaha untuk mengetahui tentang sesuatu. Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu seringkali dikaitkan dengan pengetahuan. Hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.
Ilmu dari segi istilah pula ialah segala pengatahuan tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek luaran (fizikal) dan aspek dalaman (mental / roh).
Ilmu merupakan tunjang dalam Islam dan menduduki tempat tertinggi. Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Membaca merupakan cara termudah untuk mendapatkan pengetahuan dan kita mampu menjadi orang berilmu dengan membaca. Hal ini dapat diilihat dengan jelas oleh kita menerusi Firman- Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW - "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk). Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya".
Sesungguhnya ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi sesuatu bangsa agar kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sarang labah-labah yang apabila ribut melanda, maka binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara.
a) I" Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)
b) " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)
c) "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )
d) a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga".
e) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".
RasululLah SAW juga banyak bersabda tentang ilmu, antaranya;
a) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " menuntut ilmu wajib ke atas setiap umat Islam"
b) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".
c) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"
c) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Sekiranya kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari hanya satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada kamu solat 100 rakaat".
Kaya MINDA