MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

23 December 2010

Anak Saudaraku

Khaulah al-Mujahidah

Mamaku Bersama Cucu Tersayang

Abahku Bersama Cucu Tersayang

Dikma dan Taufik


Abang Imran, Jue, Dikma, Taufik, bersama anak saudara mereka tersayang.


Adib Bersama Tokwan dan Tok



Hari Lahir Mamaku...







Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
bila kuberduka..
engkau hiburkan selalu..

Ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku..

Selamat Hari Lahir Mamaku Sayang..

Keletihan...



Anakku keletihan...

Melayar Samudera Sungai KT

MOHD. ADIB HIDAYAT





Menaiki teksi air di Jeti Taman Tamadun Islam berfoya-foya (bersiar-siar) sekitar Sungai Kuala Terengganu dalam Misi Lawatan Sambil Bercuti ke Terengganu bersama keluarga.

21 December 2010

19.12.2010

Aku ke Majlis Perjumpaan Guru-guru Besar, Pengetua-pengetua, dan PPD Negeri Kedah bersama Pengarah Pelajaran Kedah dan Majlis Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke Kedah.
Pengarah Pelajaran Kedah, Tn. Hj. Abdullah Saad baru dilantik menjadi Pengarah Pelajaran Negeri menggantikan Tn. Hj. Shahidan Abdul Rahman yang bersara wajib Oktober lalu. Tahniah Tuan!

Kepada Dato' Abdul Ghapur Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia juga diucapkan tahniah atas pelantikan baru menggantikan Tan Sri Dato' Alimuddin Mohd. Dom yang telah bersara baru-baru ini.

Ucapan Dato' KPPM semasa majlis perjumpaan tersebut dirasakan hampir menyeluruh dalam dunia pendidikan tanah air dan merupakan ucapan sulung sebagai KPPM di negeri Kedah dan negara ini. Tahniah.

(Saya akan cuba coretkan secara minit curai' ucapan tersebut buat tatapan umum kerana sekarang saya sedang bercuti di Negeri Batu Bersurat-Terengganu. Dalam majlis tersebut, saya dipilih menjadi jurugambar BTPN Kedah. Terima kasih Cikgu Jefri MJ! Terima Kasih)

30 November 2010

Encik Omar Hassan

Selamat Datang dan selamat menjadi blogger kepada Encik Omar Hassan.
Kunjungi blog beliau di http://Omarkoyan.blogspot.com untuk belajar cara-cara menjadi seorang jurugambar profesional. Beliau miliki banyak pengalaman dalam arena 'perkameraan'. Beliau menjadi jurugambar profesional BTPN Kedah sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan (bidang penggambaran).

Selamat Berblog Cikgu Omar.

Bengkel Pemurnian Bahan P&P

28, 29, 30 November 2010:

Berkampung di BTPN Kedah bagi memurnikan bahan-bahan pengajaran berasaskan multimedia dari pagi hingga lewat malam. Berpinar mata meneliti dan mengedit bahan-bahan dari CD sekolah-sekolah seluruh negeri Kedah. Seramai 13 orang pegawai teknologi pendidikan dari PKG terpilih seluruh Kedah menyertainya.

10 November 2010

Kaya di Dunia, Jutawan di Akhirat


Memang menjadi impian kita agar hidup sentiasa bahagia. Ada yang mentafsirkan bahagia ialah apabila kita kaya, cukup segala kelengkapan. Bahagia dapat ditakrifkan dengan pelbagai maksud kerana ia bersifat abstrak mengikut keperluan seseorang. Lanjutkan bacaan anda di laman http://genta-rasa.com (pada bahagian pautan laman blog ini) dan anda akan menemui seseutu yang menarik kupasan As-Sheikh Sahibul Fadhilah Protaz Pahrol Mohd Juoi.

Barangkali betul juga bahawa kebahagian itu ialah apabila seseorang itu punyai wang yang berlipat-lipat, atau kereta yang berkilat-kilat, atau rumah yang bertingkat-tingkat, atau mungkin dirasakan bahagia apabila isterinya dah cukup empat!

Namun, saya kira bahagia di dunia ialah apabila kita punyai kekayaan yang lima:

1. Kaya ILMU
2. Kaya MINDA
3. Kaya JIWA
4. Kaya BUDI
5. Kaya HARTA
=JUTAWAN AKHIRAT, insya Allah...


Kaya ILMU

Ilmu sangat bermanfaat kepada sekalian makhluk Allah lebih-lebih lagi makhluk bernama manusia.

Takrif ilmu dari segi bahasanya bererti 'tahu' atau usaha untuk mengetahui tentang sesuatu. Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu seringkali dikaitkan dengan pengetahuan. Hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.

Ilmu dari segi istilah pula ialah segala pengatahuan tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek luaran (fizikal) dan aspek dalaman (mental / roh).

Ilmu merupakan tunjang dalam Islam dan menduduki tempat tertinggi. Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Membaca merupakan cara termudah untuk mendapatkan pengetahuan dan kita mampu menjadi orang berilmu dengan membaca. Hal ini dapat diilihat dengan jelas oleh kita menerusi Firman- Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW - "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk). Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya".

Sesungguhnya ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi sesuatu bangsa agar kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sarang labah-labah yang apabila ribut melanda, maka binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara.

Ilmu diangkat sebagai perkara paling hebat sehingga disebut Allah dalam Al-Quran dengan pelbagai cerita, kelebihan, dan kepentingan. Antara ayat-ayat yang dijelaskan Allah dalam Quran tentang ilmu seperti berikut;

a) I" Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)

b) " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

c) "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )

d) a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga".

e) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".


RasululLah SAW juga banyak bersabda tentang ilmu, antaranya;

a) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " menuntut ilmu wajib ke atas setiap umat Islam"

b) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".

c) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

d) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, oleh itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali kamu bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu: yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar, dan yang mengintai mereka."

c) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Sekiranya kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari hanya satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada kamu solat 100 rakaat".




Kaya MINDA





Slip Gaji - Sistem Terkini

Tuan-tuan warga penjawat awam di Malaysia kini perlu mencetak sendiri slip gaji bulanan, dan tahunan masing-masing. Layarilah laman www.anm.gov.my .

Pada saya, sistem ini dapat menjimatkan penggunaan kertas dan wang negara. Paling penting, apabila ia dijimatkan, dapatlah bonus untuk tahun 2011. YESSS!!!

01 November 2010

Salam...

Sudah agak lama saya tak mengemaskini blog saya. Pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Saya sekarang tidak lagi bertugas di sekolah. Saya telah bertukar pejabat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sg. Limau bermula pada 17 Oktober 2010 yang lalu.

Mama dan abah saya sangat menyukainya dan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya atas tugas baru ini. Isteri juga ada. Tidak lupa juga kepada Cikgu Azmi (PTP PKG PH) yang memberi sokongan moral dan input berguna. Tn. Hj. Md Zin (KPP BTP Kedah), En. Zahari (Pen Pengarah BTP Kedah) dan Cikgu Din (PTP PKG SL) juga diucapkan terima kasih atas sokongan kalian.

Sejarah perkhidmatan saya bermula dari lereng bukit (Gopeng, Perak) ke atas bukit (Pengkalan Hulu, Perak) ke dalam estet (Pendang) dan sekarang ke sungai (Sg. Limau, Yan). Begitulah hidup ini sementara menunggu ke tanah!

20 September 2010

Aidilfitri Bersama Puteraku...





Salam Lebaran Aidilfitri

Ramadhan telah berlalu kerana tibanya Syawal. Bagi kanak-kanak, Syawallah paling dinanti-nantikan oleh golongan ini kerana pada mereka Syawal mengundang banyak kegembiraan. Bagi golongan ahli ibadah pula, mereka sangat hiba dengan kepulangan Ramadhan kerana merasakan banyaknya nikmat yang dikaut dan diperolehi pada bulan tersebut. Justeru, tidak hairanlah bulan Ramadhan digelar sebagai Ramadhan Al-Mubarak yakni Ramadhan yang penuh keberkatan.
Kita masih mengharapkan agar Ramadhan tahun hadapan dapat kita berada di dalamnya supaya kita dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda untuk kita jadikan bekal di akhirat nanti.
Akhir kata: Rejab dengan Asyuranya, Syaaban dengan Nisfunya, Ramadhan dengan LailatulQadarnya, dan Syawal dengan Kemaafannya. Sambutlah salam kemaafan tulus dan ikhlas daripada saya sefamili.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walilla hil hamd.
Minal aidil wal faizin
Salam Hormat;
Luqman Hidayat

01 September 2010

Salam

Anda kini boleh memberi komen atau pertanyaan atau sebarang perbualan pada blog ini tanpa perlu mendaftar.

Klik, comment pada bahagian bawah sesuatu topik.
Tunggu.

Taipkan mesej anda.

Ke bawah dan tulis paparan yang huruf yang anda nampak pada kotak yang disediakan.

Ambil/klik pada anynomous.

Klik pada publish your comment.

Itu aje..terima kasih..

27 August 2010

Majlis Cukur Jambul & Bertahnik

Bertahnik (membelah mulut) oleh sahabatku Ustaz Firdaus al-Hafiz...





Bercukur Jambul




24 August 2010

Aku kini...

Aku baru p tangkap gambaq tadi..saja ja nak tayang ni..

Kenangan sepanjang hayat...

Sahabat-sahabatku sewaktu di IBMM, Kuala Lumpur tahun 2002-2004.

Telah 6 tahun berlalu. Sewaktu bersama dulu, pelbagai perkara kita telah lalui. Pelbagai denai telah kita redahi, pelbagai semak telah kita sama-sama tebas, ranjau telah kita sama-sama terjah. Sedar tidak sedar, sudah enam tahun lamanya berlalu, namun ia masih segar di benak fikir aku. Pelbagai ragam kita sama-sama tontoni dan kita sama-sama selesaikan. Ada tangisan, ada ketawa berderai-derai.

Hari ini, entah mengapa perasaanku terkenang kamu semua. Teringat aku pada kalian. Sungguh! Barangkali mungkin juga sebabnya...sebab, aku sekarang sedang OBJ (orang bini jauh) hehe..Buat isteriku yang kucintai, ini semua kenangan lama masa belajaq dulu-dulu..jangan jeles2 tau! Abah dan mamaku, dan semua.

Sedikit gambar yang dapat aku paparkan...


Kami sekelas ke Gunung Ledang, Johor.

Bersama teman-teman dalam kelas

Dudu dari kiri: Hothmarliana, Bonda Kamaliah, Bonda Roshani, Kak Zu.



Jamuan Perdana: aktiviti tahunan IBMM di PWTC

Dari kiri: Kamil, Ashrul Nizam, Luqman, Azwan

Meraikan geng MP Tun Abdul Razak, Sarawak ke IBMM
(student MP TAR sorang je, kiri sekali - Dahlan)

Jamuan Kelas di McD Bangsar

Aku bertukar hadiah dengan Azwan
(leceh betul..aku dan dia sama-sama beli hadiah yang sama - bekas CD)

Kiri: Kak Zu, aku, Kak Idah
(kakak angkat aku)

Gambar ni aku ambil dari FB


Jamuan di McD, Bangsar

Kenangan yang 'still warm'

23 August 2010

Abah dan Mamaku...mencari damai!

Sebelah kiri: mamaku, sebelah kanan: abahku.
Pemandangan di persisir pantai di Langkawi.
(mencari damai -barangkali)

Abahku melalui potret...

Ketika abahku sedang memberi ucapan di SMK Siong, Baling, Kedah.



Wajah-wajah 3: Hari Lahir Abahku

Kami menyambut hari lahir abahku ke-58 tahun.
Sedikit masa lagi akan aku coretkan sekitar Majlis Persaraan Abahku
pada 15 Julai 2010 (Khamis)


























Maksu dari Langkawi pun turut hadir...Terima kasih maksu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...