MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

31 July 2008

Salam Hormat


Salam Bahagia.

Selamat Datang ke blog saya.
Perbincangan umum, berformat pandangan peribadi hasil daripada rujukan pelbagai bahan.


Salam Hormat;
Luqman Hidayat

30 July 2008

Mencari Ilmu...

Dengan tawaran Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kelebihan pensiswazahan, kelihatan para guru berduyun-duyun memohon kursus-kursus lanjutan peringkat ijazah pertama. Tahniah.

Pada saya, melihat dari beberapa sudut;

Pertama; zaman yang memerlukan penguasaan ilmu pengetahuan. Siapa yang mempunyai disiplin ilmu yang tinggi, semakin tinggi ia, semakin disanjung. Bukanlah bermakna mahukan sanjungan, tetapi lebih pada tuntutan semasa.

Kedua; tawaran KPM yang baru. menjanjikan beberapa kenaikan gaji dan gaji akhir yang baik.

Ketiga; matlamat KPM untuk mengijazahkan semua guru dalam masa 10 tahun lagi.

Keempat; golongan guru muda lepasan IPG adalah bertaraf ijazah dan bergaji tinggi, sedangkan guru senior yang sudah lama berkhidmat hanya tidak sampai gaji mula guru muda tadi. Satu cabaran!

Kelima; semua orang bercakap tentang menyambung pengajian, maka semua guru pakat-pakat mengisi portal menyambung pengajian.

Keenam; tawaran percuma oleh KPM bagi menamatkan pengajian peringkat ini.

Alhamdulillah..nampaknya seruan Nabi Muhammad bermaksid 'tuntutlah ilmu hingga ke negeri China' semakin difahami, dituruti, dan ditaati.

Isra' Mikraj

Peristiwa Isra' dan Mikraj akan disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Peristiwa agung ini ada dicatatkan dalam ayat pertama surah al-Israk. Peristiwa ini sangat penting bagi menilai keimanan dalam proses mentarbiah, merawat kiwa hamba manusia kini.

Mengingati maksud Surah Al-Isra' ayat pertama bermaksud;
Maha suci Allah, yang memperjalankan hambanya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang penuh keberkatan, bagi menunjukkan ayat-ayat Kami, sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha melihat.

Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada 'Sirah Nabawiyyah'.

Peristiwa tersebut memperlihatkan kekuasaan Allah menggerakkan seorang hambanya (disebut hamba sebagai mengangkat dan mengiktiraf Muhammad SAW sebagai orang paling dekat dengan-Nya) dari satu tempat ke satu tempat yang jaraknya ribuan batu kilometer dalam satu malam.

Isra' bermaksud perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan Mikraj pula bermaksud perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul-Muntaha.

Perjalanan Nabi SAW ke sana dengan menaiki kenderaan lebih baik dari Mercedes Benz (dan sudah tentunya lebih baik dari Perdana V6!). Tidak memerlukan penjagaan yang serius atau mahal. Burung Burak namanya. Kenderaan dari syurga. Lajunya 600 tahun perjalanan.

Mimpikah Nabi? Tidak!! Kerana dalam ayat tersebut 'memperjalankan hambanya dari ...' bermakna, hamba itu dibawa bukan bermimpi.

Dan bergerak pula ke angkasa, menjejak bintang, melihat peristiwa lama dulu. Berjumpa Masyitah si tukang sikat anak Maharaja Firaun, bertemu nabi Ibrahim, mendapat perintah syariat solat, dan berbagai-bagi lagi.

Juga bertemu seorang perempuan tuan yang bongkok, bermaksud dunia kita yang sudah terlalu tua. Peristiwa itu berlaku kira-kira 1 400 tahun dahulu. Apakah wanita tua itu masih berjalan terbongkok-bongkok? Tidakkah berhenti berjalannya wanita tua itu? Ertinya bumi sudah TERLALU hampir dengan kiamatnya.

Peristiwa isra' mikraj.

Anehnya, berlaku dalam satu malam! sekitar 12 jam..Bermula pada selepas isya' hingga sebelum subuh.

Peristiwa ini bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah, tetapi lebih penting perkara selepas itu. Menilai kepercayaan dan aqidah umat pada masa itu. Kumpulan pendengar sewaktu Nabi menceritakan hal itu, terbahagi kepada tiga;
i) Yang percaya sungguh-sungguh;
ii) Yang menentang sungguh-sungguh;
iii) Yang kurang pasti, agak-agak, atas pagar.

Selepas pulangnya Baginda SAW, Baginda menyendiri seperti punyai masalah. Pada waktu itu datanglah seorang lelaki namanya Abu Jahal.

Abu Jahal seorang bukan Islam, dan memusuhi dengan Nabi. Tetapi, anehnya Baginda Nabi menceritakan perkara pelik ini kepada Abu Jahal. Persoalannya, mengapakah kita perlu bercerita sesuatu yang jauh dari jangkauan manusia kepada orang-orang yang sukar dipercayai? Apakah Nabi silap?

Tidak! Falsafahnya ialah bahawa ajaran Islam hendaklah disampaikan kepada seluruh umat manusia (bukan sahaja umat Islam) tanpa mengira kedudukan, kepercayaan agama, darjat, dan di mana sahaja.

Kesan selepas Nabi menceritakan kejadian itu kepada Abu Jahal, Abu Jahal lantas mengumpulkan seluruh umat Mekah di sebuah kawasan lapang di padang pasir (lebih kurang stadium kalau sekarang ini).

Berita pengumuman ini tentunya mendapat sambutan luar biasa kerana ia sesuatu yang menakjubkan. Saya kira, kalau ada zaman itu surat khabar atau media televisyen, nescaya mendapat liputan luar biasa!

Baginda Nabi memulakan ucapan lebih kurang begini; Tuan-tuan, jika aku katakan ada segerombolan musuh di belakang bukit sana sedang hampir menyerang kita, adakah tuan-tuan percaya? Jawab mereka, sure..sudah tentu kerana engkau tidak pernah berbohong..engkau ya Muhammad tidak pernah menipu..engkau kan Al-Amin!

Jadi, jika aku katakan bahawa malam tadi sesudah isya' , aku ke Masjidil Aqsa dan terus ke angkasa. Pulang ke Masjidil Haram pada sebelum subuh tadi. Percayakah kalian?

Pada sebelum ini mereka beramai-ramai mengakui dan membulatkan kepercayaan pada kata-kata Nabi, tetapi setelah penceritaan tentang Isra' Mikraj, maka kumpulan audiens tadi berpecah kepada 3 iaitu percaya penuh dan yakin, percaya tanpa yakin, dan tidak percaya malah menentang.

Sesungguhnya, yang percaya penuh dan yakin dengan kata-kata Nabi, maka mereka terus beriman dan Islam.

Abu Bakar as terus terang menyatakan kepercayaan kepada kata-kata Nabi.

Manakala saudara Abu Jahal pula terus terang menyatakan ketidakpercayaannya kepada pernyataan Nabi ini. Lalu dikatakan Abu Jahal menggenggam kedua-dua belah tangannya sambil berkata, celakalah kau wahai Muhammad, celakalah kau sepanjang hari...

Dalam masa yang sama, Allah menurunkan wahyu dalam surah khusus ditujukan kepada Abu Lahab iaitu surah al-Lahab..Tabbat ya daa abi lahabiu watabb..kira-kira bermaksud, celakalah kau wahai Abu Lahab, celakalah kau! -

Peristiwa Isra' Mikraj ini merupakan peristiwa penting dalam Islam. Falsafah besar dalam peristiwa ini ialah menuju kejayaan dunia dan akhirat, atau menuju akhirat melalui penguasaan dunia (tanpa melupakan dunia).

.........................................................................................................................................................................

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj;
(dipetik dari laman web hrkhd.net)

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.




rum@h dan impi@n

Tentunya setiap orang atau pasangan inginkan rumah sendiri bagi meneruskan kehidupan kemudian hari. Katanya mahu berdikari sendiri.

Saya melihat kebanyakan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, seperti menjadi kewajipan berpindah dari rumah orang tua mereka. Alasannya mahu berdikari.

Tentunya banyak yang tersirat daripada pengertian berdikari itu. Antara lain keserasian antara 'orang baru' dengan mertua.

Rumah!

Sahabat saya, Kamil (pak sheikh), katanya telah membeli sebuah rumah di Kampar. Taman Sejahtera Indah, Mambang Diawan. Dengan berbekalkan perasaan standard ketika ditanya - sangat bersyukur dapat beli rumah, ada harta sendiri, walaupun kecil.

Pada saya, rumah sebagai satu aset masa depan. Tak beli sekarang rugi. Kalau beli, ada plak yang kata lebih baik buat sendiri - puas hati. Apapun, tak rugi beli sekarang. Kita belum tahu harga rumah pada masa depan.

Harga sekampit simen sebelum ini RM 9 ke RM 10 shj. Tapi sekarang dah hampir RM 20 sekampit. Kalau harga simen setinggi itu, sudah tentu harga rumah lebih melambung!!

Kita belum pernah dengar lagi harga rumah jatuh jika lokasi kena. Sebagai contoh, di Gurun, rumah pada 20 tahun lalu sekitar RM 30 ribu, sekarang jika dijual sudah cecah RM 70 ribu.

Tetapi, kawasan baru membangun seperti Kulim, harga rumah tidak terlalu tinggi sekarang walaupun rumah baru. Memandangkan rumah baru dibina terlalu banyak, taman-taman baru dibuka terlampau cepat, kawasan bukit dan hutanm ditebang untuk dibuka kawasan perumahan baru, menyebabkan harga rumah tidak berapa tinggi.

Dikhabarkan seorang rakan dari Kulim, harga rumah sewa sekitar RM 250 bersaiz 3 bilik. Murah! Rumah baru pun masih banyak belum dibeli. Sedangkan rumah yang telah dibeli pun hendak dijual.

Di Kulim, kawasan sedang membangun. Ada Politeknik, ada hospital, ada kawasan perindustrian, ada kawasan membeli belah yang besar. Sempadan dengan Taiping. Pada saya, lebih maju dari Taiping. Namun, disebabkan bilangan rumah yang terlalu cepat naik, dan bilangan penduduk yang belum memenuhi kawasan di sini, menyebabkan rumah-rumah tersadai menunggu pembeli.

Apapun, TAHNIAH buat sahabatku Kamil Pauzi Mahfudz kerana telah berjaya memiliki rumah pada usia semuda 25 tahun!!
-moleklah, pada usia 24 tahun, dia dah bertangga!..

...to be continue...
*ade kelas..

e-mel saya

e-mel saya:

dayat_lq@yahoo.com
atau;
luqman_hidayat@yahoo.com


*pertanyaan lanjut tentang apa sahaja boleh dikemukakan termasuk tentang PRUDENTIAL INSURANS..
*nasihat dan saranan
*pendapat dan pandangan

*luahan rasa dan perasaan

28 July 2008

Haziq Ikhwan

Muridku...
yang jurus dan lurus..
baik dan taat..
mahu tahu dan rajin..

semoga berjaya

27 July 2008

Merbok...

Punyai kenangan terindah buat diriku...

Teman hidupku...

teringat aku nasihat pujangga;

kalau mencari tempat mandi,
pertama teluk, kedua pantai;
kalau mencari calon isteri,
pertama elok, kedua pandai.


Elok: peribadi, akhlak, paras wajah, perhubungan (pr)
Pandai: segala-gala, paling penting jaga hati suami, memasak, jaga diri

Ada tambahan?
Berilah komen...

Program Anak Perak 2008





Pertandingan Multimedia Production Workshop For Primary Schools In Perak di Ipoh.
Program ini adalah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Perak, diselia oleh K-Perak Corperation, dengan kerjasama UPSI dan JPN Pk.

Aku akan bawa budak sekolah aku ke ipoh pada esok hari bagi pertandingan tersebut.

buat kelas

hari aku buat kelas..dari pagi sampai petang..hari ahad..

CINTA

Cinta...
mencari, dicari atau hadir sendiri?

Mencari;
beerti suatu proses tugas lazim
ia ada, dengan usaha

Dicari;
beerti menunggu
ia sedang hadir dengan dikejar seseorang

Hadir sendiri;
beerti jangan khuatir
ia tetap tiba
dengan warnanya yang indah

Mana terbaik?

P.A.S.R.A.H ?
S.E.R.A.H ?


pada ALlah jua...amin

Brother Nazihan

Sahabatku Nazihan Nazir..
selamat datang ke blog aku

kekandaku...



Abangku..
imran namanya..

bulan ogos ini abangku yang seorang itu akan mendirikan rumah tangga.
aku dapat beberapa huraian;

1. Keluarga kami bertambah ahli;
2. abangku telah lepas dari kami sekeluarga;
3. telah bebas dia daripada tanggungan mak bapak;
4. dapat hidup berdikari;
5. dapat jadi golongan Rasul (Hadis: barangsiapa tidak berkahwin, bukan dari golonganku)
wallahu a' lam...
6. tak dapat berlawak dan bergurau senda yang babas dengan abangku lagi.

Semoga abangku menjadi suami yang baik dan bertakwa..

Fatihah..

makna bacaan surah Al-Fatihah..
(serta takrif ayat yang saya fahami)

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
sesungguhnya, Allah itu sifat pemurah dan penyayang-Nya melangkaui batas agama, kaum, negara, tahap dan seumpamanya. Pemurahnya Allah, tidak kira orang yang beriman atau tidak beriman, selalu solat atau selalu tinggal solat, selalu bercakap kebajikan atau selalu berbohong, semua dapat menerima sifat ini..bagi sifat penyayang pula, hanya orang-orang beriman sahaja dapat merasai kehadiran sifat ini dalam jiwanya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Selayaknya Allah yang dipuji..Bos hebat, PM hebat, menteri2 hebat, tetapi, marilah kita bertanya siapakah mencipta mereka? Tentunya pencipta lebih hebat..

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Pemurah (bagi semua makhluk) dan penyayang (hanya orang-orang beriman sahaja)..

Yang menguasai hari pembalasan.
Pengarah pada hari kiamat nanti, hakim teragung nanti..penguasa mutlak..sekarang, ada penguasa, yang berkuasa mengikut budi bicara dan kitab perlembagaan, akhirat nanti hanya Allah yang berkuasa..

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Doa kita memohon kepada Allah bahawa hanya Allah yang kita sembah dan kita mohon bantuan-bantuan..

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Luruskanlah, benarkanlah, redhailah jalan mendatang kami agar kami tidak sesat di dunia, agar hati kami tidak berbolak balik, agar kami tidak terpengaruh dengan nikmat dunia..Redhailah kami..
Amin...

Bos aku...

Bos aku, cikgu Yusof T..

bergaya dengan skuter Ego barunya..

macam orang mudeee...

Guru 2..

Assalamualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kepada Allah Maha Agung kerana dengan keizinannya kita dapat menyambut Hari Guru pada tahun ini sekali lagi. Sambutan Hari Guru ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan yang tinggi kepada warga pendidikan atas sumbangan, peranan, dan tanggungjawab yang telah dipikul saban hari dengan cemerlang demi menjayakan misi negara bagi melahirkan insan yang kamil (sempurna) dari segenap segi.

‘Guru Cemerlang, Negara Terbilang’ merupakan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tema ini menuntut supaya warga guru khususnya dan warga pendidikan memberi tumpuan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan kewibawaan seseorang guru iaitu kekuatan intelek, kepemimpinan berwibawa, kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah, dan kecintaan terhadap profesion keguruan.

Tema ini amat bertepatan dengan zaman baru yang semakin hari semakin mencabar. Zaman baru ini menuntut supaya guru lebih mahir dalam setiap bidang. Zaman ini menyaksikan gelombang perubahan hasil daripada kemajuan sains, kecanggihan teknologi, dan ledakan ilmu. Bagi menangani perubahan ini, warga guru perlu lebih peka dan sentiasa bersedia untuk turut sama berubah bagi menghadapi keadaan ini. Dalam erti kata yang lain, guru harus bersedia untuk belajar, belajar semula serta menjadi pelajar sepanjang hayat agar tidak ketinggalan dalam arus perubahan yang amat deras ini.

Generasi pelajar akan datang dididik bukan sekadar mahu menjadikan mereka cemerlang sahaja, tetapi berkemampuan menangani cabaran yang lebih kompleks pada masa depan seiring arus perubahan zaman. Komitmen guru amat penting untuk melahirkan seramai mungkin insan yang cemerlang dan gemilang demi membentuk dan mengekalkan kemajuan negara.

Oleh itu, sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya menyeru semua warga guru agar sama-sama memberi anjakan terkini dalam bidang pendidikan seperti yang dirumuskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan harapan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Kepada warga guru; jadilah guru yang sejati. Guru sejati memanusiakan manusia, demi kemajuan yang bukan sia-sia. Guru sejati berbudi bahasa, berkhidmat demi nusa dan bangsa. Marahnya sayang tegurnya kasih, mulutnya manis hatinya bersih. Guru ibarat sesudu gula, manisnya diingati sampai bila-bila. Terima kasih cikgu!

SELAMAT HARI GURU 2008
GURU CEMERLANG, NEGARA TERBILANG


nota kaki: teks atas ialah kata aluan oleh PPD HP sempena majlis sambutan hari guru peringkat daerah HP yang telah saya siapkan.

Guru 1 ..

Salam Sejahtera.

16 Mei datang lagi. Sudah pasti kedatangan tarikh keramat ini membawa seribu erti kepada warga pendidikan. Kedatangannya juga akan meningkatkan lagi semangat dan iltizam warga pendidikan bagi mendepani cabaran semasa dan cabaran akan datang.

Tuan-tuan;
Insan bernama guru merupakan tonggak utama negara yang mampu menjana pembangunan insan yang akan menerajui negara pada masa depan. Guru pada masa ini bukan sekadar mengajar dan menyampaikan ilmu dalam bilik darjah semata-mata, tetapi lebih daripada itu guru bertanggungjawab mendidik dan membimbing serta berusaha melahirkan modal insan yang gemilang dan dapat memenuhi aspirasi negara.

Profesion keguruan kini semakin mencabar terutama dalam menghadapi karenah pelajar yang semakin dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif sama ada dari dalam mahupun luar lebih-lebih lagi dunia hari ini tanpa sempadan. Iltizam, komitmen, serta kesabaran guru sahajalah yang mampu menanganinya dengan bijaksana. Tugas guru pada masa ini bukan sahaja melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang akademik semata-mata, tetapi dalam masa yang sama perlu juga melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

Tema Sambutan Hari Guru tahun ini ‘Guru Cemerlang, Negara Terbilang’ menuntut supaya warga guru khususnya lebih memberi tumpuan dalam pembinaan keperibadian guru agar negara menerima manfaat yang jauh lebih baik. Tambahan pula dalam rangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menekankan tentang usaha membina insan guru yang lebih berkualiti meliputi penyediaan generasi pelapis guru yang berwibawa dan tahap profesionalisme yang tinggi sehingga mencapai tahap selfactualization.

Tema ini juga menuntut warga guru agar sentiasa menerokai potensi diri serta memberi komitmen padu dalam tugas utama iaitu mendidik dengan rasa penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Akhir kata, bagi pihak warga Parlimen Gerik, saya menzahirkan ucapan terima kasih menggunung tinggi kepada semua warga pendidik yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan dedikasi demi kepentingan agama, bangsa, dan negara.

SELAMAT HARI GURU 2008


nota kaki: teks atas ialah kata aluan untuk perasmi (Timb. Menteri Penerangan M'sia) sempena majlis sambutan hari guru peringkat daerah HP, yang saya telah siapkan.

salimi hussin


Ibarat pinang dibelah dua ...
Tak sabar rasanya dia ye..tunggulah dulu bang..hehe


Selamat Pengantin Baru..

semoga menjadi suami terbaik..
p/s:jaga anak orang tue bebaik..

Sahabatku Kamil Pauzi Mahfud..

Kugelar dia sebagai pak sheikh..

Suka bercakap perihal rohani (agama), dan politik tanah air.
Orang kuat satu parti besar (pembangkang dan kerajaan).
Kacak!

Sudah menikah, punya dua anak;
seorang nama Muhammad Luqman b. Mohd. Kamil Pauzi bin Mahfuz (sempena namaku katanya, kiranya Luqman J.R) dan kedua Ahmed Mahfuz b. Mohd. Kamil Pauzi bin Mahfuz..

Isterinya; kak ina (Roslina Khamis -Puan-)..memang padan depa berdua, sama cantik, sama lawa, sama padan!!

Baru-baru ini, ibunya sakit..ku hanya kirimkan doa buat ibunya..
semoga sembuh segera..

Bayangkan ...

Bayangkan....

Situasi satu: sewaktu hujung bulan, gaji sudah tinggal sedikit, kita menderita sakit, masuk hospital kerajaan, lama menunggu (Q), operation juga lama lagi Q, nak masuk hospital swasta tak berduit..

Situasi dua: duit banyak, ambil di bank, tiba-tiba dirompak, perut ditikam, nak masuk hospital, terpaksa masuk hospital kerajaan..oklah, sepatutnya dapat masuk hospital swasta, terpelihara rapi, layanan mesra..

Situasi tiga: duit banyak, dapat masuk hospital swasta.. operation kena RM 20k, duit banyak oklah..

Tapi, ada cara yang dapat diselesaikan ketiga-tiga situasi tersebut..

Dengan cara menyertai insurans.

Melaluinya, kita dapat pelbagai faedah pada waktu yang diperlukan (seperti dalam situasi satu dan dua), dan kita juga dapat menyimpan RM 20k itu walaupun masuk hospital swasta.

Insurans akan cover pelanggannya dengan pelbagai faedah.

Antaranya, masuk hospital, bayaran perubatan tak dikenakan langsung. hanya perlu bayar 10% daripada keseluruhan bayaran. Tu pun antara RM400 - RM 1000 sahaja.
Misalnya kena RM 20k, hanya bayar RM1k aje, kena RM9k, bayar RM900 aje.

Elaun bermalam juga dapat..elaun sehingga RM 400 semalam.sape nak bagi..

Pendek kata, hubungi saya jika nak tau lebih lanjut..
saya ejen insurans PRUDENTIAL TAKAFUL..
emel saya di: dayat_lq@yahoo.com

Sesunguhnya, situasi seperti atas adalah cerita sebenar yang saya kutip dari klien saya.
Kita rasa tak perlu lagi, kita masih sihat, duit banyak lagi, tetapi kita tak tahu masa depan kita!! apa yang kita nak tinggalkan pada anak kita, isteri kita atau keluarga kita jika terjadi apa-apa ke atas kita..
Sayangilah mereka..

Wassalam

Puan Rosninah Ghani;

Pensyarahku ini sangat serius..

pernah dia memulangkan assignmentku untuk dibaiki semula..
punyalah keret..

2 bulan lalu, beliau menghubungiku..

katanya dah berpindah ke Ins. Perguruan Islam, Bangi..
Masih lagi pensyarah PJ

Ditanya kenapa puan berpindah ke sana?
Jawabnya "sebab awak selalu panggil saya ustazah!"..
gelak besar saya..

Tuan Haji Kamal Dasuki

Haji Kamal..

Lirik kata dalam bahasa yang tingi, sukar dimengerti, terlalu dasar..tapi penuh beerti..
Berjiwa besar, bertubuh kering, berambut kerinting, sangat suka berfikir.

Saya pernah ke rumah beliau, meminta pandangan tentang perihal kerosakan akhlak mudamudi zaman ini (sebagai persediaan saya menjadi ahli panel forum pemimpin pelajar di UIAM, Gombak bagi pesta konvokesyen 2004).

Sehingga sekarang, saya masih menghubungi beliau, minta pendapat tentang isu-isu semasa..

ulasan beliau hebat..

Tuan;
Dalam diam, saya mengagumi tuan!!

Ibu K (ibu camelia)...

Ibu Camelia..ibuku ini meminta dipanggil ibu K (nak popular le tue..)..nama beliau Kamaliah Siraj..

Beliau pensyarahku..gurukulah juge..paling kelakar..

Beliau sangat rapat denganku sehingga kini..

Ibu K juga pensyarah paling popular di maktabku..

IBU K...

Pn. Dr. Roshani Abdullah

Salam..

Aku suka ceritakan kisah guruku yang dikasihi;

Pn. Roshani Abdullah nama beliau.
Aku suka caranya menyampaikan kuliah kelas semasa di maktab dulu.

Beliau tutor kumpulan satu lagi, bukan kumpulanku. Tetapi, beliau sangat rapat denganku.

Pn Roshani lembut orangnya, menyampaikan kuliah dengan bahasa yang lembut, lemah gemalai, mudah difahami, gaya bahasa menarik sesuai dengan audien..

Dan beliaulah antara idola saya sewaktu mengajar!

Kuceritakan pada mama dan abahku tentang beliau, dan mereka teruja untuk bertemu dengan beliau. (mungkin cara penyampaian saya menyebabkan mereka teruja!!)

Terima kasih ibu roshani...

25 July 2008

Fatihah dan Takziah

Aku rakamkan ungkapan takziah buat sahabatku azwan bin ahmad atas pemergian ayahanda kesayangannya ke rahmatulLah pada dua minggu lalu....

Sepanjang ingatanku, ayahandanya seorang yang serius pada wajah, ramah pada bicara.
payah berbual, payah juga berhenti setelah mula.
paling hebat, allahyarham pandai membancuh kopi O panas.
hingga saya minta tambahlah.
semoga roh allahyarham diberi ampun dan rahmat-Nya.

al-Fatihah...

Salam Kejayaan....

Salam..

Malam ini, aku mengadakan kelas baucer tuisyen..
Kelas pada malam ini dihadiri oleh 10 orang murid-muridku..
mereka ialah faris, hafiz k.b, syamir, muzhaffar, izhar, amir mahdi, najwa, izzatie, rifhan, dan adila..
mereka murid yang rajin, bijaksana dan bijaksini..

Ku harapkan mereka berjaya mendapat 5A dalam UPSR nanti..
dan berjaya dalam lapangan bidang yang diceburi..

Salam Hormat dari;

Cikgumu - Luqman Hidayat

Hikmah Dari SeEKOR Keldai

Hikmah Dari Keldai

Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan nada memilukan selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, dia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan sumur di ladangnya perlu ditimbun (ditutup kerana berbahaya), jadi tidaklah ada gunanya untuk menolong si keldai. Dia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya. Mereka membawa cangkul dan mulai menyangkul tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian, semua orang hairan, kerana si keldai menjadi diam. Setelah beberapa cangkul tanah dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang atas apa yang dilihatnya.

Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh banyak tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia mengoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu ia naik ke atas tanah itu. Jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu.

Si keldai terus menggoncangkan badannya dan melangkah naik. Dengan pantas si keledai melompat tepi perigi dan melarikan diri.

MORAL:
Kehidupan terus saja menuangkan segala macam tanah dan kotoran kepada kita. Cara untuk keluar dari perigi (kesedihan, masalah, beban fikiran) adalah dengan menggoncangkan hal-hal tersebut sebagai tempat pijakan. Setiap masalah dalam hidup kita merupakan batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari perigi yang terdalam dengan terus berjuang.

Jangan sesekali menyerah!!

Soal Lebih jauh nanti...

SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran;

2. Aku rumah yang gelap,

maka teranglah aku dengan selalu solat malam;

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,

maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan;

4. Aku rumah ular berbisa,

maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar;

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,

maka perbanyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",
supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Ya ALLAH ya Rabbul Jalil...

ampunilah aku..

golongkanlah aku bersama orang-orang yang dikasihi-Mu..

amin



WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yanglebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan haltersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiaphari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahmencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satutegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlasuntuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpamaorang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yangtakutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) laludiberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakananak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allahmemasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulanramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah diadari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebihbesar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pulaberhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintuneraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yangdia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikapihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Jadi, janganlah sesekali kaum wanita berasa lemah!

Saya bersetuju bahawa wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu hebat.
Bekas PM kita yang dikasihi, Tun Mahathir mengakui bahawa kehebatannya didorong oleh wanita bernama Siti Hasmah Ali!

Nabi S.A.W juga meletakkan wanita setaraf lelaki dan tidak lebih rendah daripadanya.

apabila...

salam bahagia;

apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..
apabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..
apabila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun..
Kerana... kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya..


ooo...patutlah aku berdoa tetapi lambat dapat...
ghupe-ghupenye ... DIA mahu uji, sayang, dan ada perencanaan lebih baik untukku...
amin..

Seruan ...

Allah SWT berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah menyampaikan ayat-ayat, perintah -suruhan dan tegahan) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.
(ali Imran: 104)

Orang berilmu itu siapa?

Siapakah orang berilmu??

Jawabnya..

Apalah tanda batang tebu;
batang tebu halus uratnya;
apalah tanda ORANG BERILMU;
ORANG BERILMU, HALUS BUDINYA.

Guru-guruku Tercinta

Salam bahagia.

Pertama:
saya rakamkan ucapan terima kasih menggunung tinggi kepada para guru saya dari sekolah rendah sehingga akhir hayat, dari yang telah menyampaikan ilmu dan pesanan kepada saya hingga yang akan menyampaikan pesanan, ilmu, peringatan kepada saya yang sering lupa dan lali ini.

Tanpa kalian, sesungguhnya dunia tak bermakna! akhirat tak bererti!
Hidup sia-sia, mati tanpa bekal!

Siapakah GURU?
Murabbi?
Muaddib?
Mubaligh?
Muzakar?
Muannas?
Mupikirlasendiri?

Akan dijelaskan sedikit masa lagi...
(kerana saya ade kelas nih...nok gi ngajar)

Apapun;

Berburu ke padang datar;
dapat rusa berbelang kaki;
berguru kepalng ajar;
bagai bunga kembang tak jadi.

Salam..

Kawan-kawan yang dikasihi....

Terima kasih kerana mengunjungi laman saya.

Saya akan penuhi dengan maklumat-maklumat terbaik meliputi semua aspek duniawi dan ukhrawi.


Terima kasih.


Salam Hormat;
LUQMAN HIDAYAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...