MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

29 December 2008

Kahwin!!?

Kahwin..?

Disember: bulan musibah?

Jika Ramadhan Al-Mubarak, diangkat martabatnya menjadi bulan penuh kemuliaan, bulan penuh kerahmatan, bulan mendidik umat manusia, bulan penyatuan umat Islam sedunia, bulan keampunan diri, bulan mencari cinta Pencipta, bulan penuh kegiuran dan sebagainya. Yang nyata, Ramadhan bukan bulan Disember!!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kejadian besar yang meragut nyawa ribuan manusia dan memusnahkan harta benda banyak berlaku di negara kita mahupun di seluruh dunia. Saya hanya fokuskan pada peristiwa hitam yang berlaku dalam negara kita - Malaysia.

22 December 2008

Operasi Tangkap Gajah

Pengalaman menyertai rombongan Pejabat Perhilitan Perak dan Unit Tangkapan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang sangat bermakna.

Operasi tangkapan gajah liar di Hutan Bukit Sapi, Lenggong, Perak pada 5 Disember 2008 lalu merupakan pengalaman besar mengikuti operasi penuh cabaran terutama kesabaran. Apa tidaknya, membawa keluar gajah liar dari puncak hutan berkenaan memakan masa berjam-jam dan hampir 5km. Perjalanan dari jalan raya utama Gerik-Lenggong ke jalan masuk hutan ini kira-kira 7km.

Gajah liar berkenaan yang dinamai 'Minah Sapi' telah diiringi oleh dua ekor gajah pendenak iaitu Lokimala dan Che Mek. Dikhabarkan Lokimala dan Che Mek masing-masing berumur 70 dan 60 tahun. Lokimala sudah tua serta matanya rabun.

Rupa-rupanya, pakar psikologi gajah ramai terdapat di India. Beberapa peralatan kawalan gajah juga masih menggunakan nama dari India antaranya Gobti (dapat dibandingkan seperti stereng keretalah fungsinya). Bahasa Gajah juga banyak dari India seperti yang digunakan oleh pemandu gajah (lihat dalam video atas).

11 December 2008

Hirisan Daging Berkalimah




Di surau Kampung Luar, Mukim Siong, Baling pada hari raya Aidil Adha kedua.
Masya Allah.


Datuk R.I - sebuah pemergian terkesan






Apalah tanda batang tebu,
Batang tebu halus uratnya;
Apalah tanda orang berilmu,
Orang berilmu halus budinya.

Pantun ini mula saya kenal pada bulan penghujung tahun 2003. Pantun ini menjadi titik perkenalan dengan idola saya. Beliau menyebutnya berulang-ulang, terus berulang-ulang pada tiga empat majlis yang dihadirinya dan saya juga turut hadir hingga dapat mengingatinya terus ke hari ini.
Pertama sekali ketika ucaptama beliau dalam Seminar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Maktab Seluruh Malaysia di Shah Alam. Seterusnya di Mandarin Court Hotel, Kuala Lumpur dan di majlis konvokesyen serta professional talk beliau di Institut Bahasa Melayu Malaysia.
Beliau ialah Datuk Razali Ismail, bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, bekas Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM, bekas Pengarah Pendidikan Terengganu, dan bekas Pengarah Maktab Perguruan Batu Rakit, serta bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Saya pernah menulis sepucuk surat peribadi sewaktu saya menjadi Bendahari Agung Kehormat, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IBMM tahun 2004. Surat berkenaan saya nyatakan bahawa saya amat mengagumi beliau. Saya nyatakan juga tentang kerisauan saya berkenaan perletakan jawatan beliau sebagai Pengarah BPG untuk menyertai politik. Kebimbangan saya itu antara lain menyatakan bahawa lautan politik sangat bergelora dan saya kurang yakin untuk beliau memenangi kerusi mana-mana tempat kerana ribut politik 2004 sangat kacau. Namun surat saya itu tidak saya hantar! (sekadar menyatakan hasrat hati dan kebimbangan)
Seingat saya, pada 10 Mei 2004, beliau telah menghantar warkah kepada seluruh warga pendidik sewaktu perayaan sambutan Hari Guru Tahun 2005. Dalam warkah itu, beliau menyatakan bahawa lautan politik yang beliau ceburi sangat bergelora. Berada pada satu transitori yang berbeza, namun beliau akan meneruskan usaha-usaha memajukan pendidikan Malaysia sehingga beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran pada 2008. Saya sangat gembira mendengar berita pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran kerana menganggap ia sebagai 'sirih pulang ke gagang'.
Teringat juga saya sekitar tahun 2005 dan 2006, pada dua hari raya Aidil Fitri. Beliau membalas kad selamat hari raya saya dengan menggunakan rubber stamp Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau juga pernah membalas beberapa sms yang saya hantar kepadanya. Antara ayat terakhir dalam sms beliau ialah 'Jemputlah saya, inshaAllah saya hadir menyampai pesan'.
Saya terharu membaca majalah Ehwal Pendidikan (EP), menunjukkan gambar beliau sedang mengajar murid-murid dalam sebuah kelas. Begitulah jiwa seorang guru, ke mana pergi tetap berjiwa guru! Tindakan ini serupa dengan percakapan beliau semasa di mandari Court bahawa 'SAYA BANGGA MENJADI GURU'.

Amat mengejutkan kehilangan beliau dijemput Illahi secara tiba-tibanya sewaktu masih banyak projek pendidikan negara masih belum terlaksana, sewaktu masih ramai anak-anak pedalaman memerlukan bantuan, sewaktu negara menuju masa depan pendidikan yang semakin mencabar.

Suaranya, bahasa tubuhnya sewaktu berbicara, pandangan dan jelingannya, masih saya ingat dengan jelas. Beliau sangat selesa, rileks, sentiasa berfikir, ramah, menghormati semua orang pada setiap masa.
Beliau banyak mengeluarkan kata-kata daerah Terengganu sewaktu menyampaikan profesional talk-nya. Antaranya, tokse, cakna, dan lain-lain.

Teringat juga kepada ucapan Tun Dr. Mahathir pada Perayaan Hari Guru 2000; “Guru bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada murid tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai-nilai hidup yang dipegang olehnya dan budaya yang diterima olehnya.”

Beliau mengungkapkan kata 'akal budi' dalam ucapannya dan menekankan makna mendalam kata-kata berkenaan. Makna yang dapat saya tafsirkan daripada 'akal budi' yang sering diungkapkan oleh beliau ialah dengan ilmu, seharusnya kita dapat menilai baik buruk sesuatu, kerana pada ilmu itu sudah tersemat satu nilai yang mulia. Jika ada ilmu yang tanpa nilai moral, ia belum tentu dapat melahirkan komuniti yang baik. Dan nilai tanpa ilmu juga belum tentu dapat membentuk komuniti yang berjaya. Dapat saya hujahkah serta membuat konklusi daripada keseluruhan ucapan beliau yang pernah saya hadiri dan ikuti, seperti berikut;

Ilmu pada umumnya bermatlamatkan hasanah fid-dunya dan hasanah fil-akhirah. Mencari keuntungan di dunia dan keuntungan di akhirat. Ertinya konsep ilmu itu mencari sesuatu benda yang ternilai di muka bumi, diguna, diproses, dan digerakkan semasa hidup di dunia untuk dinilai di alam baqa’. Ilmu baik atau tidak baik bergantung pada cara proses dan pembawaannya.
Jadi cabaran dan tanggungjawab guru ialah menstabil dan mengklasifikasikan ilmu untuk dirinya dan diri murid terbanyak. Oleh itu, timbalah ilmu seberapa banyak hingga berpulang ke bumi lagi satu. Mencarinya dari al-mahdi (buaian) sampai ke al-lahdi (kubur). Pencarian tanpa mencicirkan nilai budi.
“Bertambah akalmu maka bertambah dekatlah engkau kepada Tuhanmu”
[Hadis Riwayat Abu Darda’]

Dengan kesedaran bahawa guru unggul pada ilmu, unggul juga pada nilai budinya mmpu meningkatkan kualiti dan martabat profesion. Mampu mengharungi gelodak dunia yang membara. Mampu merentas cabaran mendatang yang meruwatkan.

“Manfaat dan mudarat yang diperolehi manusia adalah hasil usahanya sendiri”
[Al-Baqarah, ayat 286]

Dalam bukunya, hasil ucapan-ucapan dan profesional talk telah didokumenkan oleh Bahagian Pendidikan Guru tahun 2004. Buke berkenaan bertajuk 'Menjentik Minda'. Saya sarankan seluruh warga pendidikan membacanya!

Sesungguhnya, pemergian Datuk ke rahmatullah sangat memberi kesan mendalam kepada dunia pendidikan dan secara peribadi, pemergian Datuk amat terkesan kepada saya.

Sesungguhnya, Datuk seorang yang berkaliber dan bersemangat tinggi dalam dunia pendidikan. Turut diakui oleh YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussin sendiri yang mengakui usaha-usaha Datuk dalam membangunkan pendidikan anak-anak pedalaman.
Sesungguhnya, warga pendidikan dan generasi akan datang kehilangan orang berwibawa seperti Datuk.Semoga roh Datuk diberi perlindungan dan rahmat oleh Allah.
Al-fatihah...

09 December 2008

Sungai itu Kehidupan

sungai itu
lekuknya bengkok
panjang dan deras
ikan-ikan, rumpaian, hujanan
teman perjalanan
ada sebatang balak tumbang

bedeburrr!!!

halangan perjalanan
namun perjalanan harus diteruskan

tanpa henti-henti
tanpa henti-henti lagi

deras dan menderas
tanpa berpatah kembali

suatu hari sungai itu
perlahan-lahan, per-la-han-lahan
ia berhenti jua
berhenti buat lamanya

sungai itu kehidupan!

Warkah Terbuka Buat Diana Danielle



5 Disember 2008

Saudari;
Sesungguhnya dunia mengetahui bahawa alam perkahwinan artis tempatan negara ini tidak menentu dan seringkali hujan pada tengah hari yang ceria - tidak seperti perencanaan, perancangan, serta upacara perkahwinan yang gah.

Percintaan. Perkahwinan. Kebahagiaan. Tiga elemen yang berbeza tetapi ia merupakan peraturan yang sewajarnya dialami oleh sesebuah perhubungan. Ia juga sangat berkaitan dan saling memerlukan. Tiga elemen ini dapatlah dinamai sebagai rantaian perhubungan.

Manusia biasa apabila telah mengalami perasaan rasa ingin dikasihi dan mengasihi sesama berbeza jantina adalah lumrah. Dan diciptakan manusia berbeza-beza jantina, fahaman, sukuan, bangsa, warna kulit, sifat, keadaan, dan perbezaan kecil antara manusia. Namun, itulah dikatakan unik apabila dua orang berbeza jantina, berbeza pendapat dan fahaman, atau warna kulit dan sifatnya, dapat bersatu sehingga tercipta pepatah ikan di laut, asam di darat, bersatu jua dalam belanga!

Inilah juga dikatakan sebagai cabaran setiap pasangan untuk mengadun semua elemen perbezaan tersebut bagi sama-sama menempuh alam perkahwinan dan akhirnya membawa kepada satu halatuju iaitu kebahagiaan.

Ketika alam percintaan, perkara biasa bagi pasangan berbeza pendapat sementara masing-masing memahami kehendak pasangan dan ketika menempuh alam perkahwinan juga akan ada masalah serupa. Masalah yang datang harus ditempuh dengan penuh keredaan dan kesabaran agar matlamat yang ingin dituju tercapai.

Saudari;
Saya membaca akhbar tentang saudari dan pasangan yang mempunyai masalah kecil tetapi menjadi besar apabila dihebohkan oleh akhbar dan lebih parah sudah akan menerima campurtangan daripada pihak berkuasa ekoran laporan polis yang dibuat.

Secara faktanya, masalah saudari dan dalam menghadapi kekasaran pasangan saudari pada hemat saya ialah masalah kecil, biasa, dan terpencil. Ia nampak besar apabila fakta yang sama telah dihurailanjut oleh para wartawan media dengan tanpa mengubah fakta berkenaan. Lebih parah dan masyur apabila pihak berkuasa menjaga keamanan telah menerima laporan tentang kekasaran yang dibuat pasangan saudari.

Tidak mengapa! Usaplah air matamu wahai Cik Diana Denielle...

Tuhan menciptakan manusia ramai, bersuku-sukuan, serta berbangsa-bangsa. Saudari seorang bunga yang memerlukan seorang kumbang. Saya yakin kumbang yang saudari cari ada menunggu saudari. Sesungguhnya kumbang ramai dan masih ramai yang berpotensi seperti kehendak saudari.

Dan saya masih boleh beri ruang!!hehehe...

p/s: Hanya sekadar sebuah santai dan gurauan - namun apa yang baik tidak salah diambil pengajarannya.

27 November 2008

Sejarah Zaman Bahasa Melayu Moden

oleh; Luqman Hidayat

Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negeri-­negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat antaranya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh penjajah Inggeris, manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Pengaruh budaya dan tamadun Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini, dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berkembang di alam Melayu.

Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain jatuh menjadi bahasa vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-­sekolah Kristian di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan sahaja.

Menurut rencana yang dipetik dari web www.ib.edu.my/bm-net/bahasa/perkembangan_bahasa_melayu menyatakan bahawa pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya. Setelah kerajaan Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).

Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al­-Imam (1906), kemudian muncul zaman SITC - Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945-1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950-1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.

Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak - berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-­persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun ditekan dan dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku besi.

Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya - Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984).

Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa yang kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak dasar pendidikan kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa penyata, akta, dan penggubalan Perlembagaan Negara telah diluluskan seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Ordinan Pelajaran (1957), Perlembagaan-­perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.

Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam, dalam mahkamah, dan di semua peringkat pendidikan.

Masyarakat Siam

oleh; Luqman Hidayat

ASAL USUL

Semua penulisan yang diketemui mengatakan bahawa orang Siam berasal dari kawasan tengah Asia yang membentuk negara Mongolia dan Cina hari ini. Phrarajphongsawadarn oleh Phrarajhatlekha, Phongsawadarnchatthai oleh Phra Boriharnthepthani dan Sejarah Asia Tenggara (1971) oleh D.G.E. Hall sepakat mengisahkan perihal tanah asal orang Siam di Asia Tengah.

Dipercayai bahawa sekitar 7000 tahun dahulu mereka mendiami kawasan pergunungan Altai (Mongolia) dan sekitar 2500 tahun kemudian berkembang hijrah ke selatan yang lebih subur dan membina penempatan kekal di lembangan sungai Hoang Ho dan Yang Tze Kiang kerana selain sebagai penternak nomad, mereka juga petani berkebolehan. Penempatan kekal telah mewujudkan puluhan negara kota orang-orang Siam seperti Sze Chuan, Cheang Tu, Hu Pe, Hu Nan, Auhui di wilayah Sze Chuan dan Kwang Chao di negara Cina hari ini.

Sama ada disebabkan bilangan penduduk semakin ramai atau pergolakan sesama sendiri dan tekanan orang Cina dalam rentetan sejarah yang panjang, orang Siam mulai bergerak turun ke selatan dari penempatan besar mereka di Chungking. Orang Cina sebelum ini hidup secara nomad mulai membina kekuasaan dan menekan pengaruh ke atas orang Siam. Pada beberapa peringkat dengan diketuai oleh raja-raja mereka, orang Siam dapat memperlahankan penghijrahan mereka ke selatan. Orang Cina, menggelar nama kerajaan mereka sebagai ‘Syamkok' atau Ailao. Dari nama ini barangkali kita mengenali orang Siam atau Lao.

Antara tahun 757 masehi, kerajaan Siam Nancao di wilayah Yunan, selatan Cina telah wujud sebagai sebuah empayar yang luas hingga ke Syam dan hulu sungai Irrawadi. Sedang lembah Menam Chao Phraya masih di bawah pengaruh Khmer mulai didatangi oleh beberapa gerombolan Siam dari Muang Se, Tong King dan Annam. Mereka menjarah lembangan Mekong dan menjadi penduduk tetap Angkor Wat. Pada abad-abad seterusnya, lembangan Sungai Ping, Wang, Yom dan Nan mulai menerima pendudukan Siam. Beberapa kerajaan kecil yang merdeka wujud dan Phayao, salah sebuah wilayah di Thailand hari ini telah wujud semenjak TM 1096, diikuti dengan negeri kota di Ciengrai, Ciensen, Ciengmai, Sua (Luang Prabang) dan lain-lain.

Penaklukan ke atas Nancao oleh Kublai Khan (TM 1253) telah merubah taburan penempatan orang Siam di kerajaan kecil di selatan. Sukhothai (wujud sejak TM 1238) dan Luang Prabang di lembah sungai U mulai berkembang membentuk empayar Lannathai, walaupun akhirnya Sukhothai lebih dikenali. Kehancuran Nancao turut mengecilkan perkembangan kerajaan Siam Ahom di Assam (India) tetapi menyemarakkan perkembangan mereka di Sipsong Panna dan Sipsong Cuthai.

Sukhothai dianggap mencapai zaman keemasan semasa pemerintahan Rama Khamheng dan orang Siam mengingatinya sebagai pengasas huruf tulisan bangsa ini. Perluasan empayar Sukhothai dipercayai hingga ke Hujung Tanah (Johor - Singapura) walaupun tidak ada bukti kuukuh. Namun begitu, kerajaan Lavo, Khamphengphet hingga ke Caiya dan Ligor di Segenting Kra dianggap sebagai sebahagian empayar tersebut.

Sewaktu Sukhothai meniti zaman kemerosotan raja U-Thong (nama Kerajaan) membina kota baru ‘Dvaravati Sri Ayudhya' di sebuah pulau di Sungai Chao Phara. Di sebelah Luang Prabang pula, Fa Ngum berusaha membina empayar Sejuta Gajah (Lan Cang).

MASYARAKAT SIAM DI MALAYSIA

Satu cara yang difikirkan paling sesuai dapat memperkenalkan masyarakat Thai ialah dengan mendefinisikan masyarakat Thai itu sendiri sebagai suatu entiti yang dikenali. Linguistik misalnya, ia seharusnya melangkaui penyediaan kamus bahasa semata-mata dengan merujuk kepada nada bunyi juga.

Kedua, daripada segi ethnologi dan folkloristik. Ethnik Thai merupakan penduduk minoriti di Malaysia. Sebagai komuniti kecil dan terpisah-pisah, mereka membentuk ruang sosial dan ekonomi tersendiri dan berbeza di utara Semenanjung Malaysia; Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.

Beberapa penulisan bersifat etnologi telah memberi maklumat berguna terutama adaptasi sosial dalam sekitaran sosio-budaya Melayu dominan. Antara pengkaji awal; C. Archaimbault, Louis Golomb, Mohamed Yusoff Ismail, dan Robert Winzeler. Satu perkara yang jarang disentuh, tetapi sering disebut dalam penulisan tadi, berkenaan asal dan masa etnik Thai ini mewujudkan perkampungan mereka.

Dewan Negara yang bersidang pada 3 Disember 2001 dimaklumkan bahawa terdapat seramai 50,211 orang penduduk keturunan Siam di negara ini. 38,353 orang merupakan warganegara Malaysia dan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan (1991) mendapati jumlahnya 36,184 orang. Dari laporan tersebut didapati orang Siam mendiami negeri bersempadan dengan Thailand, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Pulau Pinang walaupun agak jauh sedikit tetapi kedudukannya sebagai zon perindustrian menarik minat penghijrahan mereka di samping terdapat penduduk Siam yang tetap, sama ada dari Kedah atau Thailand.

Secara umumnya mereka merupakan penduduk luar bandar, terutama di daerah Pendang, Baling, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik (Kedah), Tumpat dan Pasir Mas (Kelantan) serta Pengkalan Hulu (Perak). Kehidupan budayanya tidak banyak berbeza dengan saudara mara di Thailand (Selatan). Hampir keseluruhannya beragama Buddha, dilambangkan oleh biara (wat) dan para bikkhunya yang memakai jubah serba kuning dengan kepala digondolkan sebagaimana bikkhu pertamanya; Putera Sidharthak, pengasas agama ini dari Kabilavasthu (India-Nepal). Bangunan wat yang unik dengan ukiran seni tampak Siam merupakan satu citra/ imej tersendiri. Rupa bentuk ini perlu terus dipelihara dengan beberapa penyesuaian, mungkin reka bentuk tempatan, tulisan rumi dan bahasa Melayu.

Dari aspek 'pelancongan - budaya' (cultural tourism) orang Siam boleh dikenali daripada dialek bahasa (dialek Thai Ligor atau Che' He), pakaian, seni persembahan, beberapa simbol di sekitar kawasan kediaman - 'Kathiau' perkuburan atau 'bua', perayaan dan amalan adat. Seni persembahan yang masih diwarisi ialah menora, wayang gedek (nang talung), ram klongjau dan ramvong. Seni ini sering diperagakan sempena perayaan atau pesta tertentu - Loy Krathong, perasmian bangunan tertentu di wat-wat, sambutan kepada para tetamu/ pembesar, majlis perkahwinan atau di perayaan tahun baru; "Songkran".

BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI

oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
[Disember 2004]

NEGARA TELAH melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan pada tahun 2020 Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati diri bangsa.

Kita, misalnya, sentiasa mengukur pencapaian mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi sebenar, ketinggian bangunan yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada tahun 2020, iaitu sekitar 15 tahun dari kini tentunya serba-serbi berjalan pantas. Kehidupan masyarakat Malaysia, seperti yang diramal, akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Teknologi informasi dan komunikasi pada masa itu akan secanggih mungkin. Cara hidup kita di Malaysia dan juga di merata dunia akan turut berubah.

Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan hebatnya. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah. Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru.

Melayu dan Bahasanya:Daulat atau Di-alat

DASAR BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Melayu diangkat martabatnya sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu semenjak zaman kemerdekaan 1957. Menurut perkara 152 Perlembagaan Malaysia menetapkan yang bahasa Melayu akan mengambil alih bahasa Inggeris sepuluh tahun kemudian. Sewaktu zaman penjajah menjajah tanah ini, bahasa Melayu tidak diberi kedudukan penting kerana bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa di pusat pengajian kecuali di dua buah pusat latihan guru iaitu Maktab Sultan Idris Tanjong Malim dan Maktab Perempuan Melayu Melaka. Bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah aliran Melayu pada peringkat sekolah rendah sahaja.

Dalam keadaan demikian, pada waktu ditetapkan menjadi Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang sebelum itu telah disekat perkembangannya. Ia adalah bahasa yang dinafikan dari menjalankan fungsi kenegaraan lebih-lebih lagi fungsi ekonomi dan sosial, intelektual dan kebudayaan.

Dengan kedudukannya yang baru sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa rasmi negara yang sepatutnya digunakan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan awam, tetapi dengan terlancarnya Dasar Pelajaran Kebangsaan, menjadikan ia sebagai bahasa pengantar dan alat menyampaikan ilmu dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain.

PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN

Sejak Kemerdekaan, Bahasa Melayu telah mengalami banyak perubahan. Perbendaharan katanya berlipat ganda. Gaya penyampaiannya disesuaikan dengan peranannya yang bertambah. Sistem ejaannya diperkemaskan supaya lebih sempurna dan teratur. Pendedahannya kepada beberapa bahasa lain yang menjadi sumber pengambilan berbagai ilmu moden telah meninggalkan kesan ke atasnya.

Demikian juga, dengan bertambahnya bilangan penutur bahasa Melayu yang tidak menuturkannya sebagai bahasa ibunda, maka berlakulah resapan pengaruh bahasa ibunda penutur itu ke atas bahasa Melayu.


Badan yang dipertugaskan khas untuk merancang dan memupuk kemajuan Bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejak ia ditubuhkan dalam tahun 1956, banyak usaha telah dijalankannya. Antaranya membentuk istilah baru, menetapkan satu sistem ejaan yang kemas dan teratur, menyediakan kamus menerbitkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu, dan secara keseluruhan, menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik. Semua aktiviti ini ditujukan kepada memenuhi matlamat menjadikan Bahasa Melayu yang moden dan sesuai untuk tugas yang harus dipikulnya sebagai Bahasa Kebangsaan Negara yang berdaulat.

BAHASA MELAYU KINI

Marilah sama-sama kita melihat dari sudut lebih luas dan lebih jauh, serta kita sama-sama renungi nasib sebuah bahasa milik orang Melayu yang suatu ketika dulu gah dimartabatkan sebagai bahasa utama negara setelah merampas semula tanah ini daripada penjajah! Marilah sama-sama kita lihat sepuluh tahun lagi nasib bahasa yang kita gunapakai hari ini. Mari kita bertanya dalam diri beberapa soalan;
i. Apakah akan ada lagi perkataan-perkataan seperti ‘hebat’, ‘bodoh’, ‘cantik, dll. Digunakan atau telah diganti dengan ‘great’, ‘stupid’, ‘beautiful’ etc.?
ii. Apakah masih bermakna penutur yang menuturkan perkataan dari bahasa Melayu ini atau diketawakan sahaja atau dibiarkan terpinga-pinga?
iii. Apakah akan disanjung orang yang menuturkan bahasa penjajah sedang bahasa ibunda dinyahsampahkan?
iv. Apakah masih wujud bahasa Melayu sepuluh tahun akan datang??

Kita lihat hari ini, mata pelajaran utama yang sukar telah ‘dipaksa’ mengajarkan menggunakan bahasa penjajah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Sesetengah ahli akademik yang saya kira neutral sokongannya turut mempertikai tindakan ini kerana kajian mereka mendapati bahasa Melayu akan pupus jika ia berlarutan.
Selain keluhan para guru, tentunya murid-murid lebih sukar memahami apatah lagi mata pelajaran ini sangat kritikal.


PEMIMPIN

Saya mengagumi ramai pemimpin. Namun, didapati ramai pemimpin Melayu lebih lancar bahasa Inggerisnya berbanding bahasa ibundanya. Amat malang jika pemimpin yang kita sama-sama depankan mereka selangkah, yang sama-sama kita julang mereka sedepa telah membantu menidakkan keupayaan bahasa ibunda kita.

Seorang pemimpin utama dari China (kalau tidak silap saya) dalam satu lawatan ke negara ini, memberi ucapan di hadapan ratusan kenamaan. Menariknya, beliau menggunakan bahasa ibundanya dan tidak menggunakan bahasa Inggeris. Sekali imbas, nampak seperti pemimpin ini tidak bijak berbahasa Inggeris.

Sewaktu di meja makan, beliau menggunakan bahasa Inggeris dengan begitu baik dan lancar sekaligus menafikan bahawa beliau 'lekeh benar' kerana tidak pandai berbahasa penjajah atau tidak berucap menggunakan bahasa Inggeris.

Begitulah beliau menyanjungi bahasa ibundanya walaupun pada majlis besar! Kita?

23 November 2008

Barack Obama:Antara kejutan atau perubahan?

Sejak beberapa minggu dulu hingga hari ini, masih lagi akhabar tempatan (dan saya yakin juga akhbar luar negara) tidak lekang menulis berita kemenangan bakal presiden baru AS.

Kemenangan Barack Obama sebagai bakal menduduki kerusi Presiden AS -jawatan paling berpengaruh dalam dunia hari ini sangat mengejutkan dunia. Ia menandakan samada suatu kejutan yang ditunjukkan oleh para pengundi yang hanya mahu menyatakan bahawa di tangan merekalah kuasa dunia boleh berlaku atau mereka sangat mahukan berlakunya perubahan yang baik dan menjadi lebih baik.

Yang nyata, kejutan telah berlaku kerana Obama - seorang lelaki berkulit hitam - yang tidak pernah terjadi dalam sejarah AS, kulit jenis ini menduduki Rumah Putih.

Masyarakat AS juga menyatakan bahawa mereka mahukan CHANGE, perubahan. Tentunya perubahan yang dikehendaki ialah daripada buruk kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik dan lebih baik.

Banyak juga fakta menarik tentang kemenangan yang dicapai Obama. Beliau merupakan Presiden Pertama yang berkulit Hitam dalam sejarah negara Amerika Syarikat. Obama, 47, merupakan Presiden termuda yang diangkat sebagai orang no-1 Amerika Syarikat dan Senator yang paling pantas menjadi Presiden dengan hanya mengambil masa 4 tahun.

Obama mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika pertama dari parti Demokrat yang berjaya memperoleh undi popular melebihi 50% sejak kali terakhir dilakukan oleh Jimmy Carter pada tahun 1976. Mampu menyamai populariti bekas Presiden John F Kennedy yang mati dibunuh dan diberi jolokan ‘John F Kennedy kulit hitam.

Menjadi senator pertama yang dipilih untuk terus menjadi Presiden selepas John F. Kennedy pada tahun 1960. Obama dari seorang peguam menjadi ahli senator dan terus menjadi Presiden AS.

Obama turut mencatat sejarah kerana menang di kawasan-kawasan yang tidak pernah mengundi calon Parti Demokrat selama 44 tahun iaitu di Indiana dan Virginia, malah di Ohio dan Florida yang kerapkali menjadi kawasan utama kemenangan Bush sebelum ini telah memihak kepada Obama. Dan, kubu MCCain di Pennsylvania juga jatuh ke tangan Obama.


CHANGE!! Teringat saya pada kebangkitan seorang anak melayu Pulau Pinang yang telah dijatuhkan melalui pengaiban laporang palsu sehingga dipenjara enam tahun sejak 1998- Anwar Ibrahim. Beliau melaungkan kalimat RE-FOR-MA-SI!!..Berjaya menarik seramai mungkin masyarakat dalam negara dan luar negara dengan kalimatnya ini.

Barangkali, boleh juga kita fikirkan bersama, apakah kalimat yang maknanya atau mengajak kita menuju kepada 'pembaharuan', 'perubahan', atau 'islah' ini ada nilainya yang tersendiri?

Negaraku Hari ini...

Mengapa masyarakat negaraku hari ini ya? Sering membuat onar yang dasyat dan terlampau ngeri. Barangkali waktu dahulu, kita tidak pernah terfikir akan terjadi begini pada masyarakat negara kita.

Semalam, dan dua tiga minggu sebelumnya juga, aku sering membaca akhbar utama negara - tidak kira kerajaan atau oposisi - aku baca semua supaya jadi orang bermaklumat.

Dalam akhbar utama tempatan, terlalu banyak dan hampir 40% beritanya tentang kesalahan onar masyarakat negara ini yang kununnya sangat bersopan santun dan ramah-tamah. Pelbagai masalah sosial dari peringkat remaja hinggalah kepada peringkat orang tua.

Masalah rogol, mencuri, membunuh, seks, mencabul, kumpulan haram, agama songsang, budaya baru songsang, sangat menjadi-jadi. Bahaya!!

Bagaimana menangani? Siapakah harus memperbetulkan? Apakah tindakan kita? marilah sama-sama kita fikir..Janganlah saling salah-menyalahkan orang hingga masalah lain pula timbul!!

05 November 2008

jauh juga...

Jawapannya...

SELANGOR...

jauh juga tu...

19 October 2008

Antara dua S

antara

SELANGOR

dengan

SABAH

(??)....

kedua-duanya jauh!!

07 October 2008

Aidilfitri Tahun Ini


















Umat Islam seluruh dunia sama-sama menyatakan keagungan Tuhan Maha Pencipta melalui sambutan Aidilfitri yang datang setiap tahun pada setiap satu Syawal.

Satu Syawal disambut dengan segala alunan zikir, tahmid, memuji-muji Allah Taala dalam suasana yang bercampur baur, maksud saya ada yang terlalu gembira, ada yang amat berdukacita, ada yang bersedih sedia, ada juga yang tak ada apa-apa, biasa sahaja. "Hari raya pun, hari rayalah," katanya.

Apapun, raya tahun ini bagi saya dan keluarga, bermakna. Sebelum ini, kami hanya berhari raya seramai tujuh orang ahli keluarga plus seorang tok kami - Tok Nab. Tahun ini, raya kami bersama seorang ahli baru, kakak ipar den. Dengan kehadiran kakak ipar kami yang baru ini, kak Jue, raya tahun ini terasa besar keluarga kami. (Tapi, tahun depan barangkali bertambah lagi kot!)

Hari raya pertama;
Perkara biasa setiap tahun, kami akan mengadakan rumah terbuka. memang payah untuk ke mana-mana pada hari raya yang pertama ini.

Hari raya kedua;
Kami sekeluarga ke rumah pak ngah di Gurun. Jamuan keluarga sempena Aidilfitri. Matlamatnya, mengumpulkan semua ahli keluarga sebelah Tok Nab.








Pada saya, ia berjaya mengumpul semua anak-beranak Tok Nab. Perkara ini ialah idaman yang bapaku ingin adakan. Mengumpul semua ahli keluarga memang payah kerana masingt-masing ada komitmen. Sebab itu, falsafah di sebalik Islam menyarankan supaya pembahagian harta pusaka hendaklah sesegera mungkin hatta selepas kebumikan jenazah, teruslah agihkan harta tersebut. Falsafah ini telah memandang kepada komitmen yang semakin banyak oleh setiap individu.




Satu hal yang berasingan, secara individu, saya amat terharu dengan penerimaan sebuah kad hari raya daripada seorang individu yang saya hormati. Puan Hajah Putehyah Md. Dom, mantan Timbalan Pengarah IBMM, KL. Saya amat malu kerana pada tahun ini, satu kad pun tidak saya kirim kepada sesiapa pun. Perasaan sangat bangga juga kerana orang besar lagi saya hormati seperti beliau masih mengingati orang kerdil seperti saya dan hanyalah seorang bekas pelajar di IBMM.

Puan Hajah Putehyah Md. Dom.
Saya amat tertarik pada setiap ucapan beliau tidak kira samada pada majlis rasmi, separa rasmi, atau pada perjumpaan biasa.

Cara percakapannya ringkas tetapi bergaya. Penggunaan bahasanya juga baik dan sering juga menggunakan perkataan-perkataan bernilai tinggi dan menuntut pendengar mencari makna sendiri. Sangat teliti, dan sentiasa berfikir.

Tn. Hj. Kamal juga sempat menghubungiku dan mengucapkan salam aidilfitri..

Terima kasih tuan.

02 October 2008

salam aidilfitri

Salam AIDILFITRI buat semua pembaca budiman...

minal eid wal faizin

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WALILLAH HIL HAM...

24 September 2008

salam

salam AKHIR RAMADHAN...

sedar atau tidak, kita telah berada di penghujung Ramadhan yang mulia. Samada kita telah mengejar janji-janji Allah dalam memberi cinta-Nya kepada seluruh hamba-Nya dengan sesungguh hati atau tidak demikian, kita sebenarnya telah berada di akhir Ramadhan yang dijanjikan Pengampunan dari Dosa-dosa.

Beruntunglah mereka yang mengejar dan mendapatnya...

Amin.

16 September 2008

Menilai Sebuah Harga Diri

HARGA DIRI!
Disebut juga maruah, digniti, air muka. Harganya? Mahal atau murah ditentukan sendiri oleh tuan tubuh.
Namun, harga diri ialah sebuah maruah yang menggambarkan akhlak dan peribadi sendiri. Baik seseorang, maka itulah harga diriny manakala sebaliknya, maka sebaliknya. Gaya, cara, dan penyampaian perilaku seseorang sudah mampu menggambarkan murah atau mahalnya harga dirinya.
Harga diri atau maruah ini seharusnya bernilai tinggi dan amat mahal. Berapa mahal? Mengikut Shakespear yang selalu memberi nasihat kepada Rajanya berbunyi begini;
"Jika Tuanku hilang kerajaan, Tuanku sebenarnya tak hilang apa-apa, kerana kerajaan boleh dirampas semula dengan memperhebatkan perjuangan...
Jika Tuanku hilang kesihatan (jatuh sakit), Tuanku baru hilang separuh daripada diri Tuanku..
Tetapi, jika Tuanku hilang harga diri, Tuanku sebenarnya telah hilang segala-galanya..."
Perumpamaan yang dibuat oleh si sasterawan ini ialah dengan memberi nilai yang tinggi kepada harga diri melebihi sebuah kerajaan!
Persoalannya, mengapa terlalu mahal sebuah harga diri itu?
(akan disambung penulisan...)

Apresiasi Tinggi


Setiap pagi sebelum azan Subuh di TV9, dipaparkan cerita pendek dalam sebuah keluarga antara ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Cerita ini mengisahkan kepentingan bangun pada waktu sahur atau waktu subuh.

Dirakamkan semula dialog ini seperti bawah;

Ibu : (sedang menggosok baju)
Adik, pergi kejut abang.

Anak perempuan : (berjalan sambil tangan menggosok mata ke bilik abangnya).
Baik ibu.

Anak lelaki : (masih tidur nyenyak di atas kati biliknya).

Anak perempuan : (masuk bilik lalu cuba mengejutkan abangnya yang sedang nyenyak).
Abang, bangun bang.
Ibu kata dah lewat ni...

Anak lelaki : (memalingkan badan)

Anak perempuan : (terus menggoncangkan badan abangnya)
Abang, bangunlah bang...
Dah lewat ni...
Adik takut...
Nanti Tuhan marah...
(sambil menggosok mata)

Anak lelaki : (terus celik mata dan segar).

Pada bahagian dialog 'abang, bangunlah bang, dah lewat ni, adik takut, nanti Tuhan marah' adalah sangat terkesan di jiwa penonton.

Seorang anak kecil mampu mengeluarkan ayat menyatakan rasa takutnya pada Tuhan Maha Agung adalah satu perkara yang amat terkesan kerana si anak kecil dalam lingkungan 7 atau 8 tahun sudah faham makna takut kepada Maha Pencipta.

Betapa anak kecil itu sudah sampai tahap apresiasi rohani tinggi dalam jiwa besarnya walupun masih kecil!!

11 September 2008

Lalu dan Dan...

Lalu dibacanya semua nota-nota guru. Diikutnya semua pesanan-pesanan akhir si guru. Didukungnya semua kata-kata sang guru. Tentang apa sahaja soalan bakal ditanya.

Lalu mereka memulunnyalah (bersungguh-sungguh) dalam mengingati perkara berkenaan. Kerana UPSR hanya sekali. Enam tahun belajar untuk menghadapi UPSR yang sekali.

Lalu diminta ampun kepada semua guru, dan halankanlah ilmu kami, kata murid. Doakan kami kata mereka lagi.

Masuk ke dewan dengan seribu perasaan - senyum, gembira, takut, risau, tenang, khuatir, bangga dan lain-lain. (p/s: petua untuk mendapat ketenangan boleh layari http://cikguimah.blogspot.com kerana beliau ada mencatatkan tips ketenangan di dewan peperiksaan).

Lalu lega rasa lepas satu paper demi satu paper diambil.

Keluar dewan pada hari akhir dengan kata hati yang kuat hooorraaaayyyyy!!!!!!!!

Dan...
Tamatlah peperiksaan terbesar alam sekolah rendah -UPSR!

Jumpalah pula di PMR, dan SPM atau PMR, SPM, dan STPM..

Gunalah ilmu dan nasihat selama berada enam tahun di sekolah rendah oleh para guru dan bawa ia sebagai bekalan menempuh alam remaja yang semakin mencabar dengan selamat.

Sesungguhnya enam tahun awal ialah penanaman dan penyuburan benih...enam tahun kedua penyuburan dan pembentukan tunas..enam tahun ketiga cabaran awal alam dan enam tahun seterusnya cabaran sebenar di alam ini....

08 September 2008

nikmat

Segala yang dihasrat
tetapi tak dapat,
adalah nikmat
yang paling padat...

A Samad Said


Keterangan:
Nikmat sukar diterangkan secara terperinci. Dalam kata lain, ia sebuah atau sesuatu yang membuatkan seseorang rasa bahagia. Bahagia juga sukar ditakrifkan kerana ia sangat halus sifatnya.

Bagi pencinta alam sekitar, masuk hutan, lihat pokok nan hijau, alam sekitar yang bersih, itu nikmat baginya yang naturalis.

Nikmat berjumpa pelajar, mengajar para pelajarnya, berada di hadapan cermin lalu berucap, itu nikmat bagi seorang yang suka berpidato barangkali atau speaker.

Dapat menyedut barang sekali dua sedutan, membalut daun barangkali nikmat bagi seorang yang cintakan rokok.

Apapun, nikmat dapat ditakrifkan oleh diri sendiri.

'Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan lagi nikmat-Ku kepada kamu. Sekiranya kamu kufur, ingatlah bahawa azab-Ku amatlah pedih...' (Terjemahan surah Ibrahim ayat 7)

UPSR

Peperiksaan UPSR 2008..

Tarikh: 9, 10, 11 September 2008

Semoga para calon UPSR seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya dapat menjawab, menghadapi setiap pertanyaan bertulis berkenaan dengan;

i) Tenang;
ii) Yakin;
iii) Pasrah;
iv) Harap

Saya doakan kalian dapat menghadapinya dengan baik.
Mintalah restu ibu bapa dan guru-guru.

Wassalam...

Salam Kejayaan;
Cikgu Luqman Hidayat

Ibu Camelia @ Bu 'K'...

Selamat Datang ke blog saya wahai Ibu Kamaliah..
Kita jadi bloggers la plak ye ibu...

05 September 2008

Perginya Seorang A. Samad Ismail


Gambar sewaktu muda
(dipetik dari salah sabuah blog)
Tan Sri A. Samad Ismail
Tokoh Wartawan.
Tokoh Penulis Prolifik.
Tokoh Pejuang Kemerdekaan.
Allahyarham Pak Samad ialah salah seorang pejuang kemerdekaan yang sama-sama menentang penjajah pada zaman rakan-rakan seperjuangannya antaranya Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Pak Sako, Za'ba, dan lain-lainnya. Dan beliaulah yang masih dipanjangkan usia oleh Allah sehingga semalam.

Beliau banyak bercerita, berencana, menulis tentang perjuangan yang dibawa pejuang-pejuang sezamannya. Beliau cukup komited menentang perkara-perkara yang difikirkannya salah terutama perihal kebangsaan, kemerdekaan, dan agama contohnya dalam kes Natrah sehingga beliau dipenjara oleh British di Singapura.

Beliau juga seringkali masuk-keluar pintu penjara ekoran beberapa tindakannya yang bertentangan dengan fahaman politik kerajaan. Beliau berdarah pejuang, berurat wartawan, hanya menyebelahi mana-mana pihak yang dirasakannya sesuai dan benar.

Seingat saya, beliau kerapkali menyebut perkataan 'ye tak' apabila berbicara. Ilmunya luas, fikirannya jauh, ayatnya pedas, bahasanya indah. Ye lah, wartawan! Tokoh wartawan!

Antara yang saya ingat karangannya ialah Patah Sayap Terbang Jua.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Pak Samad Ismail.

Al-Fatihah.

04 September 2008

At-Tin


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.

1. demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun;
2. demi Gunung Sinai;
3. dan demi Negeri (Makkah) yang aman;
4. sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya;
5. kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya;
6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tiada putus-putus;
7. maka apa yang menyebabkan mereka mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan-keterangan) itu?;
8. bukankah Allah hakim yang paling adil?

(Terjemahan Surah At-Tin)

Antara Ulat, Daun, dan Burung

Diceritakan orang-orang tua / orang tua-tua (?) tentang seekor ulat, sehelai daun, dan seekor burung yang masing-masing memainkan peranan bertolong bantu. Di sebalik cerita ini tersirat beberapa falsafah untuk sama-sama kita renungi.

Seekor Ulat

Seekor ulat yang menjalar di permukaan tanah yang luas tetapi memerlukan sedikit ruang untuk bergerak. Sang ulat ini perlu makanan. Makanannya hanyalah daun-daun dari sebatang pokok yang tinggi itu- suatu tempat jauh daripadanya dan mustahil untuk dicapai olehnya.

Sang ulat ini memerlukan bantuan daripada pihak lain bagi memuaskan nafsu makannya. Dia setiap hari akan berangan-angan memakan daun hijau di puncak pokok yang tinggi itu. Begitulah setiap hari, dia akan dibantu oleh sehelai daun yang sanggup berkorban dan seekor burung yang baik hati.

Sehelai Daun

Sehelai daun menghijau. Nampak bergaya di puncak pokok nan tinggi. Meneduhkan orang yang lalu lalang di bawahnya. Namun, jauh di sudut pandang kita, daun ini punyai empati yang tinggi. Ia, sehelai daun yang hijau, segarkan setiap mata memandang (ibarat anak dara yang nak disunting orang), sanggup mengorbankan diri untuk dimamah oleh sang ulat.
Seekor Burung

Burung yang terbang bebas di udara yang luas. Mana pergi, selalu jadi perhatian makhluk Tuhan. Namun, ia tidak lupa pada sang ulat yang memerlukan bantuannya.

Sang burung yang suka terbang bebas ke sana ke mari (ye ke?) tidak lupa pada pokok yang ada di bawahnya seekor ulat yang sering menonggu bantuannya.

Falsafah Kisah Ini

Pertama; Ulat yang malas dan tak mahu berusaha sendiri walaupun bagi mengisi kantung perutnya. Tidak tahukah ulat akan pesan Nabi bahawa 'tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima'?.
Kedua; Ulat yang punyai cita-cita besar -mahu menawan pokok yang tinggi dengan cita-citanya tetapi tidak pernah mahu berusaha dengan daya usahanya sendiri. Mengharapkan bantuan makhluk lain. Tidakkah sang ulat ini merenung seketika pada kata-kata pepatah Melayu 'usaha tangga kejayaan'!?
Ketiga; Sehelai daun yang sanggup mengorbankan dirinya demi kepentingan pihak lain yang tiada hubungan antara keduanya. Ia sanggup dimakan oleh sang ulat yang malas itu! Betapa besar jasa daun, tidak menghirau nasib diri.
Keempat; Seekor burung yang terbangnya tinggi di awan luas, bebas. Ia tidak pernah lupa pada sebuah tanggungjawab sosialnya -memberi makan pada sang ulat yang malas! Diambilnya sehelai daun dan diberinya kepada sang ulat tadi. Tidakkah sang burung ini tahu akan pepatah Melayu 'jika ada peminta sedekah datang kepadamu, jangan beri ikan, tetapi berilah joran, barangkali satu hari dia akan memberi pula hasil tangkapan kepada kita"!?

Pembaca budiman;
Marilah sama-sama kita renung pengorbanan setiap watak dalam kisah lama ini. Kita punyai banyak pilihan. Siapakah yang mahu kita turuti, samada menjadi sang ulat yang bercita-cita besar, mahu menawan sepohon pokok yang tinggi ke puncak dengan hanya berangan-angan tetapi sering mengharapkan bantuan pihak lain, atau menjadi seperti sehelai daun yang hijau dengan merelakan dirinya menjadi korban kepada seekor ulat bagi memenuhi hasratnya, atau menjadi seperti seekor burung yang sering membantu sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya meski diri agak tertekan dek ikatan atas nama besar 'tanggungjawab'!.

Benar. Sesungguhnya kita sedang dinilai oleh Allah tentang setiap amal kebajikan yang kita kerjakan. Namun, kita juga harus memberi peluang kepada manusia lain agar sama-sama mempertingkat serta melipatgandakan amalan dan kebajikan sendiri.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan menerima (balasan)nya." (Maksud Surah Az-Zalzalah, ayat 7 - 8)

Wallah hu 'alam. Amin.

03 September 2008

Kebenaran

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun,
kan tetap segar ...

-A Samad Said


Keterangan:
Pada pandangan saya, bahawa kebenaran adalah daripada Tuhan Maha Agung. Alhaqqu mir rab bik! Dan betapa setiap kebenaran yang datang, walau dinafikan, ia tetap akan hadir sungguhpun seribu tahun lagi.

Bahawa kebenaran, betapa ia disembunyikan, betapa ia ditekan, betapa ia disekat, betyapa ia dipalsukan, namun ia tetap hadir suatu hari nanti.

Dalam sejarah, telah banyak kita pelajari daripada ia. Semua sejarah telah membuktikan yang benar itu akan menang. Ia hidup sepanjang zaman. Ia tidak mati sekerat jalan.

Yang benar itu, kalaupun disekat, ditukar sejarahnya, lambat laun ia akan terserlah akan kebenarannya.

Sebagai contoh, dalam cerita lama Hang Tuah. Difitnah sehingga membawa kepada pembunuhannya dek kerana terlalu setia dengan sang penguasa (Raja). Sang penguasa yang bertindak melulu tanpa membuat kajian terlebih dahulu sebelum bertindak lalu apabila datangnya orang-orang besar-besar kepadanya yang membawa berita tentang si Tuah, diperintahkan 'bunuh!!'.

Dan kita dapati, akhirnya kebenaran terserlah. Betapa ia disembunyikan hingga ke peringkat jatuhkan hukuman, ia tetap timbul. Hebatnya kuasa kebenaran!

02 September 2008

Debaran ...

16 september 2008
16 September 2008
16 SePtEmBeR 2008
16 sEpTeMBER 2008
16 SEPTembeR 2008
16 SEPTEMBer 2008
16 SEPTEMBER 2008

atau...

16 SEPTEMBERrrrrrrrr 2008

suatu debaran pastinya...

01 September 2008

Ramadhan Al-Mubarak

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud surah al Baqarah: 185)
Tahun ini, Ramadhan datang lagi. Entah kali ke berapa kita telah menyambut Ramadhan yang dikatakan mulia itu. Entah berapa kali juga kita telah berjaya menyambut Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Entah kali ke berapa amalan kita dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini diterima dengan sepenuhnya.


Sesungguhnya, Ramadhan mengajar kita erti kesamarataan dalam kehidupan bermasyarakat. Kita dapat menyelami kehidupan umat manusia yang lainnya barangkali lapar dahaga melalui berpuasa di siang hari, perlu pertolongan harta benda melalui berzakat, beribadah dan sebagainya.


Ramadhan sebenarnya bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa iaitu menahan diri daripada makan atau minum semata-mata, tetapi ia mempunyai makna lebih besar daripada itu. Jika dikatakan bahawa Ramadhan ini bulan berpuasa, bulan lain juga sebenarnya boleh berpuasa. Tetapi Ramadhan datang sebagai madrasah atau sekolah mendidik umat manusia agar sama-sama bertolong bantu kepada mereka yang lebih memerlukan, mendidik manusia agar merebut segala ganjaran pahala yang melimpah ruah, mendidik umat manusia supaya sama-sama merasai kesempatan nikmat bulan yang datang setahun sekali.


Rasul SAW pernah bersabda, mafhumnya;
"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, tiap sekali sujud dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 70 000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina pula sebuah mahligai baginya."

Ramadhan juga bulan yang mengajar kita erti keinsafan. Kita menginsafi para sahabat kita yang jauh lebih perit dalam menempuh kehidupan mendatang. Kita juga didik supaya turut sama menginsafi mereka yang tidak berupaya. Barangkali ada antara mereka yang sangat memerlukan bantuan, datangnya Ramadhan bulan untuk umat bersedekah menabur bakti membantu mereka melalui amalan berzakat yang diwajibkan pada bulan ini. Sehubungan itu, nasib umat Islam bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai yang sedang dalam bahaya tidak harus kita lupa.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, bermaksud; "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mudah-mudah kamu bertaqwa."

Dalam ayat ini, Allah menyeru kepada hanya orang-orang beriman sahaja yang diwajibkan berpuasa. Ini memberi makna kepada mereka yang beriman, mereka pasti akan menunaikan ibadat fardu ini. Kedua, amalan berpuasa ini mempunyai objektif khusus, iaitu seperti disebut dalam ayat terakhir ayat tersebut, mudah-mudahan kamu bertaqwa. Diharapkan setelah selesai melakukan amalan fardu ini, seseorang itu akan terus bertaqwa kepada Allah Taala.


Sidang pembaca budiman;
Ramadhan: padanya ada rahmat, keampunan, dan nikmat. Bulan ini, bulan berpesta pahala dengan sepuas-puasnya. Pahala yang digandakan lebih daripada bulan-bulan lain.

Antara keistimewaan bulan Ramadhan ini;
  • diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk;
  • diampunkan dosa sesiapa yang berpuasa;
  • dibuka pintu Syurga, ditutup pintu neraka;
  • dirantai segala syaitan;
  • dipermulaannya rahmat, kemudian keampunan, dan pembebasan api neraka;
  • setiap kebajikan akan diberi pahala sebanyak 10 hingga 700 ganjaran;
  • adanya malam lailatul qadar yang mulia melebihi kemuliaan seribu bulan;
  • puasa sebagai perisai dari api neraka; dan
  • puasa dikira ibadah setiap saat iaitu dari pagi hingga petang selagi tidak mengumpat atau menyakiti muslim lain.
Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar dengan penuh rasa keinsafan sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Banyakkanlah doa agar kita dan umat Islam seluruhnya sentiasa bersemangat untuk menghadapi hari-hari muka dengan labih baik. Kedatangan Ramadhan tidak seharusnya dianggap sebagai kelemahan akibat daripada manahan diri daripada lapar dahaga, tetapi seharusnya ia menjadi pembakar semangat fizikal dan mental seperti yang berlaku pada peperangan Badar.

Peperangan ini telah berlaku dalam bulan Ramadhan, dengan penyertaan tentera muslim hanya seramai 12 000 orang bertempur dengan tentera musuh sehingga mencapai bilangan 90 000 orang tentera. Menakjubkan tentera Islam yang sedikit bilangannya itu menang menewaskan majoriti bilangan tentera musuh. Allahu akbar!


Sidang pembaca budiman;

Dengan rasa hormat, saya mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak kepada muslimin dan muslimat dan kepada para pembaca budiman sekalian. Semoga ibadah puasa dan segala amalan sampingan yang dikerjakan kita pada kali ini menjadi ibadah terbaik daripada yang terdahulu.


Salam Ramadhan al-Mubarak al-Kareem

31 August 2008

Love Feel No ...

LOVE feels no burden,
thinks nothing of trouble,
attempts what is above its strength,
pleads no excuse of imposibility,
for it thinks all things lawful,
for itself, and all things possible...

CINTA membuatkan kita tidak merasi sebarang bebanan,
tidak memikirkan sebarang masalah,
cuba melakukan sesuatu di luar keupayaan,
tidak memberi sebarang alasan kepada kemustahilan,
kerana cinta menjadikan segala-galanya dalam landasan undang-undang,
dan segala-galanya ada kemungkinan...

Thomas A Kempis

Bermaknakah Merdeka?


Apakah makna merdeka kepada kita?

Apakah dengan kita bertempik, bersorak, berarak, memegang panji-panji itu namanya merdeka? Apakah dengan memberi penghormatan dan ingatan berpanjangan kepada pejuang-pejuang tanah air itu namanya merdeka? Apakah dengan kita menembak naik bunga api sebagai tanda kegembiraan (tidakkah ini tergolong dalam hal membazir?) itu namanya merdeka? Atau apakah cukup sekadar kita berceramah mengenag zaman-zaman kemerdekaan itu namanya merdeka?

Kita lihat, pada malam 31 Ogos, di tempat-tempat strategik, akan berkumpul para muda-mudi, tua-tua pun ada, bersorak gembira sambil (belajar) mengira cara mengundur sebelum detik 12 malam. Lalu ditembak naik bunga api ke udara, dan dinyanyikan lagu-lagu kebangsaan, patriotik, dan Negaraku beramai-ramai.

Artis-artis dari dalam dan luar negara diundang bagi memeriahkan malam berkenaan, para ahli politik diundang bagi memberi lebih makna pada malam berkenaan, muda-mudi bercanda riang, bertempik bersorak, melaung kata-kata keramat MERDEKA dan diulang-ulang lebih daripada tujuh kali, yang berkeluarga membawa ahli-ahlinya sambil makan-makan ringan dan mengajar anak-anaknya "inilah merdeka, yang datuk nenek kita perjuangkan! (?)", si tua-tua pun ada barangkali melarang dalam senyuman.

Apakah ini sambutan untuk memberi makna kepeda keMERDEKAan negara?
Apakah makna merdeka hari ini bagi kita?

Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dulu, sering berucap mahu menjadikan Malaysia maju ke hadapan menuju ke arah Wawasan 2020 dengan cara, corak, wadah, dan acuan sendiri. Apakah budaya yang ditonjolkan ini menunjukkan acuan yang ditekapkan oleh para pemimpin kita yang bijak bestari menjadi? Atau apakah inilah acuan kita?

Bukankah acuan kita penuh dengan budaya ketimuran? Bukankah acuan kita penuh dengan cara sopan santun yang tinggi?

Merdeka!

Punyai pelbagai makna dan tafsiran bagi setiap golongan dan lapisan masyarakat. Golongan muda beranggapan merdeka adalah perjuangan menentang penjajah dan perlu disambut ulang-ulang acap kali detik itu tiba dengan penuh kemeriahan. Golongan tua yang turut sama-sama dalam proses memerdekakan tanah air tentunya sangat bersimpati kepada golongan muda yang salah menafsirkan makna kemerdekaan. Golongan muda lebih banyak melihat kepada sebuah perayaan kemeriahan menyambut tarikh keramat itu sedangkan golongan tua (sebelum, semasa, atau selepas sedikit dari tarikh 31 Ogos 1957) lebih terarah untuk menyatakan bahawa perit perih para pahlawan, penduduk tempatan, para pemimpin bergabung bagi memastikan kemerdekaan sebenar dicapai.

31 Ogos setiap tahun disambut meriah semua lapisan, dari Pak Menteri sehingga anak-anak kecil. Tentunya setiap lapisan tersebut punyai makna dan tafsiran berbeza merdeka. Namun, adalah diharapkan agar makna merdeka tidak lari dari makna sebenar.

Zaman ini, bukan lagi kita meminta kebebasan negara tetapi kita perlu mempertahankan kemerdekaan yang ada. Kemerdekaan yang ada ini bukan hanya untuk mereka yang berada, bukan hanya kepada mereka yang berkuasa, bukan hanya kepada mereka yang punya kepentingan sahaja, tetapi jauh dari itu, merdeka ini untuk yang fakir melana, untuk rakyat jelata, untuk rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, fahaman politik, dan buat yang mahu memahami dan mahu berfikir.

"Hubbul wathoni minal iman" kira-kira beerti; cintakan tanah air separuh daripada iman.

Merdeka! Perpaduan Teras Kejayaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...