MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

17 June 2010

Melancong...






Aku bawa anak-anak/adik-adik sepupu aku melancong makan angin kat sebuah pulau yang indah beberapa tahun yang lalu...

Lagi Keajaiban di Gaza

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allahswt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahunlalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Peperangan Gaza: Antara Keajaiban dan Bantuan

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam www.inijalanku.wordpress.com, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut danmemusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakahyang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

baca lanjut di www.inijalanku.wordpress.com

Allahu Akbar!!!

16 June 2010

Kelahiran Pertama Anak Saudaraku...



Mei lalu, ahli keluarga Hidayat bertambah lagi seorang. Dengan kehadiran 'orang baru', sikecil bernama KHAULAH AL-MUJAHIDAH bt Taufik, tok dan tokwannya kelihatan teruja. Toknya (mamaku) terlalu excited bersiang, bermalam, berpagi, berpetang dengan cucu pertamanya itu. Khaulah, dilahirkan pada awal pagi 17 Mei yang lalu di Gombak Medical Centre oleh ibunya (tentunya) yang juga adikku, Siti Fatimah Hidayah. Tahniah.

Apakah disebalik nama Khaulah dan Mujahidah? Menurut bapanya, Khaulah ialah seorang serikandi Islam yang berjuang pada jalan Allah. dan Al-Mujahidah bermakna pahlawan.

Aku membaca kisah Serikandi Khaulah dalam buku Pahlawan-pahlawan Islam dan aku mencarinya di internet. Nah! Hayatilah kisah Khaulah ini.

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Sekitar Hari Usahawan Muda 2010

Tarikh : 10 April 2010
Masa : 9:00 pagi – 3:00 petang
Aktiviti:

Permainan -
3 permainan akan dijalankan khas untuk guru, staf dan waris; -
Lelaki : Futsal -
Perempuan : Bola Jaring
Terbuka : Patanque
Tempat : Padang sekolah Pameran

- 6 badan akan dijemput bagi memeriahkan acara.
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan : Bahaya Dadah
- Klinik Kesihatan : Pemeriksaan Kesihatan
- TDM : Pertunjukan Senjata

Transaksi -
Semua transaksi jualan hanya menggunakan kupon rasmi sahaja. - Semua gerai tidak dibenarkan menerima wang tunai.

Perasmian
Dato' Wira Othman Abdul (bekas Ahli Parlimen Pendang)

Penghargaan:
Ucapan TERIMA KASIH tidak terperi kepada semua yang terlibat secara langsung dan terlibat secara tidak langsung terutama kepada para guru, PIBG, staf sekolah, warga kampung, murid-murid, agensi kerajaan, dan semuanya atas usaha sehingga Hari Usahawan Muda 2010 ini berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik. Terima kasih juga kepada para pengunjung.

Terima kasih juga kepada Cikgu Shamsul (SMK Pendang) dan Cikgu Zul (SM Model Khas, Pendang) yang turut meluangkan masa hadir. Terima kasih kepada Pak Samad (SMK APD) kerana membantu mempromosi dalam Portal PPD.

Terima Kasih kepada En Dzahran dan Dato Wira Othman Abdul yang menyumbang masing-masing RM 1000.00.

Terima kasih kepada warga kerja penduduk kampung yang sudi membantu sekolah untuk menyediakan makanan kepada agensi kerajaan.

Tahniah dan terima kasih.



















































































Sekitar Mesyuarat Agung PIBG sekolahku...

Tarikh : 31 Mac 2010
Tempat : Tentulah di sekolah aje...
Perasmian : Hjh. Ku Nor Hashita Ku Marzuki
(MDRT AmAssurance, AmBank Berhad)

Setiausaha : Penulis Blog Ini (heheheheee...saje jer nak bagi tau!!)
* zaman ini orang sudah tinggalkan bakul, orang gunakan forklift..
jadi, tiada lagi istilah 'angkat bakul sendiri...'



Menyambut Ketibaan Perasmi

Pemangku Guru Besar (PK 1), Pn. Faridah Awang mengiringi perasmi

dari kiri: PK 1, Perasmi, YDP PIBG (En. Mohd Yazid Abdul Rahman)


dengar je lah...
Ucapan Peramian, Hjh Ku Nor Hashita Ku Marzuki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...