MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

28 February 2012

Salimi Hussien: Sebuah Pemergian Terkesan





Salim;
Nama yang aku selalu panggil mu. 'Mu' ialah bahasa kami di SK Bekuai apabila berbahasa ganti nama kedua. Aku mengenalimu tahun 2006 sewaktu aku bertukar ke SK Bekuai, Pengkalan Hulu, Perak. Masa tu, mu tak kahwin lagi. Kita sama-sama buat macam-macam aktiviti untuk sekolah, untuk budak.

Aku banyak perkara yang belajar daripadamu. Aku dan kamu selalu melawak panjang lebar. Aku terbayang wajahmu selalu. Aku masih ingat, cermin mata yang mu pakai, kita sama-sama tempah di Sg. Petani. Aku seronok jadi pengapitmu masa mu kahwin. Mu dok pekena aku dengan adik ipaq mu. Salim, Salim...

Aku masih ingat, satu hari pada hari Jumaat tahun 2008. Mu ajak aku pi rehat di rumah mu sebab petang tu kita ada perkhemahan di sekolah. Aku pun p rumah mu, mandi manda, makan dsb. Kita bersiap utk ke masjid - solat Jumaat. jam 1:50 kita p, tiba di masjid, orang dah keluar - selesai solat dah. Kita sama-sama ketawa terbahak-bahak. Saling menyalahkan mu dan aku lambat.

2 bulan sudah, kita sempat berFacebook. Mu macam mu juga; banyak cerita yang mu nak bagi tau aku. Macam-macam! Tapi mu tak cerita pun yang mu tu sakit teruk. Me cerita kata sakit sikit-sikit ja. Isk...

Aku tak dapat tunai pelawaanmu untuk aku pi ke rumah baru mu di PH. Mu suka cerita tentang rumah baru mu tu. Aku tumpang seronok kawan-kawan dapat beli rumah.

Pagi Jumaat, 7:30 pagi, aku dapat mesej. 'Salimi telah kembali ke RahmatulLah'. Masa tu aku di pasar, tak bawa hp. Aku telefon Nazihan; tak dapat. Aku telefon Cikgu Azmi PKG PH, dia ceritakan detik-detik awal pagi mu 'pergi'. Aku tak dapat tahan air mata. Air mataku membentuk kolam di kelopak mata, lalu jatuh sikit-sikit.

Kak Leha telefon, Cikgu Yusof Tarmuji telefon, dan lain-lain. Aku mengerti perasaan Kak Leha. kak Leha antara orang yang paling rapat denganmu.

Salim; aku mengingati ketika kita bersama dulu. Kini, aku hanya mampu hadiahkan Fatihah untukmu. Aku doakan mu bersama para solehin di sana. Moga kita jumpa di Syurga Firdaus nanti.

Yang pasti; aku masih berasa mu masih di Bekuai, masih memandu kerata Kembara, masih memakai cermin mata itu, masih banyak cerita panas, masih macammu. 3-4 hari aku terbayang wajahmu. al-Fatihah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...