MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

22 July 2013


Kursus Kewartawanan Foto


BTPN Kedah menganjurkan Kursus Kewartawanan Foto buat para pegawai dan juruteknik BTPN dan PKG Negeri Kedah. Aku bersama kakanda Cikgu Omar Hassan, dari BTPN Kedah menjadi fasilitatornya. 

Beberapa slot telah aku isi dengan antaranya ulangkaji tatabahasa Bahasa Melayu, Teknik Penulisan Berita, Teknik Menetapkan Tajuk Berita Yang Menarik, Pengalaman Sebagai Wartawan Akhbar, Hubungan Foto dengan Penulisan, Protokol dan Tugas Seorang Wartawan, dan sebagainya. Peserta nampaknya teruja dengan pengisian dan perkongsian tajuk-tajuk yang aku sampaikan terutama tentang pengalamanku sebagai wartawan akhbar beberapa tahun lepas.

Sepanjang empat hari, para peserta diberi ruang dan peluang untuk membuat laporan berita dengan ke beberapa tempat untuk melihat sudut-sudut penulisan yang boleh dinamakan berita. Peserta teruji dan berpengalaman dengan tugas sebagai wartawan.





21 July 2013


Sambutan Hari Guru Peringkat BTPN Kedah

Daerah KMY telah membuat rangkaian tiga persembahan pada majlis berkenaan iaitu sketsa pendek (parodi Man Laksa), deklamasi sajak (Obor Hemah: SN Datuk A. Samad Said), dan alunan nasyid (Lilin Seorang Guru: Inteam). Akulah perancangnya - kerana diberi amanah oleh Pen. Pengarah BTPNK..! 

Bersama teman-teman, kami menyusun bahan persembahan dengan baik. Kami ada seorang pemuzik (Bang Teh Shukri) yang menekan butang Keyboard mengiringi semua persembahan daerah.  Walaupun sibuk, kami berkorban membuat latihan di BTPNK pada sebelah malam sambutan majlis tersebut.

Walaupun agak tidak teratur, namun kami mendapat tepukan gemuruh. Kami gembira. Tahun depan, harus perbaiki lagi dengan persembahan yang sempurna...!

Alhamdulillah ...





16 July 2013

31 December 2012

Resensi Buku: Mengapa Yahudi Berprestasi


 Klik SINI untuk dengar aktiviti Perhimpunan Bulanan BTPN Kedah.
1. Doa: Encik Ustaz Musa bin Ismail
2. Ucapan Ketua Unit UPIM: Encik Addnan bin Ab Hamid
3. Tazkirah: Encik Ustaz Idham Khalil bin Shuib
4. Resensi Buku: Encik Mohd Luqman Hidayat bin Ismail
5. Amanat KPP 1: Puan Rosnah bt. Saad 



Sorotan Foto Perhimpunan Bulanan BTPN Kedah

10 September 2012

Salam Merdeka


Sambutan Merdeka tahun ini tidak saya ikuti di kaca televisyen seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini saya lebih leka dengan keluarga dan sanak, dengan telatah anak, dengan tugasan yang banyak. Tahun ini agak menarik sambutan Merdeka di seluruh negara. Saya kira tahun pertama negara kita mempunyai dua tema berbeza - 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Saya kira kedua-dua tema itu dapat difahami dengan jelas oleh setiap pengikut kepada pengurus tema-tema tersebut. Tema 'Janji Ditepati' menekankan betapa kita rakyat Malaysia harus mengenang budi dan berusaha membalas budi kepada mereka yang telah berjasa. Tema ini juga dapat digambarkan bahawa konsep 'budi' ditekankan. Apabila orang sudah berbudi, maka kita perlu berbahasa. Sedangkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' pula menggambarkan  bahawa kekuatan perpaduan, permuafakatan, dan kerjasama sesama masyarakat. Konsep dalam tema ini lebih pada 'kesamarataan' dan 'perkongsian' apabila kita bersatu.

Rupa-rupanya, pemilihan istilah dalam penetapan sesuatu madah amatlah bermakna. Saya belajar daripada peristiwa ini bahawa pemilihan istilah amat penting bagi menentukan fikiran organisasi atau pemilik madah itu. Masyarakat mampu membaca makna yang tersirat daripada pemilihan istilah yang digunakan.

Salam Merdeka.
Salam Malaysia.
Salam Hormat.


16 August 2012

Kisah seorang anak Paderi peluk Islam


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Sumber: KLIK SINI


15 August 2012

Salam AidulFitri



Salam AidulFitri
Maaf Lahir dan Bathin...

<< Daripada saya sefamili >>

Minal Aidil Wal Faizin

14 August 2012

Adib semakin bijak berbicara...


Saya telah menjalankan kajian dan pemerhatian terhadap Adib - pengubat duka jiwa, penyejuk mata, penenang minda (mudah-mudahan berpanjangan). Sedikit sedutan kajian yang saya jalankan beberapa bulan dahulu daripada keseluruhan teks kajian tersebut.

... Pemerhatian ini dijalankan secara ringkas melalui pemerhatian selama tiga bulan bermula dari Mac, April, dan Mei 2012. Kajian ini melihat perkembangan seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun sepuluh bulan (anak saya: Mohd Adib Hidayat). Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat patah-patah perkataan yang telah diperolehnya sepanjang tiga bulan tersebut. Kanak-kanak ini berketurunan Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek Kedah sebagai bahasa ibundanya. Hasil catatan ujaran ayat-ayat dalam dialognya boleh dikategorikan ke dalam dua bahagian iaitu ayat yang difahaminya (receptive) dan ayat-ayat yang dihasilkan sendiri melalui ujaran yang dikeluarkan (productive). Kedua-dua jenis ayat tersebut dianalisis dari segi bentuk dan masalah pemahaman. Ayat-ayat (dalam bentuk sebutan) jenis pengeluaran (produktif) ialah ayat-ayat yang disebutkan oleh kanak-kanak itu dan diterima oleh orang lain. Kanak-kanak ini menggunakan bahasanya untuk memberikan nama atau menyebut benda-benda yang dilihat dalam persekitarannya. Apabila ditunjukkan gambar-gambar sesuatu, kanak-kanak ini akan menyebutnya tetapi akan diam apabila dia tidak tahu.
           
Ujaran-ujaran yang diungkapkan oleh kanak-kanak yang dikaji ini dikelompokkan dalam dua kelompok besar iaitu kelompok satu kata dan kelompok ujaran dua kata atau lebih. Bagi kelompok pertama iaitu kelompok satu kata, dikelaskan kepada lapan kelompok iaitu kenderaan, benda. anggota manusia, panggilan keluarga, makanan, pakaian, haiwan, dan menyatakan perasaan.

Kelompok Satu Kata

Kelompok Kenderaan
Ujaran
Makna
bash
bas
e-ta
kereta
oto
motosikal
karl
basikal
o-yi
lori
bang
kapal terbang & helikopter

Kelompok Anggota Manusia
Ujaran
Makna
ngan
tangan
ka-ki
kaki
u-yut
mulut
ka
muka
i-dah
lidah
a-yi
jari
gig-gi
gigi
kuk-ku
kuku
tet-tey
tetek
but
rambut

Kelompok Makanan
Ujaran
Makna
thu-thu
susu
thu-thu bena
Ribena
a-chik
nasi
a-yer
air
o-pok
keropok
let
coklat
u-wah
buah
tek
betik
ais
ais krim
ci
KFC

Kelompok Pakaian
Ujaran
Makna
a-ju
baju
u-wag
seluar
la
tuala
gang
tali pinggang
a-yin
kain
pers
lampin pakai buang (Pampers)

 Kelompok Benda
Ujaran
Makna
gan
pinggan
wan
cawan
ca
camca
du
sudu
u-ci
kerusi
ja
meja
pon
telefon
di
mandi
kok
pokok
nga
bunga
cu
pasu
mot
remoot-control
tu
pintu
kat
sikat
ci
kunci
nan
permainan
chot
kasut
us
berus
a-pi
api
ais
ais
a-ye
air
chu-chu
susu
pu
lampu
u-ku
buku
kon
Air-cond / pendingin hawa
bol
bola





























Kelompok Panggilan Keluarga
Ujaran
Makna
a-bah
abah
i-bu
ibu
tok
tok (perempuan)
wan
wan (lelaki)
nek
nenek
a-chik
pak cik
a-chu
pak su
a-dik
adik
ba-by
baby
a-bang
abang
ka-ka
kakak
ka-wan
kawan














  Kelompok Menyatakan Perasaan / Permintaan
Ujaran
Makna
nak
hendak
mau
tidak mahu
ngan
jangan
kit
sakit
tik
cantik
nyum
senyum
gi
lagi
jom
jom / mengajak
kut
takut
nek
naik
kai
pakai
kak
buka
cah
basah
nas
panas
juk
sejuk
num
minum
kan
makan
men
main
rak
berak
en-cin
kencing
bang
terbang
dap
sedap
yang
sembahyang

 Kelompok Haiwan
Ujaran
Makna
a-yam
ayam
kan
ikan
tek
itik
mbu
lembu
pass
lipas
mmut
semut
yat
ulat
bird
burung
meow
kucing

  Kelompok Dua Kata atau Lebih

Kanak-kanak ini didapati telah berupaya menggabungkan dua kata menjadi satu ayat dalam ujarannya. Ayat-ayat yang diujarkan lebih banyak menyatakan perasaan, permintaan, dan ulasan. Ayat pertama kanak-kanak ini tidak mempunyai tatabahasa, tetapi banyak menggabungkan rangkaian perkataan biasa. Sebutan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak ini mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa perkataan kata dasar yang digabungkan dengan perkataan lain bagi menyatakan perasaan, permintaan, dan ulasan.

Ketika ujaran ini diungkapkan, situasi yang menggambarkan perkara berkenaan sedang berlaku. Antara ujaran yang berjaya direkodkan ialah:

Ujaran
Makna
yam dap
ayam sedap merujuk pada: ayam ini sedap
kan nas
ikan panas merujuk pada: ikan ini panas
pass kut
lipas takut merujuk pada: takut pada lipas
bird bang
burung terbang merujuk pada: burung sedang terbang
nek karl
naik basikal merujuk pada: mahu naik basikal
jom..nek karl
jom naik basikal merujuk pada: mahu naik basikal
jom kok
jom pokok merujuk pada: mahu menyiram pokok
jom uku
jom buku merujuk pada: mahu baca buku
bah yang
abah sembahyang merujuk pada: abah sedang bersembahyang
bu yang
ibu sembahyang merujuk pada: ibu sedang bersembahyang
pass kut
lipas takut merujuk pada: takut pada lipas
nak thu-thu
mahu susu merujuk pada: mahu minum susu
nak thu-thu bena
mahu Ribena merujuk pada: mahu minum Ribena
chik das
nasi pedas merujuk pada: nasi ini pedas
ju
baju merujuk pada: mahu pakai baju
kat but
sikat rambut merujuk pada: mahu sikat rambut
jom di
jom mandi merujuk pada: mahu mandi
ngan kit
tangan sakit merujuk pada: sakit tangan
nak nan
hendak main merujuk pada: mahu main permainan

Ujaran-ujaran ini diungkapkan sambil menunjukkan kemahuan, keinginan, dan perasaannya. Kanak-kanak ini akan mengungkapkan kata-kata tersebut apabila sesuatu itu berada hampir dengannya. Dalam situasi ini, kanak-kanak telah berkeupayaan untuk memberi fokus kepada pelbagai aspek dalam pelbagai situasi. Justeru, mereka telah mula berfikir tentang menjalinkan perhubungan dengan orang lain, dengan cara menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi dengan persekitaran yang berbeza-beza.

Kanak-kanak ini telah mula memahami soalan-soalan yang ditanya. Dia mampu menjawab soalan itu dengan hanya menunjukkan gambar atau menyebut satu atau dua kata sahaja. Misalnya apabila ditunjukkan gambar lipas dan bertanya; ni gambar apa? Kanak-kanak ini akan menjawab: “pass.. kut..” (lipas..takut). Jawapannya ini menunjukkan bahawa dia menjawab dan menyatakan perasaannya melalui pengalaman lepas.

 Contoh 1:
Pengkaji          : Siapa nama Mohd. Adib?
Kanak-kanak   : aya (sambil mengangkat tangannya).

Contoh 2:
Pengkaji          : Ini gambar apa? (sambil menunjukkan gambar kereta)
Kanak-kanak   : e-ta…

Contoh 3:
Pengkaji          : Mana ibu?
Kanak-kanak   : i-bu.. i-bu.. (sambil menunjuk-nunjuk ibunya).


Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa mereka memahami pertuturan orang lain dan mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang ditujukan kepada mereka. Kanak-kanak sudah memahami pertanyaan tetapi mereka masih belum boleh bertanya menggunakan kata tanya.

Dapat disimpulkan bahawa selalunya bayi dapat memberikan tindak balas memahami sesetengah perkataan dan arahan-arahan yang dituturkan oleh orang di sekelilingnya. Dipercayai bahawa proses memahami sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. Ini menjelaskan bahawa kemahiran memahami itu mendahului kemahiran bertutur. Kanak-kanak tidak akan dapat memperoleh sesuatu bahasa melainkan apabila mereka mendengar.


 Sekarang, umurnya dah 2 tahun satu bulan. Dia sudah mampu menggunakan kata bilangan sedikit dan banyak. Sudah pandai meminta tolong (Adib atuh..oyong..: Adib nak jatuh, tolong! - sewaktu memanjat pintu grill rumah). Sudah bijak memahami dan marah terhadap kata-kata halangan daripada abah atau ibunya apabila dia mahu sesuatu. Anakku... Semoga kau dirahmati Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...