MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

26 January 2009

Kenangan Terindah sebagai Raja (Satu Hari aje)...








Bersama abah dan mamaku..

Bersama mak dan pak mertuaku..






24 Januari 2009 dalam ingatan....

25 January 2009

Kenali Mertuaku..

Bapak mertua..aku masih janggal untuk panggil bapak..aku dah terbiasa panggil cikgu ani..dia seorang guru besar..dulu aku selalu bergurau senda dengannya..tak sangka la ni dia jadi pak mentua aku..

Mak mentua..Makcik Timah..sahabat mamaku semasa di SMK Kedawang..aku janggal juga nak panggil mak ni..Aku selalu juga berjenaka dengannya..akhirnya dia, ibu mertuaku..


Ayish..adik ipar bongsu..la ni di SMS Sultan Mohd. Jiwa, SP


A-an (kanan)..adik ipaq juga..

24 January 2009

Impruvisasi Diri..


Restu mama..












Tepat jam 21:33, 23 Januari 2009, aku telah diijabkabulkan di Masjid Pdg. Matsirat oleh Tuan Imam. Macam-macam yang ditanya. Istighfar, Syahadah, Fatihah, dan Rukun Nikah. Guna pembesar suara pulak tu. Mujur aku dapat jawab dengan tenang. Aku kira, Tuan Imam pula yang gabra. Sebab, tersasul sebut nama isteri. Lepas tu apa lagi, terpaksa akad semula ler selepas semua majlis selesai.

Kiranya;
sebelum akad, gabra;
lepas akad, lega.
masa majlis, malu;
lepas majlis, hehe..malu-malu!

Kami rombongan kira-kira 100 orang sanak saudara dekat dan jauh bersama-sama mengiringi rombongan pernikahan ini. Kasih yang terputus dapat bersambung semula! Kiranya, kiambang bertaut semula.
Petangnya, dua orang pensyarah yang rapat dengan saya, Pn. (Dr.) Roshani dan Pn. Kamaliah telefon. Panjang juga bicara mereka. Terharu apabila katanya mereka dari IBMM akan hadir saya kenduri di Baling dari IBMM, Kuala Lumpur 3 buah kereta. Katanya mereka dah rancang untuk hadir. Terharu benar. Terima kasih ibu-ibu semua.

Terima kasih mama dan abah. Terima kasih makcik dan maksu jah yang banyak membantu. Terima kasih semua. Terima kasih.

Buat pak dan mak mertua, selamat menerima saya dengan hati terbuka. Saya gembira menjadi sebahagian keluarga bapak dan mak (pak dan mak mertua).

Sahabat-sahabat juga turut hadir bagi semangat. Iman, Lutfi, Ki-un, dan seorang lagi. Terima kasih kepada mereka.
Perkahwinan Dari Sudut Pandangku
Perkahwinan. Ertinya pemersatuan dua individu dan seluruh keluarganya dan sanak saudaranya menjadi satu keluarga besar namun ia masih dalam batasan dan lingkupan mahram. (telah kubincangkan dalam tajuk lepas - lihat post 2008).
Ertinya juga, aku telah meningkat satu tahap lagi dalam hidupku. Aku tidak lagi boleh merancang dan bergerak seorang diri tetapi harus juga mengambil kira pandangan dan keperluan isteri (seperti yang dinasihatkan oleh Tuan Imam melalui khutbah nikah yang dibacanya).

21 January 2009

Laut..






Sebuah laut..
Sebuah pantai..
Laut dan pantai..
tidak pernah kenal erti resah ia..

Pertunangan:sebuah pengalaman bernilai







Selepas perbincangan antara kedua-dua keluarga pasangan diadakan kira-kira dua bulan (September, Oktober), majlis pertunangan telah ditetapkan tarikhnya dan akan dilangsungkan pada 21 November 2008. Tarikh ini aku pilih sempena hari kebesaran keluarga iaitu sempena hari kelahiran mamaku, 21 November 1959.

Pihak lelaki diwakili ahli rombongan terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara terdekat untuk mengahdiri upacara pertunangan ini. Rombongan akan ke rumah pasangan perempuan. Ahli rombongan dari Kedawang telah bertolak ke kampung Atas, Pdg. Matsirat pada jam 8:45 malam dengan membawa 11 dulang hantaran. Menaiki 4 buah kereta.

Rombongan kami disambut oleh bapa pasangan perempuan dengan berbaju merah dan senyuman yang lebar.

Pada hari tersebut, majlis kenduri diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Mujurlah bakal tunangku tidak ada kakak! Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.

Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Setelah pulang, maka aku sudah jadi tunangan orang! Kata orang, waktu bertunang, banyak cabarannya. Dan kata orang juga, dalam waktu pertunangan ini, orangnya berdarah manis. Mitos? Mungkin juga.

Tunggulah pula sehingga bulan Januari 2009 nanti.

Legasi Hidayat




Mama dan abah;
Permata hatiku sepanjang zaman
Seringku teringat siang dan malam
Kuharap mama dan abahku;
sihat sejahtera,
aman bahagia,
suka gembira sentiasa..
dan akan kucuba lengkapkan hidup kalian dengan kasihku sebagai anakmu...
mama dan abah yang kukasihi!!



Kami, lima bersaudara;
dalam Legasi Hidayat


Abangku Imran Hidayat...
Kini telah berkahwin dan bekerja di Terengganu.


Aku...Luqman Hidayat..
Seorang blogger dan reporter..
Aku memang minat menulis dan berpuisi..
Respon kawan-kawan, bahasaku dalam dan payah difahami..
Aku puas apabila hasilku orang baca..


Dikma...Fatimah Hidayah..
Sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana (masters) di UIAM..


Ammar Hidayat...
Masih menuntut di UIAM, Gombak..


Basheer Hidayat...
Masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir..


Debaran 2

Bagi lelaki, ada dua waktu amat mendebarkan..

Pertama; sewaktu berkhatan.
Kedua; sewaktu akad nikah.

Sungguh mendebarkan...

Bekuai yang kutinggalkan..









Pengalaman selama 3 tahun di SK Bekuai saya anggap sebagai sebuah aset bernilai untuk mara ke hadapan, mendepani cabaran mendatang.
Banyak perkara dapat diungkapkan dan dapat dikenang di SK Bekuai ini. Suka, duka, pahit maung, jernih, ceria semua ada!
Aku tinggalkan murid-murid yang kukasihi, dengan pesanan dan ingatan.
Aku tinggalkan kawan-kawan, sahabat handai dengan penuh kenangan.
Aku tinggalkan tugasan, dengan penuh pengalaman.
Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menerajui beberapa perkara untuk kulaksanakan. Sesungguhnya dengan kepercayaan yang diberi itu, aku bisa belajar banyak perkara, dan kutemui pelbagai ragam manusia. Ia sebuah pengalaman berharga!
Terima kasih juga memberi kemudahan yang pelbagai khususnya kemudahan kerjasama yang tinggi.
Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi sebahagian daripada hidupku. Terima kasih juga kerana memberi ruang dan peluang untuk bersama kalian selama aku di sana. Aku terharu mengenangkan detik dan perkara bersama kalian. Kalian sangat terpahat di hati ini. Terima kasih.
Semoga hubungan kita tidak sampai hanya semasa sama-sama bertugas tetapi biarlah ia abadi. Hubungilah jika ada apa-apa berita kawan-kawan kita. Diriku sangat menghargai kalian!

Kupantunkan buat kalian;
Anak perempuan memasang dupa,
Dupa dipasang di ruang depan;
Kenangan dan jasa kalian kutak lupa,
Bagai paku lekat di papan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...