MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

22 July 2013


Kursus Kewartawanan Foto


BTPN Kedah menganjurkan Kursus Kewartawanan Foto buat para pegawai dan juruteknik BTPN dan PKG Negeri Kedah. Aku bersama kakanda Cikgu Omar Hassan, dari BTPN Kedah menjadi fasilitatornya. 

Beberapa slot telah aku isi dengan antaranya ulangkaji tatabahasa Bahasa Melayu, Teknik Penulisan Berita, Teknik Menetapkan Tajuk Berita Yang Menarik, Pengalaman Sebagai Wartawan Akhbar, Hubungan Foto dengan Penulisan, Protokol dan Tugas Seorang Wartawan, dan sebagainya. Peserta nampaknya teruja dengan pengisian dan perkongsian tajuk-tajuk yang aku sampaikan terutama tentang pengalamanku sebagai wartawan akhbar beberapa tahun lepas.

Sepanjang empat hari, para peserta diberi ruang dan peluang untuk membuat laporan berita dengan ke beberapa tempat untuk melihat sudut-sudut penulisan yang boleh dinamakan berita. Peserta teruji dan berpengalaman dengan tugas sebagai wartawan.





21 July 2013


Sambutan Hari Guru Peringkat BTPN Kedah

Daerah KMY telah membuat rangkaian tiga persembahan pada majlis berkenaan iaitu sketsa pendek (parodi Man Laksa), deklamasi sajak (Obor Hemah: SN Datuk A. Samad Said), dan alunan nasyid (Lilin Seorang Guru: Inteam). Akulah perancangnya - kerana diberi amanah oleh Pen. Pengarah BTPNK..! 

Bersama teman-teman, kami menyusun bahan persembahan dengan baik. Kami ada seorang pemuzik (Bang Teh Shukri) yang menekan butang Keyboard mengiringi semua persembahan daerah.  Walaupun sibuk, kami berkorban membuat latihan di BTPNK pada sebelah malam sambutan majlis tersebut.

Walaupun agak tidak teratur, namun kami mendapat tepukan gemuruh. Kami gembira. Tahun depan, harus perbaiki lagi dengan persembahan yang sempurna...!

Alhamdulillah ...





16 July 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...