MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

20 September 2010

Aidilfitri Bersama Puteraku...





Salam Lebaran Aidilfitri

Ramadhan telah berlalu kerana tibanya Syawal. Bagi kanak-kanak, Syawallah paling dinanti-nantikan oleh golongan ini kerana pada mereka Syawal mengundang banyak kegembiraan. Bagi golongan ahli ibadah pula, mereka sangat hiba dengan kepulangan Ramadhan kerana merasakan banyaknya nikmat yang dikaut dan diperolehi pada bulan tersebut. Justeru, tidak hairanlah bulan Ramadhan digelar sebagai Ramadhan Al-Mubarak yakni Ramadhan yang penuh keberkatan.
Kita masih mengharapkan agar Ramadhan tahun hadapan dapat kita berada di dalamnya supaya kita dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda untuk kita jadikan bekal di akhirat nanti.
Akhir kata: Rejab dengan Asyuranya, Syaaban dengan Nisfunya, Ramadhan dengan LailatulQadarnya, dan Syawal dengan Kemaafannya. Sambutlah salam kemaafan tulus dan ikhlas daripada saya sefamili.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar walilla hil hamd.
Minal aidil wal faizin
Salam Hormat;
Luqman Hidayat

01 September 2010

Salam

Anda kini boleh memberi komen atau pertanyaan atau sebarang perbualan pada blog ini tanpa perlu mendaftar.

Klik, comment pada bahagian bawah sesuatu topik.
Tunggu.

Taipkan mesej anda.

Ke bawah dan tulis paparan yang huruf yang anda nampak pada kotak yang disediakan.

Ambil/klik pada anynomous.

Klik pada publish your comment.

Itu aje..terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...