Saya telah menjalankan kajian dan pemerhatian terhadap Adib - pengubat duka jiwa, penyejuk mata, penenang minda (mudah-mudahan berpanjangan). Sedikit sedutan kajian yang saya jalankan beberapa bulan dahulu daripada keseluruhan teks kajian tersebut.

Ujaran-ujaran
yang diungkapkan oleh kanak-kanak yang dikaji ini dikelompokkan dalam dua
kelompok besar iaitu kelompok satu kata dan kelompok ujaran dua kata atau
lebih. Bagi kelompok pertama iaitu kelompok satu kata, dikelaskan kepada lapan
kelompok iaitu kenderaan, benda. anggota manusia, panggilan keluarga, makanan,
pakaian, haiwan, dan menyatakan perasaan.
Kelompok Satu Kata
Kelompok Kenderaan
Ujaran
|
Makna
|
bash
|
bas
|
e-ta
|
kereta
|
oto
|
motosikal
|
karl
|
basikal
|
o-yi
|
lori
|
bang
|
kapal
terbang & helikopter
|
Kelompok Anggota Manusia
Ujaran
|
Makna
|
ngan
|
tangan
|
ka-ki
|
kaki
|
u-yut
|
mulut
|
ka
|
muka
|
i-dah
|
lidah
|
a-yi
|
jari
|
gig-gi
|
gigi
|
kuk-ku
|
kuku
|
tet-tey
|
tetek
|
but
|
rambut
|
Kelompok Makanan
Ujaran
|
Makna
|
thu-thu
|
susu
|
thu-thu bena
|
Ribena
|
a-chik
|
nasi
|
a-yer
|
air
|
o-pok
|
keropok
|
let
|
coklat
|
u-wah
|
buah
|
tek
|
betik
|
ais
|
ais
krim
|
ci
|
KFC
|
Kelompok Pakaian
Ujaran
|
Makna
|
a-ju
|
baju
|
u-wag
|
seluar
|
la
|
tuala
|
gang
|
tali
pinggang
|
a-yin
|
kain
|
pers
|
lampin
pakai buang (Pampers)
|
Kelompok Benda
Ujaran
|
Makna
|
gan
|
pinggan
|
wan
|
cawan
|
ca
|
camca
|
du
|
sudu
|
u-ci
|
kerusi
|
ja
|
meja
|
pon
|
telefon
|
di
|
mandi
|
kok
|
pokok
|
nga
|
bunga
|
cu
|
pasu
|
mot
|
remoot-control
|
tu
|
pintu
|
kat
|
sikat
|
ci
|
kunci
|
nan
|
permainan
|
chot
|
kasut
|
us
|
berus
|
a-pi
|
api
|
ais
|
ais
|
a-ye
|
air
|
chu-chu
|
susu
|
pu
|
lampu
|
u-ku
|
buku
|
kon
|
Air-cond / pendingin hawa
|
bol
|
bola
|
Kelompok Panggilan Keluarga
Ujaran
|
Makna
|
a-bah
|
abah
|
i-bu
|
ibu
|
tok
|
tok (perempuan)
|
wan
|
wan (lelaki)
|
nek
|
nenek
|
a-chik
|
pak cik
|
a-chu
|
pak su
|
a-dik
|
adik
|
ba-by
|
baby
|
a-bang
|
abang
|
ka-ka
|
kakak
|
ka-wan
|
kawan
|
Ujaran
|
Makna
|
nak
|
hendak
|
mau
|
tidak
mahu
|
ngan
|
jangan
|
kit
|
sakit
|
tik
|
cantik
|
nyum
|
senyum
|
gi
|
lagi
|
jom
|
jom
/ mengajak
|
kut
|
takut
|
nek
|
naik
|
kai
|
pakai
|
kak
|
buka
|
cah
|
basah
|
nas
|
panas
|
juk
|
sejuk
|
num
|
minum
|
kan
|
makan
|
men
|
main
|
rak
|
berak
|
en-cin
|
kencing
|
bang
|
terbang
|
dap
|
sedap
|
yang
|
sembahyang
|
Kelompok Haiwan
Ujaran
|
Makna
|
a-yam
|
ayam
|
kan
|
ikan
|
tek
|
itik
|
mbu
|
lembu
|
pass
|
lipas
|
mmut
|
semut
|
yat
|
ulat
|
bird
|
burung
|
meow
|
kucing
|
Kanak-kanak
ini didapati telah berupaya menggabungkan dua kata menjadi satu ayat dalam
ujarannya. Ayat-ayat yang diujarkan lebih banyak menyatakan perasaan,
permintaan, dan ulasan. Ayat pertama kanak-kanak ini tidak mempunyai
tatabahasa, tetapi banyak menggabungkan rangkaian perkataan biasa. Sebutan yang
dikeluarkan oleh kanak-kanak ini mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu
terdiri daripada beberapa perkataan kata dasar yang digabungkan dengan perkataan
lain bagi menyatakan perasaan, permintaan, dan ulasan.
Ketika
ujaran ini diungkapkan, situasi yang menggambarkan perkara berkenaan sedang
berlaku. Antara ujaran yang berjaya direkodkan ialah:
Ujaran
|
Makna
|
yam dap
|
ayam
sedap merujuk pada: ayam ini sedap
|
kan nas
|
ikan
panas merujuk pada: ikan ini panas
|
pass kut
|
lipas
takut merujuk pada: takut pada lipas
|
bird bang
|
burung
terbang merujuk pada: burung sedang terbang
|
nek karl
|
naik
basikal merujuk pada: mahu naik basikal
|
jom..nek karl
|
jom
naik basikal merujuk pada: mahu naik basikal
|
jom kok
|
jom
pokok merujuk pada: mahu menyiram pokok
|
jom uku
|
jom
buku merujuk pada: mahu baca buku
|
bah yang
|
abah
sembahyang merujuk pada: abah sedang bersembahyang
|
bu yang
|
ibu
sembahyang merujuk pada: ibu sedang bersembahyang
|
pass kut
|
lipas
takut merujuk pada: takut pada lipas
|
nak thu-thu
|
mahu
susu merujuk pada: mahu minum susu
|
nak thu-thu bena
|
mahu
Ribena merujuk pada: mahu minum Ribena
|
chik das
|
nasi
pedas merujuk pada: nasi ini pedas
|
ju
|
baju
merujuk pada: mahu pakai baju
|
kat but
|
sikat
rambut merujuk pada: mahu sikat rambut
|
jom di
|
jom
mandi merujuk pada: mahu mandi
|
ngan kit
|
tangan
sakit merujuk pada: sakit tangan
|
nak nan
|
hendak
main merujuk pada: mahu main permainan
|
Ujaran-ujaran
ini diungkapkan sambil menunjukkan kemahuan, keinginan, dan perasaannya.
Kanak-kanak ini akan mengungkapkan kata-kata tersebut apabila sesuatu itu
berada hampir dengannya. Dalam situasi ini, kanak-kanak telah berkeupayaan
untuk memberi fokus kepada pelbagai aspek dalam pelbagai situasi. Justeru,
mereka telah mula berfikir tentang menjalinkan perhubungan dengan orang lain,
dengan cara menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi dengan persekitaran yang
berbeza-beza.
Kanak-kanak
ini telah mula memahami soalan-soalan yang ditanya. Dia mampu menjawab soalan
itu dengan hanya menunjukkan gambar atau menyebut satu atau dua kata sahaja.
Misalnya apabila ditunjukkan gambar lipas dan bertanya; ni gambar apa?
Kanak-kanak ini akan menjawab: “pass.. kut..” (lipas..takut). Jawapannya ini
menunjukkan bahawa dia menjawab dan menyatakan perasaannya melalui pengalaman
lepas.
Contoh 1:
Pengkaji : Siapa
nama Mohd. Adib?
Kanak-kanak : aya
(sambil mengangkat tangannya).
Contoh 2:
Pengkaji : Ini
gambar apa? (sambil menunjukkan gambar kereta)
Kanak-kanak : e-ta…
Contoh 3:
Pengkaji : Mana
ibu?
Kanak-kanak : i-bu..
i-bu.. (sambil menunjuk-nunjuk ibunya).
Contoh-contoh
ini menunjukkan bahawa mereka memahami pertuturan orang lain dan mampu menjawab
pertanyaan-pertanyaan yang ditujukan kepada mereka. Kanak-kanak sudah memahami
pertanyaan tetapi mereka masih belum boleh bertanya menggunakan kata tanya.
Dapat disimpulkan bahawa selalunya bayi dapat
memberikan tindak balas memahami sesetengah perkataan dan arahan-arahan yang
dituturkan oleh orang di sekelilingnya.
Dipercayai bahawa
proses memahami sesuatu bahasa itu mendahului proses bertutur. Ini menjelaskan
bahawa kemahiran memahami itu mendahului kemahiran bertutur. Kanak-kanak tidak akan dapat memperoleh sesuatu bahasa melainkan apabila
mereka mendengar.
Sekarang, umurnya dah 2 tahun satu bulan. Dia sudah mampu menggunakan kata bilangan sedikit dan banyak. Sudah pandai meminta tolong (Adib atuh..oyong..: Adib nak jatuh, tolong! - sewaktu memanjat pintu grill rumah). Sudah bijak memahami dan marah terhadap kata-kata halangan daripada abah atau ibunya apabila dia mahu sesuatu. Anakku... Semoga kau dirahmati Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
No comments:
Post a Comment