MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

25 July 2010

Kelahiran Yang Dinanti: suatu kronologi...




21 Julai 2010, jam 2010
Isteriku agak gelisah. Katanya sakit bahagian bawah abdomen. Aku mengajak ke KMC. Katanya jauh. Aku mengajak ke hospital terhampir. Katanya takut ditahan di wad. Tunggu esok waktu cerah.



Jam 2110
Masih mengadu dan mengaduh. Aku tekan perutnya, dia risau. Aku kata padanya; mari kita ke klinik. Jawabnya sama- takut.

Jam 2340
Kelihatannya tidak selesa. Meminta air minum. Aku membawa segelas air dan menjampiserapah dng apa bacaan pun tidak tahu. Hanya lakonan, beri motivasi pada isteri yang sedang sarat menanti kelahiran bayi sulung.

22 Julai 2010, jam 0001
Mengaduh lagi. Aku berceramah, sabar! sabar! dan sabarlah!

Jam 0310
Minta air lagi. Aku gagahkan juga diriku ke dapur.

Jam 0520
Aku bangun dan terus mencari pakaian untuk ke sekolah. Isteriku membebel. Katanya dalam dia kesakitan, sanggupkah saya ke sekolah lagi. Sanggupkah? Aku dalam dilema. Antara keluarga dan kerjaya! Aku teruskan juga menggosok pakaian.

Jam 0600
Mandi-manda, solat, dan tidur semula. Tak pergi ke kerja. Cuti lagi. Minggu ini tak banyak hari aku ada penuh ke sekolah. Ahad, aku cuti. Isnin, sekejap ke sekolah, aku ke mesyuarat Pengurusan Jambori Pengakap Kedah. Selasa, aku di sekolah. Rabu ke Kursus Pengurusan LINUS.

Jam 0800
Isteriku masih sempat membasuh pakaian. Memang tradisiny, tak suka semak, kekemasan sangat diutamakan. Aku sarapan dengan roti keping.

Jam 0845
Bertolak ke KMC, Alor Setar. Singgah dahulu di Kopitiam. Makan agak berat.

Jam 1000
Tiba di KMC. Daftar di kaunter untuk pemeriksaan biasa. Menanti temujanji dengan Dr. Zuraini Abd. Hamid.

Jam 1100
Nama diseru. Aku dan isteri ke dalam klinik. Dr Zuraini agak kasar tetapi pakar. Dia memeriksa, dan katanya dah boleh masuk wad. Petang ni dah boleh bersalin.

Jam 1200
Aku bersama-sama isteri di dalam labour room. Ubat disuntik bersama air dua botol.

Jam 1400
Isteriku mula terasa sakit. Aku seperti biasa, bermula memberi motivasi lagi. Membaca apa yang patut supaya dia berasa kuat.

Jam 1530
Semakin kuat sakitnya. Menangis-nangis.

Jam 1630
Aku diminta keluar dari bilik itu. Aku membaca surah Yaasin di luar bilik. Sambil hatiku resah.

Jam 1649
Jururawat memanggil. Aku meluru masuk ke bilik tersebut. Aku lihat Dr Zuraini sedang mengeluarkan kepada seorang bayi dari isteriku. Kasihan isteriku.

Jam 1652
Aku sah menjadi bapa kepada seorang anak lelaki. Benarkah?! Macam tak percaya. Pelbagai harapan aku sandarkan pada anakku ini. Aku mengucap kata-kata syukur pada Allah Maha Agung. Terima Kasih ALLAH. Teringat juga aku pada bait lagu M Daud Kilau;

Kau kujadikan raja,

di dalam rumah tangga,
hai anakku yang pertama,
hai anakku yang pertama.

Terlupa pada isteri kerana terlalu gembira. Bagaimana keadaannya?
Isteriku pun selamat!! Syukur...

ALLAHU AKBAR!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...