MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

12 November 2009

November Kembali Lagi...

Apabila masuknya bulan November, seolah-olah telah diberi isyarat bahawa seluruh alam persekolahan terutama bagi para pelajar akan berehat, bercuti. Cuti yang panjang, kira-kira 7 minggu. Para guru mungkin juga akan turut bercuti selama 5 minggu.

November yang datang ini telah aku rancang untuk pelbagai perkara. Aku rancang untuk (seperti berikut);

i)aku ada mohon nak kerja sambilan sebagai pemandu pelancong sewaktu LIMA 2009 Langkawi

ii) aku rancang untuk cuti-cuti Malaysia (dari Utara ke Selatan dan Timur)

iii) aku rancang untuk p umrah

iv) aku rancang untuk bantu my family urus Kem Motivasi

v) aku rancang untuk bantu my family buat satu mega project berpanjangan

vi) aku rancang nak hantar seberapa banyak artikel ke blog aku ini kerana sudah lama aku tak meninjau blog aku...

tapi ...

maybe hanya rancangan ke 4, 5 dan 6 sahaja dapat kulaksanakan kerana aku kena jadi Pengawas SPM pulak.

Salam Satu Malaysia


Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan telah memberi tumpuan kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasti, pendidikan, dan integriti memperlihatkan kesungguhan pemimpin baru hari ini untuk memastikan nikmat kemerdekaan yang dimiliki diisi dengan perkara terbaik supaya ia berada pada jalan yang betul.

Bagi Dato’ Sri Najib, 1Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”katanya.


Bukanlah menjadi perkara yang mudah untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum memandangkan Malaysia didiami oleh rakyat yang berbilang kaum dan etnik yang tentunya mengamalkan perbezaan budaya, bahasa, agama, dan lain-lain.
Namun perlembagaan negara yang telah menggariskan keistimewaan bahasa dan agama harus menjadi teras kepada keharmonian di negara ini.


Ibnu Khaldun telah menggariskan tiga kriteria utama untuk mempastikan kekuatan negara dan masyarakat. Pertama, perpaduan kebangsaan yang kukuh. Sifat benci membenci, menganiaya, menjatuhkan sesama sendiri harus ditukar kepada saling menghormati, saling memberi, bertolong-bantu.

Kedua, kuantiti dan kualiti sumber manusianya. Rakyat yang unggul dan cekap akan member makna nilai yang tinggi kepada negera dan masyarakat. Ketiga, Kejayaan dan kebangkitan bangsa hanya akan kekal jika rakyatnya sentiasa optimis dan mahu terus bekerja keras.

Sikap berkenaan barangkali dapat membuktikan kejayaan sesebuah negara terutama Malaysia mengekalkan demokrasi dan perpaduan negara ini. Inilah juga menjadi faktor Malaysia terus dapat bertahan sejak mula mencapai kemerdekaan lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita dapat menghargai kemerdekaan yang dikecapi ini. Seharusnya amlan bersatu padu yang telah dizahirkan oleh kita selama ini harus diamalkan oleh setiap yang bergelar warganegara dengan mengenepikan apa jua fahaman politik.

Pemimpin dan rakyat perlu menghayati konsep 1Malaysia ini dan menghayati lapan nilai yang telah digariskan dalam konsep ini. Sesungguhnya Malaysia adalah negara kita, tiada mana-mana kaum akan terpinggir atau dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dn embelaan daripada kerajaan yang ada.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum sendiri. Malaysia adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya, atau fahaman politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...