MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

23 August 2009

Short Review: Rejab,Syaaban, & Kedatangan Ramadhan

Assalamualaikum WRB. (dan salam satu malaysia -bak kata pembaca berita RTM)
Blog saya terlalu lama tidak dimajukan ekoran kesibukan yang melampau. Saya merindui untuk menulis semula dan memajukan semula blog saya dengan tulisan-tulisan berbentuk peribadi.
Rejab yang datang pada 1 Rejab yang lalu telah meninggalkan kita dan membawa bersama-sama kepergiannya dengan pelbagai ganjaran daripada Allah Taala. Bulan Rejab ini merupakan bulan Allah.
Syaaban juga datang pada 1 Syaaban dan telah beberapa hari meninggalkan kita. Ia juga membawa bersama-samanya pelbagai ganjaran yang besar. Ia adalah bulan Nabi Muhammad SAW.
Kedua-dua bulan ini telah pergi meninggalkan aku. Pergi meninggalkan kita semua. Entahlah, samada ia pergi dan aku syahdu atau tiada apa-apa padaku, namun aku masih terasa betapa sesalnya tidak mengambil sepenuh tawaran yang ditawarkan pada bulan-bulan tersebut. Lalai juga! Cuai pun ada! Sayang, sayang! Aku kira-kira, congak-congak hanya 5% (mungkin) yang aku dapat daripada tawaran semasa bulan-bulan ini. Adakah dapat kuketemu lagi ia pada masa-masa mendatang? Atau adakah ini Rejab dan Syaaban terakhir buatku....
Ramadhan pula datang. Marhaban Ya Ramadhan. Hari ini, hari kedua Ramadhan yang mulia. AlhamdulilLah, marilah kita bersyukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan berada pada bulan mulia ini, Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat sama-sama memperbanyakkan aktiviti yang berpeluang untuk kita menerima laba daripada tawaran yang disediakan oleh Allah. Mudah-mudahan kita menjadi jutawan pahala sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga Bergelar Jutawan Ramadhan.
Semoga mencapai objektif seperti tercatat dalam surah Baqarah ayat 183;
"........ mudah-mudahan kamu bertaqwa"
Sesungguhnya Ramadhan sebagai sebuah madrasah, yang mendidik jiwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...