MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

31 August 2008

Love Feel No ...

LOVE feels no burden,
thinks nothing of trouble,
attempts what is above its strength,
pleads no excuse of imposibility,
for it thinks all things lawful,
for itself, and all things possible...

CINTA membuatkan kita tidak merasi sebarang bebanan,
tidak memikirkan sebarang masalah,
cuba melakukan sesuatu di luar keupayaan,
tidak memberi sebarang alasan kepada kemustahilan,
kerana cinta menjadikan segala-galanya dalam landasan undang-undang,
dan segala-galanya ada kemungkinan...

Thomas A Kempis

Bermaknakah Merdeka?


Apakah makna merdeka kepada kita?

Apakah dengan kita bertempik, bersorak, berarak, memegang panji-panji itu namanya merdeka? Apakah dengan memberi penghormatan dan ingatan berpanjangan kepada pejuang-pejuang tanah air itu namanya merdeka? Apakah dengan kita menembak naik bunga api sebagai tanda kegembiraan (tidakkah ini tergolong dalam hal membazir?) itu namanya merdeka? Atau apakah cukup sekadar kita berceramah mengenag zaman-zaman kemerdekaan itu namanya merdeka?

Kita lihat, pada malam 31 Ogos, di tempat-tempat strategik, akan berkumpul para muda-mudi, tua-tua pun ada, bersorak gembira sambil (belajar) mengira cara mengundur sebelum detik 12 malam. Lalu ditembak naik bunga api ke udara, dan dinyanyikan lagu-lagu kebangsaan, patriotik, dan Negaraku beramai-ramai.

Artis-artis dari dalam dan luar negara diundang bagi memeriahkan malam berkenaan, para ahli politik diundang bagi memberi lebih makna pada malam berkenaan, muda-mudi bercanda riang, bertempik bersorak, melaung kata-kata keramat MERDEKA dan diulang-ulang lebih daripada tujuh kali, yang berkeluarga membawa ahli-ahlinya sambil makan-makan ringan dan mengajar anak-anaknya "inilah merdeka, yang datuk nenek kita perjuangkan! (?)", si tua-tua pun ada barangkali melarang dalam senyuman.

Apakah ini sambutan untuk memberi makna kepeda keMERDEKAan negara?
Apakah makna merdeka hari ini bagi kita?

Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dulu, sering berucap mahu menjadikan Malaysia maju ke hadapan menuju ke arah Wawasan 2020 dengan cara, corak, wadah, dan acuan sendiri. Apakah budaya yang ditonjolkan ini menunjukkan acuan yang ditekapkan oleh para pemimpin kita yang bijak bestari menjadi? Atau apakah inilah acuan kita?

Bukankah acuan kita penuh dengan budaya ketimuran? Bukankah acuan kita penuh dengan cara sopan santun yang tinggi?

Merdeka!

Punyai pelbagai makna dan tafsiran bagi setiap golongan dan lapisan masyarakat. Golongan muda beranggapan merdeka adalah perjuangan menentang penjajah dan perlu disambut ulang-ulang acap kali detik itu tiba dengan penuh kemeriahan. Golongan tua yang turut sama-sama dalam proses memerdekakan tanah air tentunya sangat bersimpati kepada golongan muda yang salah menafsirkan makna kemerdekaan. Golongan muda lebih banyak melihat kepada sebuah perayaan kemeriahan menyambut tarikh keramat itu sedangkan golongan tua (sebelum, semasa, atau selepas sedikit dari tarikh 31 Ogos 1957) lebih terarah untuk menyatakan bahawa perit perih para pahlawan, penduduk tempatan, para pemimpin bergabung bagi memastikan kemerdekaan sebenar dicapai.

31 Ogos setiap tahun disambut meriah semua lapisan, dari Pak Menteri sehingga anak-anak kecil. Tentunya setiap lapisan tersebut punyai makna dan tafsiran berbeza merdeka. Namun, adalah diharapkan agar makna merdeka tidak lari dari makna sebenar.

Zaman ini, bukan lagi kita meminta kebebasan negara tetapi kita perlu mempertahankan kemerdekaan yang ada. Kemerdekaan yang ada ini bukan hanya untuk mereka yang berada, bukan hanya kepada mereka yang berkuasa, bukan hanya kepada mereka yang punya kepentingan sahaja, tetapi jauh dari itu, merdeka ini untuk yang fakir melana, untuk rakyat jelata, untuk rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, fahaman politik, dan buat yang mahu memahami dan mahu berfikir.

"Hubbul wathoni minal iman" kira-kira beerti; cintakan tanah air separuh daripada iman.

Merdeka! Perpaduan Teras Kejayaan.



28 August 2008

Merdeka ke-51

Negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Jika manusia, maka tentunya negara ini sudah terlalu matang dengan kehidupan kerana sudah cukup dewasanya.

Jika manusia, ia sudah mampu menilai baik buruk, tipu daya, atau seumpamanya tentang kehidupan. Tetapi bagi sebuah negara, ia terlalu muda untuk mengecap kejayaan dan kemajuan.
Tetapi, kita telah lihat negara kita melalui zaman jatuh bangunnya dari segi ekonominya, pembangunannya, masyarakatnya hingga maju seperti sekarang dalam tempoh waktu hanya 50 tahu. HANYA 50 TAHUN. sesuatu yang menakjubkan dan terlalu muda. Negara-negara lain sukar mencapai kemajuan seperti kita pada hari ini dalam tempoh waktu yang singkat.

Pada saya, negara kita mencapai kemajuannya dalam tempoh yang singkat atas 4 sebab;

Pertama; Khazanah Bumi Malaysia
Umum mengetahu, bumi Malaysia selain makmur dengan masyarakatnya, makmur juga pada tanah dan sumbernya. Bumi Malaysia dianggap 'suvarnah bumi' atau bumi emas oleh pedagang dari India pada zaman dahulu kala.


Kita ada khazanah minyak mentah yang banyak di perairan negara dan salah satu sumber penggerak ekonomi negara berpunca daripada hasil mahsul petroleum ini. Kita punyai kawasan tanah yang subur sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman antaranya getah, kelapa sawit, dan lain-lainnya.

Kita ada sumber kayu-kayan yang baik, banyak, dan terkawal (?).

Kita juga ada tempat-tempat menarik yang sangat sesuai dijadikan kawasan pelancongan oleh umat manusia dari dalam dan luar negara.

Dan kita juga ada Khazanah Nasional!

Kedua; Pengurusan Yang Cekap
Segala khazanah tersebut berjaya diuruskan dengan cekap. Pengurusan yang cekap ini mampu memastikan sesuatu khazanah itu bertahan, dipulihara, dipelihara, dimajumakmurkan, dan dimanipulasi aga membawa keberuntungan kepada negara. Kepada NEGARA. Bukan kepada individu.
Dalam konteks pengurusan, ia dipertanggungjawabkan oleh hamba rakyat terbanyak kepada sang pemimpin yang berkuasa melalui politik. Para pemimpin politik inilah yang bertanggungjawab mengendalikan khazanah negara kita supaya baik.
Rakyat menyerahkan segala pengurusan kepada para pemimpin yang dipilih dengan harapan mereka menjalankan amanah rakyat menjaga khazanah tersebut supaya membawa kebaikan dan keuntungan kepada rakyat dan negara. Dan hasil mahsulnya dapat dikongsi seluruh rakyat.
Sesungguhnya pengurusan yang cekap inilah sepanjang 50 tahun kebelakangan ini menjadikan negara kita cepat bertumbuh kemajuannya.
Ketiga; Pengagihan Yang Adil (?)
DEB dilancarkan salah satu sebabnya bagi memastikan pengagihan kekayaan negara sama rata tidak mengira bangsa, keturunan, agama, warna kulit, asal usul. Tragedi 1969 banyak mengajar kita tentang perlunya pengagihan sama rata.

Keempat; Keharmonian Masyarakat
Daripada 3 elemen berkenaan seperti atas, maka masyarakat dalam negara ini hidup dalam penuh keamanan dan keharmonian.





*diulaslanjut sedikit masa lagi...

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur...




KL yang sesak dengan pelbagai..

i) Trafik
-sangat sesak dan kenderaan bergerak lambat-lambat membuatkan aku tidak gemar di sini.
-cukuplah ketika kubelajar di sana dulu, dan ketika aku praktikum di Setapak, KL.
-sehingga kini, semua tentu setuju bahawa KL sangat sesak

ii) Penduduk
- berbagai-bagai ragam ada di sana.
- sosial remaja juga sangat kelihatan tidak menarik
- pergaulan terlalu bebas
- kata orang, di KL semua ada, cuma yang tidak ada ialah ibu bapa sahaja.

iii) Sumber Ekonomi
- kata orang juga, KL adalah lubuk duit.
- buatlah apa sahaja, semua pasti menjadi.
- duduk di KL, mesti cari pendapatan tambahan, kalau tak, tak cukup
- di KL, masa mengejar kita, jika tidak, kita akan ditinggalkan masa
- pendatang dari Indonesia, buka gerai kecil tepi longkang, jual nasi lemak, sangat laris. itu tepi longkang!

iv) Pentadbiran

v) Semangat Setia Kawan

vi) Pertumbuhan gerakan baru

vii) Pencetus

*sedikit masa lagi...

Kelapa tua yang sarat santan...

Selepas selesai majlis konvokesyen my sis, aku n family ke Seremban, Negori Sembilan.

Aku tak lagi berhajat membicarakan soal pembangunan, masyarakat, atau yang berkaitan negeri ini kerana tak berkesempatan meneliti lebih dalam, tetapi aku berminat berkongsi hal dengan para pembaca tentang seorang lelaki berumur 61 tahun yang sarat pengalaman.

Aku jarang menyertai perbualan apabila my bapak berbual, hanya sekadar menjadi pendengar setia. Tapi pada malam itu aku sangat berminat dan kagum dengan gaya dan cara penyampaian lelaki ini yang sudah 5 tahun berpencen. Jawatan terakhirnya seorang pengetua sekolah menengah agama di negeri ini. Beliau berbicara atas fakta, tidak lewah, masih atas landasan, dan bijak menyusun kata. Sambil selang selinya dengan sedikit jenaka dan batuk-batuk kecil.

Aku rumuskan dua perkara perbincangan pada malam berkenaan;

pertama; tentang kesihatan - peri pentingnya menjaga kesihatan diri melalui amalan pemakanan, pengambilan ubat-ubatan, dan aktiviti harian. Beliau mengingatkan supaya paling utama menjaga buah pinggang.
Selain itu, beliau melontarkan sesuatu yang lain dari pandanganku tentang hospital. Katanya, hospital kerajaan lebih baik dari hospital swasta. Tertanya-tanya aku. Lalu dia jelaskan berdasarkan pengalamannya. Aku rumuskan, hospital kerajaan mementingkan pemulihan kesihatan para pesakit agar pulih dari semasa ke semasa sedangkan hospital swasta pula lebih mementingkan kesegeraan dalam penyembuhan secara drastik. Hospital kerajaan tentunya menggunakan dos yang rendah berbanding hospital swasta menggunakan dos yang terbaik agar penyakit pesakit SEGERA sembuh. Ini bahaya buat jangka masa panjang.

kedua; tentang politik tanah air. Pengalamannya dalam beberapa persatuan, pertubuhan, dan orang-orang penting yang kini menjadi orang utama politik negara.

Kedua-dua tajuk ini sangat aku gemari. Sebab itu, aku juga menjadi 'panel' pada perbincangan tersebut selain my bapak dan dia.

Kami pulang, mereka sefamili menghantar hingga ke pintu pagar dan hingga hilang dari pandangan masing-masing.


Terima Kasih Pak Marzuki. Saya kagumi Tuan!!

fRiEnDsHiP is...

When it rains, we don't see the sun, but it's still there.
Hope we can be like that..

We don't see each other, but we'll always be there for one another...

Terima Kasih Cikgu i ...

Terima kasih;

Kuucapkan buat seseorang bernama Cikgu i...
Besar jasanya membantuku..

Aku setuju dengan kata-katanya: inilah kuasa seorang SAHABAT..

Kepada Cikgui i...

(saya tak ingat baris pertama ini)
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi sedikit rasa nak junjung...


26 August 2008

Kembar bukan saudara..



Dikma n Wani..

Dua nama yang brbeza, dari dua negeri yang berlainan, datang dari keluarga yang jauh, tetapi punyai misi, visi, dan pandangan serupa..

Dikma (adikku) dan Wani (sahabat Dikma) sangat akrab..macam dua beradik..

Dengan aku pun Dikma tak rapat sangat sedangkan dengan Si Wani ni dia sangat rapat..Hhmmmphhh...Jeles aku..

Apapun , semoga hubungan yang terbina akrab selama-lamanya..

Wani yang banyak membantu kami sekeluarga juga kami telah anggap saudara mara kami..

So, my mum and dad actually not have 5 children, but 6 children..
Imran
Luqman
-----------Wani---------
Dikma
Ammar
Basheer

Warkah Tahniah II..

Buat adikku Dikma;


Pertama: Tahniah kuucapkan kepadamu kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian peringkat tinggi tahap kedua - ijazah sarjana muda...Barangkali skrol ijazah tersebut buat mama dan abah yang banyak berjaya kepadamu (menurut pandanganku)..

Kedua; Tahniah juga kepadamu kerana telah berjaya mendapat ijazah berkenaan walaupun sepanjang 5 tahun ini kita TERpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan yang terlalu besar dan pahit untuk kita harungi.

Ketiga; Tahniah juga kerana dapat menerima ijazah berkenaan walaupun selalu keluar berdakwah dan kelihatan jarang sekali berada di rumah.

Keempat; Dengan penerimaan ijazah berkenaan, aku juga setidak-tidaknya termotivasi untuk mengejar ia, bukan kerana nama atau apa, tetapi kerana persaingan dan keperluan semasa.

Kelima; Kuharap semoga dengan penerimaan transkrip ijazah berkenaan ia dapat digunakan bagi membantu memajumakmurkan negara kita khususnya pada bidang agama, bangsa dan kemajuan tanah air.

TAHNIAH!!

Yang benar;
Kekandamu Luqman H.I
26 Ogos 2008
Kuala Lumpur

21 August 2008

mencari ...

Petang yang damai,
datang sekejap saja,


Dan aku masih di sini,
bersama besar naluri,
bersama kerdil diri,

masing-masing,
mencari erti..

Tiada kata ...

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kupuji adinda...

Tiada gambar secantik lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan...

oooo dinda puspa gemala,
mengharum jiwa...

ooo dinda puspa gemala,
puspita kanda...

namun musim berubah,
suasana bertukar,
tapi ikatan mesra,
sedikit pun takkan longgar ...

-P.Ramlee-

20 August 2008

Kalau ...

Kalau hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa batang pauh,
Kalau hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan terkenang orang yang jauh...

-JM Aziz-

17 August 2008

sebuah appreaciate...

Aku punyai seorang sahabat. Kerna aku mahu menjadi seorang sahabat. Dalam persahabatan, kita hanya perlukan dua perkara iaitu penghargaan dan persefahaman (tolak ansur, pandangan baik). Aku terima sebuah sms ringkas tapi penuh bermakna drpd seorang sahabat.

Aku rakamkan ucapan TAHNIAH buat sahabatku kerana telah berjaya one step menerima segulung ijazah kelmarin.

Berikut sms beliau kepadaku;
I can't sleep 2night.Wanna kacau2 u but 4 sure la u hv a gd slep now.u know wht?From bottom of my heart I do apretiate u.Thx 4 being my fren.A gd fren so dificult 2 find but it easy to lost.But i dont want 2 lost a gd fren juz like u.that my ans from ur question. "xrs ke khdiran sy di cc awk?", ya, ttu sy rs khdran srg shbt baik mcm awk.

16 August 2008

Terengganu dari pandanganku...




Apa istimewanya negeri ini?
Masjid Kristal?
Tempat krisis politik antara 2 MB?
Tempat lahirnya Presiden PAS?
Tempat Islam mula-mula bertapak di Tanah Melayu?

Mari kita tinjau satu persatu melalui pandangan aku.


Pertama dari segi sejarahnya yang panjang seperti berikut;
(jenuhler kome nak bace)..

Negeri Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bersempadankan negeri Kelantan, Pahang dan Johor. Berkeluasan sebanyak 12,955 km persegi dengan kepadatan penduduk 83/km persegi. Negeri Terengganu dipecahkan kepada tujuh daerah iaitu Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemamam, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Terdapat banyak cerita yang dirakamkan di sebalik pemberian nama Terengganu. Antaranya, menurut cerita yang dikatakan didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan yang memerintah pada tahun 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu untuk memburu.

Apabila angkatan itu sampai di sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya telah terjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; "Taring apakah ini?”, jawab seorang lain " Taring anu…" kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja.Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dan dapat dibunuhnya.

Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing "Di manakah mereka mendapat rusa itu?” Jawab mereka yang berburu " Di tempat taring anu". Ada pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya; jawabnya di tepi sungai taring anu. Lama-kelamaan lekatlah dipanggil nama"Terengganu".

Terdapat juga cerita-cerita lain yang menyebabkan dinamakan "Terengganu". Seumpama cerita yang menyatakan asalnya daripada "Terang-nya-ganu"dan "terangnya anu" dan ada pula cerita yang menyatakan menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulukala, pada suatu masa, ada kelihatan cahaya kilat yang memancar di kaki langit.

Kejadian itu berlaku pada suatu malam, kononnya ramai orang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan kerana hendak memerhatikan cahaya kilat yang amat terang di angkasa berhadapan dengan mereka disertai dengan bunyi yang terlalu dahsyat bagai petir membelah bukit, sinar cahayanya terang-benderang itu sampai ke Kuala Terengganu, oleh kerana hendak memperingati had sempadan terangnya cahaya yang ganjil itu maka dinamakan tempat itu "Terang Ganu" kemudian manakala sesudah menjadi negeri, dinamakan negeri itu "Negeri Terengganu"

Di dalam syair jawa yang bernama "Negarakertagama" yang dikarang dalam tahun 1365 oleh Prapancha seorang sami ugama Buddha di Majapahit ada menyebutkan nama beberapa buah negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang tertakluk kepada Majapahit, antaranya ialah Terengganu, Dungun dan Paka (kedua-dua yang akhir ini ialah daerah dalam Terengganu).

Pengarang sejarah China yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalam tahun 1225M ada menyebut nama Terengganu dengan Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan (kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung di bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang. Pelliott seorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebut beberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itu nama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi Negeri Terengganu.

Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil asalnya dari perkataan "Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah Berbukit', dan nama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di Terengganu pada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di sepanjang pantainya dari laut banyak berbukit.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".

Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Bilakah Terengganu digelar "Darul-Iman" tidaklah dapat ditentukan dengan sah, tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1893-1879) ada dikatakan gelarannya "Darus-Salam".

(kupetik dari tugasan kerja kursusku bagi subjek fonetik dan fonologi BM sem. 2)







Kedua; isu semasa

Selama tiga hari aku di sini bermula pada hari Jumaat 15 - 17 Ogos, aku berada di Gong Badak Terengganu. Selain menghadiri jamuan pernikahan my brother, aku dan keluarga juga teruja untuk melawat ke beberapa tempat sekitar Terengganu ini.

Pada sebelah malamnye, aku, my famili, n ahli rombongan bersiar-siar sekitar bandar Kuala Terengganu. Yang menariknya, malam itu aku jadi pemandu pelancong sedang tempat itu baru padaku. Biasanya abang aku yang cekap perihal jalan-jalan di Malaysia ni tapi malam tu aku dah kena ganti tempat beliau. Tetapi juga apakan daya, dah kepercayaan diberi padaku. Dengan gaya yang meyakinkan dan pengalaman memandu yang mantopp, kuharungi jua atau bak kata peserta AF6, redah jer.(sapa nama dia yer?tak ingat laa)

Aku berjaya menjadi tour guide yang benar, baik, lagi sistematik. Ghupe-ghupenya, ada falsafah disebalik kepercayaan itu. Apa? Falsafahnya ialah semua orang mampu lakukan sebarang perkara apabila diberi kepercayaan dan amanah serta peluang membuat kerja berkenaan.

Tentang Masjid Kristal
Padaku, masjid ini gah sebagai pusat pelancongan je sedangkan penggunaannya tidak maksimum seperti kos pembuatannya. Keadaan sekelilingnya hanyalah tasik. Tak ada rumah atau perkampungan pun. Perkampungan yang ada pun jauh sekitar 10km. Amat rugi. Pada saya, masih banyak lagi kepentingan lain khususnya bagi membasmi kemiskinan di negeri ini dengan menggunakan duit tersebut.

Yang menariknya, di Taman Tamadun Islam, banyak replika masjid-masjid tersohor dunia ada di situ antaranya Taj-Mahal, Masjid Negara, Masjid Nabawi, Masjid Makkah, Masjidil Aqsa dll..dan tempat ini pun masih dalam penambahbaikan. Kelihatan pada malam berkenaan, raptai Musabaqah Al-Quran peringkat Antarabangsa -suatu acara tahunan akan diadakan di situ buat kali pertamanya.

Pasar Payang
Agak femes (famous) juga tempat ini. Di Kelantan, terkenal dengan Pasar Siti Khadijah. Banyak barang basah dijual. Ada juga barangan kraftangan dan pakaian khususnya batik dan tudung dijual dengan harga yang baik berbanding di negeri lain. Bagi aku, di Pasar Siti Siti Khadijah, Kelantan lebih baik dan banyak pilihan berbanding di Pasar Payang...

Aku dan famili ke Pasar Payang dengan menaiki bot tambang. Kami naik dari Pantai Seberang Takir -tempat ini merupakan tempat Allahyarham JM Aziz, sasterawan tanahair dari pantai timur- menuju ke Pasar Payang.

Kata orang, langit tak selalunya cerah. Kami pergi dalam keadaan cuaca yang elok tetapi waktu nak pulang, hujan turun dengan lebat. Hal ini merimaskan kami sekeluarga kerana bot tambang tidak kunjung-kunjung. Jam dah lewat, hampir 9:30 malam..haru btoi..

Tapi, barangkali doa aku diterima Allah...(hehe)..hujan berhenti, bot tambang pun tiba..Barangkali hujan dan bot tambang mendengar rintihanku..Terima kasih kepada kedua-duanya. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Maha Agung.....

Sebelum itu, aku bergurau dengan paksu, nak tunggu MB Mohd Said datang jemput dengan Mercedes sebab Mercedes tu kan untuk tetamu Terengganu...

Keadaan Jalan Raya
Jalan raya di negeri ini kelihatan masih tidak berapa baik bagi kawasan di tepi pantai, dan kawasan pekampungan..kalau di tarkan semula lebih baik bagi orang di sini dan para pelancong datang.

Orang-orang Terengganu
Baik-baik belake..senyum sokmo deme..


erti Perkahwinan dari sudut pandanganku...




Majlis Pernikahan bermula apabila kami tiba di Masjid UDM bagi memenuhi acara akad nikah. Kuharap dan berdoa, malahan kami sekeluarga berharap agar abang sulung kami ini Imran Hidayat menjadi seorang suami yang soleh, di samping membentuk sebuah keluarga yang bahagia bersama isterinya - Julizawati Md. Lazim, iaitu my kakak ipaq.

Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan beerti perkongsian hidup antara seorang lelaki dengan seorang wanita setelah diakui benar oleh Tuan Yang Berkuasa - Qadi melalui proses keagamaan. Perkongsian ini tentunya mempunyai 1001 macam masalah kerana lelaki dan wanita tadi datang dari (mungkin) latar belakang yang berbeza, pandangan yang berbeza, keluarga yang berbeza, tempat yang berbeza, suasana yang berbeza, serta peribadi yang berbeza.

Perbezaan inilah harus diubah dengan mencari persamaan. Perbezaan yang terlalu banyak dan telah lama dilakukan akhirnya harus masing-masing membentuk (atau belajar membentuk) diri ke arah persamaan. Pasangan terpaksa lupakan perbezaan dan mencari persamaan.

Barangkali akan timbul kekhilafan (atau pertengkaran) dalam perbezaan pendapat selama kira-kira setahun dua untuk mencari persamaan pendapat ini tetapi lama-kelamaan pasangan dapat memahami antara satu sama lain. insya-Allah...

Kata-kata sinis tentang gerbang perkahwinan agak harus difikirkan bersama seperti berikut; tahun pertama, isteri bercakap, suami dengar; tahun kedua, suami bercakap, isteri dengar; tahun ketiga, suami bercakap, isteri bercakap, jiran dengar; dan tahun keempat, suami bercakap, isteri bercakap, Tuan Qadi dengar.

Masalah memang akan timbul dalam sesebuah keluarga. Pada aku, paling penting pasangan haruslah bijak menanganinya dengan cara mengalah. Jika isteri kelihatan tegang, suami lah mengalah dan sebaliknya. Pada aku, tidak salah untuk mengalah kerana mengalah bukan ertinya kalah tetapi menang mengawal gelora.

Masalah yang mungkin timbul dalam sesebuah perhubungan dapat aku simpulkan hanya dua masalah besar iaitu KEWANGAN dan ORANG KETIGA.

Pasangan tentunya akan bertengkar jika kehendak kewangan tidak dapat dipenuhi. Sesetengah pasangan sanggup berbuat apa sahaja asal saja keperluar kewangan rumahtangga dapat dipenuhi. Ada yang sanggup mencuri, menipu, merasuah, demi mencari duit lebih dan ada pula yang bekerja lebih masa, bekerja sampingan (macam aku), buat dua tiga kerja dalam satu-satu masa. Itu pilihan masing-masing bagi merungkai masalah kewangan ini.

Sang isteri juga (maaf, saya persalahkan sang isteri) kadang-kadang dah tahu yang si suami mencintainya, janganlah sanggup meminta yang bukan-bukan sehingga memaksa si suami berbuat apa sahaja. Misal ayat "abang, saya nak rantai tangan juga. apa nak jadi, jadilah. yang penting, saya nak!". Sakit kepala suami.

Orang Ketiga juga sangatlah BIADAB dan MAHA KURANG AJARnya. Mengapa masih mahu mengganggu rumahtangga orang sedang yang masih bujang pun ramai. Oh, katanya yang sudah berumahtangga ni ada pengalaman hidup. (tengkorak mak bapak dia) Awak tu lah bagi pengalaman kepada pasangan awak!

Namun, kedua-dua masalah ini dapat diatasi dengan perbincangan baik antara kedua-dua pasangan. Bawalah berbincang. Sewaktu salah seorang pasangan dalam emosi, seorang lagi harus mengalah dan sebaliknya.

Perkahwinan tentunya banyak rona harus ditempuh. Adakala suka adakala duka. Kata P. Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri, apa guna kita bertengkar, rumah tangga mendapat berkat...'

Ringkasnya, perkahwinan adalah perkongsian hidup. Kita menyerah hidup dan membina hidup baru bersama pasangan. Di samping kita tidak lupa pada kaum keluarga kedua-dua belah pihak. Mungkin mudah kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi amat sukar 'berkahwin' dengan keluarga pasangan masing-masing. Dan sesungguhnya, saya sedang belajar untuk berkahwin dengan keluarga pasangan!

Hargailah pasangan...

Pesanan buat kekandaku...




Kekandaku..
Kekanda telah selamat meng-akad nikah di Masjid Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu (UDM), Terengganu pada kira-kira jam 11:22 pagi disaksikan oleh puluhan sahabat handai dan saudara mara. Antara yang terpenting dalam majlis tersebut, ialah adinda...kerana adinda menjadi saksi utama kes ini. siap kena fotostat kad pengenalan dan tanda tangan lagi tu..

Semoga kekanda menjadi lelaki yang setia pada isteri, suami yang soleh pada Allah, dan membentuk isteri agar menjadi isteri yang solehah..


Kekandaku;
Nasihatku kepada kanda agar mari kita sama-sama hayati kandungan khutbah nikah yang disampaikan oleh Tuan Imam Masjid UDM tadi, yang sesungguhnya aku amat menginsafi dengan nasihat yang disampaikan yang terkandung dalam hukum-hakam dan perihal berumahtangga.

Bukan sekadar ingin berkahwin kerana nafsu dan suka-suka semata-mata, tetapi lebih besar daripada itu, ia merupakan tuntutan agama sehingga Nabi SAW sendiri pernah bersabda kira-kira bererti "barangsiapa yang tidak bernikah, bukanlah daripada golonganku..." dan harus ingat bahawa tanggungjawab sebagai suami adalah besar khususnya ke atas isterinya tanpa melupai kaum keluarganya khususnya ibu bapa. Kadang-kadang terfikir juga, layakkah adinda memimpin isteri seperti yang dibacakan Tuan Imam tadi? Besar tanggungjawabnya...hmmm

Kekanda;

Ingatan agar tidak melupai keluarga dan harapan agar tidak renggang hubungan kita sekeluarga walaupun telah berumahtangga dan sesungguhnya kanda telah menerima untuk menggalas sebuah tanggungjawab yang besar iaitu terhadap, diri, isteri, keluarga, masyarakat dan lebih-lebih lagi pada agama.

Sekian.

Salam hormat;

Adindamu
16 Ogos 2008

Warkah Tahniah

Salam bahagia..

Kukirimkan warkah TAHNIAH buat sahabatku atas penerimaan segulung ijazah yang pasti dinanti-nantikan oleh beliau selama ini.

Aku kalungkan ucapan TAHNIAH kerana atas usaha dan susah payah beliau berperang dengan psikologi mencari ilmu yang dituntut oleh agama seperti kata Nabi SAW 'Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China'.

Tahniah Cikgu I yang telah menerima ijazahnya pada hari ini 16 OGOS 2008 di USM, Pulau Pinang!

15 August 2008

Walimatul Urus

Salam..

Jemputan Rasmi

Kepada: Para Pembaca Budiman Sekalian

Harap dapat hadir ke rumah saya di Kg. Lalang, Baling bagi memenuhi jemputan dan menjayakan Majlis Perkahwinan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 21 OGOS 2008
Hari: KHAMIS

Semoga kehadiran kalian akan menambahkan lagi serinya majlis perkahwinan ini.

Terima kasih.

13 August 2008

AhmadinejaD yang HebaT


Siapa Mahmud Ahmadinejad?


MAHMUD AHMADINEJAD HEBAT.

Itulah sebuah perkataan paling tepat boleh aku kalungkan kepada sang Singa ini. Orangnya bertubuh kecil, berjambang lebat, dan berprofil biasa. Selalu berbaju (memanglah). Selalu berbaju lengan panjang bersama blezer di luarnya. Tidak pernah kelihatan mengenakan tali leher. Suatu yang sukar dan jarang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin lain. Beliau boleh menjadi sesiapa sahaja hatta menjadi tukang sapu dengan memakai pakaian tukang sapu dan bekerja bersama-sama mereka sebagai mengiktiraf sumbangan golongan ini walaupun beliau sudah menjadi Presiden sebuah negara.

Mahmud Ahmadinejad, anak tukang besi berasal dari daerah terpencil di Iran. Tidak dikenali 10 tahun kebelakangan ini. Tidak pernah terfikir atau bercita-cita menjadi Presiden. Tidak pernah mahu menawarkan diri menjadi Presiden. Malahan sesiapa juga tidak pernah menyangka atau menilai beliau sebagai bakal Presiden sebuah negara yang kaya dengan sumber minyak mentah itu dan negara yang minyak petrolnya hanya beberapa sen seliter. Pihak CIA dan perisik juga tidak pernah menyelidik beliau atau tidak pernah membayangkan yang beliau akan menjadi Presiden.

MAHMUD AHMADINEJAD BERANI.

Orang kecil yang berjiwa besar ini meniru gaya pimpinan Rasulullah SAW dengan menghantar surat kepada beberapa pemimpin besar dunia. Beliau pernah menulis dan mengutus warkah buat Presiden AS, George W Bush beberapa tahun lepas dengan menerangkan isi kandungan Islam yang sebenar. Bahasa yang lembut dan menarik tetapi amat tajam dan membidas. Suatu perkara yang tidak pernah dan tidak berani dibuat oleh mana-mana pemimpin dunia hari ini.


Sayang Wanita

Cinta dan Sayang..

Sukar dimengerti, payah dicari, tapi tetap ada sejak 'azali.
Sayang datang dan pergi (mungkin), tetapi cinta hanya satu.

Cinta..Sayang..

Bagi wanita, mereka punyai 2 perasaan iaitu sayang dan benci. Mereka tidak akan berada pada kedua-duanya.

05 August 2008

Pak Saad Nordin

Pak Saad Nordin yang sarat pengalaman....

Seorang wartawan Bernama dan RTM. Berbual dengan beliau lebih dua jam tak terasa lamanya. Bercerita tentang sejarahnya dalam bidang kewartawanan terasa baru semalam terjadi dan menarik. Maknanya, penyampaiannya yang dapat digambarkan.

Bercerita juga tentang etika kewartawanan dan hubungannya dengan dunia sebelah sana yang pasti disoal. Kita bukan beramal di dunia ini sahaja, tetapi dua dunia kita akan tempuhi, katanya bersemangat.

Pak Saad..peramah juga dan tak lokek ilmu..Katanya, dalam dunia kewartawanan, kita perlu ada ramai kawan dan hubungan rakan mesti dijaga.

Terima kasih Pak Saad.

04 August 2008

Hari ini...

Tensionnya aku hari ini...

Sewaktu tiba di sekolah..
loceng sudah berbunyi,
murid sedang beratur,
menyanyikan lagu Kebangsaan,

sambil melihat aku ... yang kelewatan,
ahh, apa nak dimalukan..
biasalah, lewat!!
(tengoklah korang)

Guru-guru..
senyum sepi,
aku fahami bahasa senyuman itu..

Waktu dalam kelas..
Tuan Guru Besarku hampiri,
lalu katanya, "sekejap kau Man.."
"Ya, saya cikgu.."
"Jawab surat ni.."
...surat tunjuk sebab dari PPD...-tak hadir bengkel minggu sudah

AAHHHHH!!!!
AAhhhhh!!!!


7 Alasan Mencela Diri - Khalil Gibran

Tujuh kali aku pernah mencela jiwaku,pertama kali ketika aku melihatnya lemah,padahal seharusnya ia bisa kuat.

Kedua kali ketika melihatnya berjalan terjongket-jongketdihadapan orang yang lumpuh

Ketiga kali ketika berhadapan dengan pilihan yang sulit dan mudahia memilih yang mudah

Keempat kalinya, ketika ia melakukan kesalahan dan cuba menghibur diridengan mengatakan bahawa semua orang juga melakukan kesalahan

Kelima kali, ia menghindar kerana takut, lalu mengatakannya sebagai sabar

Keenam kali, ketika ia mengejek kepada seraut wajah burukpadahal ia tahu, bahawa wajah itu adalah salah satu topeng yang sering ia pakai

Dan ketujuh, ketika ia menyanyikan lagu pujian dan menganggap itu sebagai suatu yang bermanfaat

~ Khalil Gibran

Epilog Perjuangan - S Othman

Perjuangan ini tak bertepi
meruntun belas
kasih terpateri takkan mati.

Menyusuri lereng derita ini
meniti onak duri bersatu hati
memperjuangkan bahtera tradisi
dari acuan Rabbani
acuan Rabbul Izzati.

Tersedarkah watan?
Mengharung gelombang bergulung
dihempas samudera fikir?

Terlewatkah?
Menerka bahaya
yang datang menggila
menyepikan episod duka

epilog perjuangan
prolognya perpaduan
serumpun manusia yang aman.

S.OTHMAN KELANTAN
UPM, Serdang

Tulisan Pertama ASN Ke-9 dalam Utusan Malaysia

PERTUMBUHAN novel Melayu moden yang bermula dengan Hikayat Panglima Nikosa oleh Ahmad Syawal Abdul Hamid tahun 1876 di Kuching, Sarawak memperlihatkan rakaman aspirasi bangsa Melayu terhadap perjuangan untuk kemerdekaan, untuk keamanan, untuk kemakmuran, kejujuran dan taat setia kepada negara yang baru dibina, bangsa yang beradab dan agama sebagai pegangan hidup murni.

Inilah maksud pencarian makna yang hakiki dengan apa yang disebutkan sebagai peradaban dan tamadun sesuatu bangsa.

Dengan yang demikian, apa yang dimaksudkan dengan peradaban secara harafiah, ialah cita rasa kesusasteraan dalam bentuk karya, dalam perbincangan ini dikhususkan kepada novel yang memperlihatkan nilai estetika yang tinggi.

Yakni karya yang membawa pemikiran yang tinggi dan pelbagai, yang memperlihatkan keupayaan ke arah penjanaan akal fikiran pembacanya.

Penjanaan kepada pertumbuhan akal fikiran dalam pelbagai aspek luaran dan dalaman manusia itu pula memperlihatkan pula betapa tinggi tamadun sesuatu bangsa.

Maksud tamadun secara mudah adalah kewujudan sesuatu bangsa yang berakhlak mulia yang membina sahsiah diri dan masyarakat dalam nilai akhlak dan ilmu yang murni, untuk menjadi contoh teladan kepada semua bangsa di dunia.

Madinatul Munawwarah merupakan negara kota dan asal kata tamadun yang membawa makna tamadun seperti yang kita fahami di atas.

Tamadun inilah yang mewujudkan peradaban, yakni kesusasteraan yang tinggi dan bermutu. Kata peradaban dan tamadun saling kait-mengait dalam makna dan praktikalnya.
Sebab itu, akan dijelaskan bagaimana pemikiran dan cita-cita perjuangan bangsa, sindiran, tempelak secara tersurat dan tersirat, yang akan kita temui dalam karya kesusasteraan moden, terutama novel Melayu.

Dalam analisis ringkas ini saya hanya memilih tiga buah novel sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941) oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan novel Sebelas Rajab (1940) oleh Abdul Kadir Adabi Ahmad.

Pengganas Kristian Inggeris telah menjajah Malaysia (dulu Tanah Melayu) bergilir-gilir dengan pengganas Kristian Portugis dan Belanda. Ketiga-tiga pengganas Kristian ini menjadi paksi kejahatan (ecitence of evil) yang mutlak sejak hampir 500 tahun di Tanah Melayu.
Malah pengganas Kristian British masih berterusan sampai kini menjadi paksi kejahatan dunia, bersama-sama pengganas Kristian Amerika.

Hanya dari tahun 1941 hingga tahun 1945 pengganas Jepun menduduki Tanah Melayu. Kejahatan dan kepalsuan kebaikan tidak terperi ditanggung oleh rakyat Malaysia selama pengganas ini menjajah negeri ini, sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
Sebab itu pengarang Malaysia yang berkesedaran tinggi, selain berjuang atas nama kebangkitan nasionalisme Melayu seperti Dr. Burhanuddin Hilmi, Ibrahim Yaakub, Abdul Kadir Adabi, Ishak Haji Muhammad, Abdul Rahim Kajai, Abdul Samad Ismail, Ahmad Boestamam, Onn Haji Sirat dan lain-lain, mereka juga menulis buku dan karya kreatif seperti cerpen, novel dan sajak.

Mereka ditekan dalam perjuangan untuk kemerdekaan, terpaksa masuk penjara, seperti yang berlaku kepada Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam.

Tetapi mereka tidak berdiam diri. Mereka terus berjuang melalui pena dalam bentuk novel, cerpen dan sajak, yakni sejenis puisi moden yang tidak terikat kepada rima dan baris seperti dalam puisi lama pantun dan syair. Ini berterusan sampai kini, walaupun selepas kemerdekaan.
Novel Putera Gunung Tahan misalnya, memilih watak Melayu sebagai lambang kedaulatan, iaitu Ratu Bongsu, wanita tua yang berakal sebagai lambang ibu pertiwi atau tanah air yang dicintai, `kulit harimau putih' sebagai lambang tanah air yang sangat disayangi dan dikasihi.

Kusina pula sebagai lambang taat setia, istana sebagai lambang kedaulatan raja-raja Melayu, orang bunian sebagai lambang perjuangan menentang dari dalam batin atau hati secara tersembunyi.

Orang Asli dan gadis Orang Asli pula sebagai lambang ketulenan adat atau kebudayaan Melayu; `teropong terus' dan `burung pesuruhjaya' sebagai lambang komunikasi atau pengetahuan dan maklumat, hujan dan banjir sebagai lambang perlawanan yang bertahap.

Dan yang terpenting sekali ialah Gunung Tahan sebagai lambang ketahanan dan kesabaran yang luar biasa yang ada kepada diri peribadi bangsa Melayu dalam menentang penjajahan pengganas Kristian British sebagai paksi kejahatan di Tenggara Asia.

Gunung Tahan juga sebagai lambang khazanah kekayaan Malaysia yang menyebabkan menjadi rebutan pengganas Kristian British.

Ini boleh dilihat kepada wujudnya watak jahat dalam diri William, Robert dan beberapa orang suruhanjaya dalam novel Putera Gunung Tahan ini.

Watak William dan Robert menggambarkan cita-cita kejahatan, penipuan, perompak, pemusnah dan pembunuh bangsa Melayu. Kapal terbang dan bom sebagai lambang pemodenan yang menjadi pemusnah dan pembunuh kedaulatan dan pejuang Melayu. Bagaimanapun, novel Putera Gunung Tahan melukiskan dengan indah dua orang watak jahat Kristian Inggeris ini sebagai penjahat yang bebal.

Merampas

Mula-mula dilukiskan dua pengganas Kristian Inggeris masuk hutan belantara kerana ingin mendaki dan menguasai Gunung Tahan untuk mengambil dan merampas khazanah kekayaannya, tapi tidak kena masanya.

Mereka masuk hutan ketika musim hujan. Sebab itulah kedua-dua pengganas Kristian Inggeris ini terpaksa menyelamatkan dirinya di sebuah gua di atas sebuah bukit selama tujuh hari, tujuh malam kerana banjir besar yang melanda kawasan itu. Dan ini menyebabkan orang suruhannya mati dipagut ular.

Kedua-dua watak Robert dan William `penjahat' Inggeris ini kemudian ditemukan dengan Kusina, ditemukan dengan `perempuan tua' yang bijaksana ditemukan dengan Orang Asli dan sering pula mendengar `bunyi' seperti orang berbisik di celah-celah hutan tetapi tidak kelihatan.
Kedua-duanya ketakutan. Kerana Robert selalu menghina Orang Asli, dia dikenakan cenuai, sejenis ubat guna-guna. Robert tergila-gilakan seorang gadis Orang Asli.

Robert dibenarkan kahwin dengan gadis Orang Asli itu dengan syarat mengejar dan menangkap gadis itu.

Ketika mengejar gadis Orang Asli, gadis itu memanjat pokok. Robert terpaksa memanjat pokok untuk menangkap gadis Orang Asli yang dicintainya. Dan wajah kebodohan yang dilukiskan oleh Pak Sako terhadap penjahat Inggeris ini sangat menarik.

Robert yang tidak pandai memanjat pokok, tapi cuba memanjatnya juga dengan terkial-kial dan tidak tentu hala, lalu akhirnya jatuh ke tanah dan mati. Orang Asli bersorak-sorak melihat kematian orang putih yang bodoh itu.

Pak Sako melukiskan William pula sebagai penjahat Inggeris yang tamak. William cuba menipu `perempuan tua' yang mempunyai sekeping belulang kulit harimau putih, yang diketahuinya kalau dijual di London terlalu mahal harganya.

Perempuan tua itu sangat berakal dan pintar. `Perempuan tua' itu wujud sebagai watak tipu induk atau archetypal image. Ketika berhujah dengan `perempuan tua' itu nampak benar sifat jahat dan gelojoh William.

William kecewa dan mencela `perempuan tua' itu. Melalui `burung pesuruhjaya' Robert mengirimkan surat kepada Raja England.

Isi suratnya supaya didatangkan sebuah kapal terbang ke Gunung Tahan dan minta dibomkan Istana Ratu Bongsu. ``Banyak khazanah kekayaan di dalamnya,'' kata surat William.
Waktu kapal terbang datang dan ada bersama di dalamnya ialah mem William sendiri, William berada dalam istana. William tidak dapat keluar kerana semua pintu dikunci oleh Ratu Bongsu dan Kusina dari luar, yang sudah tahu muslihat William yang jahat itu.

Bila istana musnah kerana dibom, William ikut mati bersama-sama dalam istana itu. Secara kebetulan kapal terbang itu jatuh dan terbakar, tetapi mem William terselamat.
Ratu Bongsu bersetuju kahwin dengan mem William, iaitu sebagai simbol dan makna hakiki bahawa raja-raja Melayu di Tanah Melayu.

Kemusnahan istana itu juga menjadi isyarat bahawa raja-raja Melayu hilang kedaulatannya bila menerima pengganas Kristian British sebagai penasihat atau pemerintah Tanah Melayu.
Yang jelas bahawa Putera Gunung Tahan telah menggambarkan betapa jahat dan tamaknya pengganas Kristian British untuk menguasai Tanah Melayu, dalam lambang Gunung Tahan yang kaya dengan khazanah hutan belantara dan bijih.

Mereka sebagai paksi kejahatan di Tenggara Asia memperdaya, menipu, melakukan pelbagai helah, mengganas, membunuh, menghina dan mengaut segala kekayaan negara yang dijajahnya.
Gambaran inilah yang dilukiskan dengan halus dalam nilai estetika yang tinggi sebagai sebuah karya kesusasteraan yang memperlihatkan betapa tingginya peradaban Melayu dilihat dalam novel Melayu moden.

Novel Putera Gunung Tahan mengadunkan cerita rakyat, cerita lipur lara dan dongeng lainnya bersama realiti atau kenyataan. Cerita rakyat atau lipur lara seperti kewujudan Kusina, orang bunian, suara yang berbisik-bisik tapi tidak kelihatan, kulit harimau putih yang agak ganjil dan aneh, istana di atas gunung dan kemudian berbaur dengan realiti seperti hujan dan banjir, kapal terbang dan bom, merupakan ciptaan novel yang aneh.

Apalagi `burung pesuruhjaya' yang boleh membawa surat kepada raja England dan `teropong terus' yang membolehkan William melihat isterinya berjahat dengan lelaki lain, juga melalui akar kayu yang berselirat menyebabkan William atau Robert boleh mendengar isteri di London sedang bersenda gurauan dengan lelaki lain.

Ini merupakan suatu kenyataan magik yang dihadirkan dalam realiti novel Putera Gunung Tahan. Maka jelaslah novel ini, Putera Gunung Tahan, adalah novel yang pertama membawa aliran realisme magis dalam novel Melayu moden, sejak tahun 1937.

DALAM novel Anak Mat Lela Gila, Pak Sako melukiskan mesejnya bahawa setiap individu yang bersemangat kebangsaan atau berjuang untuk mendapat kemerdekaan itu dianggap orang gila. Mat Lela dianggap gila kerana tinggal dalam sebuah hutan yang dianggapnya taman.

Dalam taman itu didirikan sebuah rumah yang aneh, tidak berpintu tapi mempunyai banyak tingkap. Mat Lela membina tembok dengan batu-bata yang dibuatnya sendiri. Mat Lela mencipta pelbagai perhiasan dalam tamannya. Pokok-pokok dijaga dengan rapi dan kawasannya bersih. Tapi ada satu keganjilan Mat Lela, iaitu menyimpan rambutnya panjang dan tidak pernah dicukur atau diandam.

Yang aneh lagi dia mengukir kebanyakan kayu sebesar lengan dalam rupa kemaluan lelaki. Dan ini diberikan kepada kanak-kanak. Dalam sanubarinya Mat Lela sedang membina sebuah ``negara impian'' dalam cita-cita perjuangan kemerdekaan. Kerana itu dia dianggap gila, dipanggil orang Mat Lela Gila. Dan dalam waktu inilah Mat Lela Gila mendapat seorang anak lelaki, yang ditinggalkan orang di rumahnya. Anak itu dinamakan Bulat. Tapi semua orang kampung memanggilnya Anak Mat Lela Gila.

Mat Lela yang dianggap gila itu dapat menjaga Mamat dengan sempurna. Membesar sebagai lelaki yang cendekiawan. Mamat mengembara setelah terpisah dengan Mat Lela. Mula-mula ke Kelantan mengikut seseorang. Mamat mengenal pengajian Islam di sini.

Waktu Mamat berada di Tanah Tinggi Cameron, dia berada di bawah jagaan Mandur Alang, seorang ketua Orang Asli. Mamat belajar dan mengenal kehidupan yang sebenar-benarnya di sini. Maknanya Mamat yang mendapat didikan agama di Kelantan, dapat mengenal ketulenan bangsanya, iaitu kebangsaan Melayu. Melalui pengajaran mandur alang, Mamat dengan menggunakan buluh perindu, menyanyi ke seluruh pelosok tanah air, dalam lagu dan melodi keroncong Sakai.

Novel Anak Mat Lela Gila ini amat indah dan agak kompleks dalam cara penyampaiannya. Secara lahiriah kita melihat pengembaraan seorang bernama Mamat, anak angkat seorang yang dianggap gila. Pertemuan Mamat dengan pondok di Kelantan dan pertemuannya dengan Mandur Alang, merupakan manifestasi gabungan pendidikan agama dengan kebangsaan Melayu.

Gabungan inilah yang menjadikan Mamat seorang yang berilmu dan bersemangat waja, untuk mengembang fahaman kebangsaan Melayu yang diterimanya daripada Mandur Alang dan lengkap sebagai tokoh kebangsaan Melayu yang sebenarnya. Perjuangan inilah yang dilukiskan oleh Pak Sako dalam novelnya Anak Mat Lela Gila.

Kedua-dua novel Pak Sako memperlihatkan betapa indah dan halusnya lukisan yang dilakukan, yang menggambarkan betapa tingginya peradaban Melayu yang terhasil di dalam bahasa Melayu. Sekali gus membuktikan wujudnya tamadun bangsa Melayu dalam membina sahsiah atau peribadi yang tinggi, yang menggambarkan ketinggian ilmu dan mempunyai daya keintelektualan yang mantap.

Melalui dua novel ini kita melihat wujudnya unsur realism magis dan pemikiran satira yang halus dan tajam. Teknik pengembaraan dalam kebanyakan novel sebelum Perang Dunia Kedua menunjukkan bagaimana akrabnya pengarang dengan alamiah.

Ekologi dan alam kosmologi Melayu ini amat akrab. Dan unsur ini seperti hujan, banjir, hutan rimba, gunung, kulit harimau putih, gadis Orang Asli, pondok agama, Mandur Alang, lagu keroncong Sakai dan termasuk Mekah, menjadi lambang atau simbol kepada mesej tertentu. Dengan menggunakan pengucapan bahasa Melayu yang mudah, Pak Sako menyampaikan betapa pentingnya dipertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dan pentingnya perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan.

Selepas kemerdekaan, Pak Sako masih mencipta novel. Novelnya Budak Beca (2 jilid) dan Mata-Mata Sukarela masih mengenai perjuangan. Budak Beca untuk perjuangan menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan Mata-Mata Sukarela mengenai perjuangan untuk memerhati setiap wakil rakyat atau menteri atau siapa saja pegawai kerajaan, adakah mereka menjalankan tugas dengan betul atau tidak.

Sebuah lagi novel penting sebelum perang, yang menggambarkan betapa tingginya peradaban Melayu dalam melukiskan perjuangan orang Melayu untuk mendapat kemerdekaan daripada pengganas Kristian Inggeris, ialah Sebelas Rejab oleh Abdul Kadir Adabi bin Ahmad.
Kalau dibandingkan dengan kedua-dua novel Pak sako di atas, novel Sebelas Rejab lebih kompleks dalam struktur penceritaannya. Realiti zaman dijadikan lambang kepada perjuangan untuk mendapatkan kebebasan atau kemerdekaan.

Novel Sebelas Rejab juga menggunakan manusia sebagai lambang sesuatu tujuan. Jalal ``orang seberang'' sebagai lambang penjajahan dan pengganas Inggeris. Jalal telah mengahwini Rafeah, isteri kawannya sendiri. Sulaiman terpaksa bercerai dengan Rafeah kerana hasutan Jalal. Jalal kemudiannya menipu dan merampas Rafeah dengan Sulaiman. Ini merupakan gambaran tanah air (Rafeah) sudah dijajah.

Mamat dihalau menggambarkan penjajah memang menekan segala pejuang tanah air Tokcik Lilin dan budak suruhannya, iaitu penyamaran dari Sulaiman dan anaknya Mamat, sebagai kebangkitan nasionalisme Melayu, berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.

Pemajakan tanah di kawasan Machang selama 99 tahun oleh Duff Corporation, menjadi lokasi tanah jajahan. Sebab dalam lokasi tanah pajakan inilah Jalal mengahwini Rafeah, menipu dan merampas segala harta dan tanah Rafeah dan menghalau Mamat.

Perjuangan Tokcik Lilin dan Mamat yang sudah dewasa, dilambangkan dengan permainan judi. ``Perjudian'' itu satu perjuangan yang hebat. Bukankah perjuangan melawan pengganas Kristian Inggeris yang kejam itu satu perjudian menentukan hidup atau mati?

Tokcik Lilin membuka kua, yakni tempat judi di Kuala Besut dan juga di Kampung Raja. Jalal sangat suka kepada perjudian dengan pertaruhan besar. Memang benar merampas dan menjajah negara orang itu merupakan pertaruhan besar.
Inilah yang berlaku kepada Jalal bila menguasai dua orang isterinya di dua lokasi yang berlainan. Waktu Jalal berada di rumah isterinya di Kuala Besut, Tokcik Lilin membuka kuanya di Kuala Besut. Bila Jalal berada di rumah isterinya di Kampung Raja, Tokcik Lilin membuka kuanya di Kampung Raja. Jalal ikut berjudi di kedua-dua lokasi ini.

Dengan cerdik dan tipu helah, dalam perjuangan atau ``perjudian'' ini, Tokcik Lilin menyediakan minuman ``mesra'' di tempat judi yang hebat itu. Dalam minuman itu Tokcik Lilin memasukkan sedikit ganja supaya menimbulkan ketagihan kepada Jalal. Ganja itu diperbanyakkan dalam minuman ``mesra'' itu dari semasa ke semasa. Harta dan tanah Jalal mulai tergadai atau dijual kepada Tokcik Lilin kerana perjudiannya kalah.

Dalam waktu yang sama, Mamat yang sudah dewasa, dengan tunjuk ajar Tokcik Lilin, selalu mengunjung dan berbuat baik kepada kedua-dua isteri Jalal. Untuk menambahkan kasih Jalal kepada kedua-dua isterinya, Mamat menyedia ubat pengasih.

Dalam lokasi yang berasingan, Mamat memberi ubat pengasih kepada kedua-dua isteri Jalal. ``Memasukkan ke dalam makanan atau minuman,'' kata Mamat. Kelak Jalal akan lebih kasihnya kepada kedua-dua isterinya.

Sebenarnya isi ubat pengasih itu ialah racun yang tidak ada penawarnya. Racun itu amat sedikit pada setiap kali minum atau makan, jadi tidak terasa. Tapi lama kelamaan ganja di tempat judi ``ubat pengasih'' di rumah kedua-dua isterinya, akhirnya Jalal mendapat sakit.

Sebelum itu, atas suatu kesalahan, Jalal menceraikan isteri mudanya. Tokcik Lilin tolong membawa Jalal ke tempat perubatan tradisi. Ketika nazak barulah Jalal tahu bahawa kedua-dua orang yang ``berbuat baik'' kepadanya itu adalah Sulaiman dan Mamat. Ketika Jalal tidak bermaya lagi, Tokcik Lilin atau Sulaiman berkata kepada anaknya, ``semalam ayah telah kahwin dengan isteri muda Jalal, seperti dia dulu mengahwini ibumu.'' Ketika itulah Jalal menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Cara novel Sebelas Rejab menyampaikan rangkaian perjuangan untuk merampas kembali tanah air daripada penindasan dikemukakan dalam tanah penjajah, sangat halus dan penuh estetika. Lokasi penindasan dikemukakan dalam tanah pajakan 99 tahun kepada Duff Corporatin. Alur lahiriah menggambarkan kejahatan Jalal merampas isteri Sulaiman.

Kemudian Jalal merampas harta Rafeah dan menghalau Mamat. Alur kedua secara dalaman, yang tersirat, ``perjudian'' atau perjuangan Sulaiman/Tokcik Lilin dan Mamat untuk menebus maruah dan menebus harta benda, yakni tanah air, daripada dimiliki atau dijajah oleh Jalal. Perjuangan untuk mendapat kemerdekaan tanah air itu memang suatu perjudian hidup atau mati dan ini berlaku di seluruh dunia.

Novel Sebelas Rejab memperlihatkan keupayaan dan kepelbagai pengetahuan mengenai lokasi yang dijadikan ``perjudian'' antara Sulaiman dan Mamat dengan Jalal yang telah memporakperandakan rumah tangga mereka.

Menelusuri lokasi dan waktu tanah pajakan kerajaan Kelantan kepada Duff Corporation, yang menjadi sejarah buruk kepada Kelantan, memperlihatkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap perjanjian pajakan yang merugikan negeri Melayu itu.

Bermula dari sinilah kisah penjajahan dimulakan dan diakhiri dengan kemenangan bumiputera dalam dua lokasi yang lain. Dan ini juga menjadi isyarat bahawa nasionalis Melayu akan berjuang memerdekakan semua negeri di Tanah Melayu yang sekarang dinamakan Malaysia.

Demikianlah kita meneliti dengan ringkas bagaimana tiga buah novel sebelum Perang Dunia Kedua melukiskan dengan halus dan tajam mengenai cita-cita perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Semuanya menggunakan lambang alamiah yang kaya dengan pemikiran yang pelbagai, yang menunjukkan keupayaan penulisnya.

Mereka tidak mungkin melukiskan watak dan perjuangan secara terus terang. Mereka terpaksa menyembunyikan kemahuan dan cita-cita perjuangan untuk kemerdekaan. Tapi dalam lambang tertentu, penulis Melayu seperti Pak Sako dan Abdul Kadir Adabi, yang dibincangkan novelnya, sebagai contoh, dapat menyatakan cita-cita bangsa Melayu secara subtle, secara halus atau secara dalaman menurut susun atur ekologi atau kosmologi Melayu zaman berzaman.

Bercerita dalam tradisi kosmologi Melayu selalunya banyak bergantung kepada alamiah. Ini sudah menjadi tradisi dalam cerita lipur lara Melayu. Kebanyakan novel Melayu moden sebelum Perang Dunia Kedua, malah sampai selepas perang, tradisi kosmologi Melayu masih diteruskan.

Sehinggalah menjelang abad ke-21, barulah muncul novel Melayu moden yang dianggap karya pascamodenisme seperti Shit oleh Shahnon Ahmad atau Psiko-babo oleh Rahman Shaari.

Tindakan Hari Ini Penentu Masa Depan

“Kita harus ingat, segala tindakan yang kita lakukan pada masa ini akan mencorakkan keadaan pada masa akan datang. Ini bermakna, perkara yang kita lakukan sekarang akan menjadi asas pada bentuk dan keadaan yang akan diwarisi pada masa akan datang…”
Dr. Mahathir Mohammad, 1976.

01 August 2008

Sejenak mengingati S Othman Kelantan



Sekitar bulan Mei tahun 2005, saya dipilih menjadi fasilitator Perkhemahan Penulis Kanak-kanak Kebangsaan anjuran DBP di Port Dickson. Kesempatan sejenak bertemu dan berbual dengan Allahyarham S Othman, isteri, dan anaknya masih segar diingatan saya.

Allahyarham bersama anak dan isterinya sedang makan di kafe hotel tempat perkhemahan tersebut diadakan. Saya bersama-sama mereka.

Pada waktu itu, novel-novel Allahyarham baru dipasarkan dengan meluas selepas menerima Anugerah Sasterawan Negara. Saya memiliki 3 buah novel beliau iaitu Jogho, Wajah Seorang Wanita, Orang Kota Bharu serta sebuah antologi cerpen bertajuk Berjalan-jalan Di Sini.

Saya memulakan perbualan dengan membuat perbandingan menyamakan pakaian yang dipakai adalah serupa dengan saya - baju bercorak petak-petak. Katanya nampak menarik dan ringkas.

Bercerita tentang karya beliau, katanya kita harus menjadi pengamat yang setia. Baru boleh membina karya besar.

Waktu itu, baharu saya sedar yang kulit depan Novel Wajah Seorang Wanita ialah wajah isterinya. Lalu diajukan soalan. Dijawabnya, mana ada dalam dunia ni penulis guna wajah isteri buat letak di kulit buku.

Beliau meningalkan sedikit catatan di kulit buku saya dengan tulisan yang tidak saya fahami. Katanya, tulisan itu adalah karya beliau dan tiada seorang pun dapat membaca melainkan beliau. Tulisan itu adalah campuran daripada tulisan jawi dan rumi.

PM Syed Othman, nama besar dalam dunia sastera. Bahasanya ringkas, tapi mendalam. Ayatnya pendek, tapi bermakna panjang. Saya suka membaca berulangkali cerpen dalam antologi Berjalan-jalan Di Sini.

Dalam sedikit masa lagi, akan saya coretkan satu dua cerpen beliau buat tatapan kita bersama.

............

S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Dalam dunia kesusasteraan, Allahyarham menonjol sebagai novelis dan cerpenis yang membawa isu-isu rakyat selain dikenali antara sarjana sastera yang banyak menyumbang dalam pembangunan kesusasteraan.

S. Othman Kelantan dipilih sebagai Sasterawan Negara kesembilan pada 2003 selepas menceburi dunia kesusasteraan sejak tahun 1960-an. Kalau diukur dengan angka, jumlah novel S. Othman Kelantan mungkin kecil malah tidak dapat menyaingi penulis novel popular yang menghasilkan berpuluh-puluh novel. Tetapi dalam dunia pengkaryaan, jumlah yang banyak bukan ukuran keunggulan pemikiran di dalamnya. Begitu juga S. Othman Kelantan yang menghasilkan 12 novel dan empat novel remaja. Tetapi karya-karya S. Othman Kelantan memberi kesan yang besar serta menyumbang kepada perubahan landskap sosial dan politik di negara ini.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003).

Tengah malam kelmarin, S. Othman Kelantan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang akibat sakit jantung pada usia 70 tahun. Beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sg. Tangkas, Bangi.

Takziah buat keluarga Allahyarham Syed Othman Syed Omar.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah.


Al-Fatihah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...