MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

10 September 2012

Salam Merdeka


Sambutan Merdeka tahun ini tidak saya ikuti di kaca televisyen seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini saya lebih leka dengan keluarga dan sanak, dengan telatah anak, dengan tugasan yang banyak. Tahun ini agak menarik sambutan Merdeka di seluruh negara. Saya kira tahun pertama negara kita mempunyai dua tema berbeza - 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Saya kira kedua-dua tema itu dapat difahami dengan jelas oleh setiap pengikut kepada pengurus tema-tema tersebut. Tema 'Janji Ditepati' menekankan betapa kita rakyat Malaysia harus mengenang budi dan berusaha membalas budi kepada mereka yang telah berjasa. Tema ini juga dapat digambarkan bahawa konsep 'budi' ditekankan. Apabila orang sudah berbudi, maka kita perlu berbahasa. Sedangkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' pula menggambarkan  bahawa kekuatan perpaduan, permuafakatan, dan kerjasama sesama masyarakat. Konsep dalam tema ini lebih pada 'kesamarataan' dan 'perkongsian' apabila kita bersatu.

Rupa-rupanya, pemilihan istilah dalam penetapan sesuatu madah amatlah bermakna. Saya belajar daripada peristiwa ini bahawa pemilihan istilah amat penting bagi menentukan fikiran organisasi atau pemilik madah itu. Masyarakat mampu membaca makna yang tersirat daripada pemilihan istilah yang digunakan.

Salam Merdeka.
Salam Malaysia.
Salam Hormat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...