MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

30 November 2010

Encik Omar Hassan

Selamat Datang dan selamat menjadi blogger kepada Encik Omar Hassan.
Kunjungi blog beliau di http://Omarkoyan.blogspot.com untuk belajar cara-cara menjadi seorang jurugambar profesional. Beliau miliki banyak pengalaman dalam arena 'perkameraan'. Beliau menjadi jurugambar profesional BTPN Kedah sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan (bidang penggambaran).

Selamat Berblog Cikgu Omar.

Bengkel Pemurnian Bahan P&P

28, 29, 30 November 2010:

Berkampung di BTPN Kedah bagi memurnikan bahan-bahan pengajaran berasaskan multimedia dari pagi hingga lewat malam. Berpinar mata meneliti dan mengedit bahan-bahan dari CD sekolah-sekolah seluruh negeri Kedah. Seramai 13 orang pegawai teknologi pendidikan dari PKG terpilih seluruh Kedah menyertainya.

10 November 2010

Kaya di Dunia, Jutawan di Akhirat


Memang menjadi impian kita agar hidup sentiasa bahagia. Ada yang mentafsirkan bahagia ialah apabila kita kaya, cukup segala kelengkapan. Bahagia dapat ditakrifkan dengan pelbagai maksud kerana ia bersifat abstrak mengikut keperluan seseorang. Lanjutkan bacaan anda di laman http://genta-rasa.com (pada bahagian pautan laman blog ini) dan anda akan menemui seseutu yang menarik kupasan As-Sheikh Sahibul Fadhilah Protaz Pahrol Mohd Juoi.

Barangkali betul juga bahawa kebahagian itu ialah apabila seseorang itu punyai wang yang berlipat-lipat, atau kereta yang berkilat-kilat, atau rumah yang bertingkat-tingkat, atau mungkin dirasakan bahagia apabila isterinya dah cukup empat!

Namun, saya kira bahagia di dunia ialah apabila kita punyai kekayaan yang lima:

1. Kaya ILMU
2. Kaya MINDA
3. Kaya JIWA
4. Kaya BUDI
5. Kaya HARTA
=JUTAWAN AKHIRAT, insya Allah...


Kaya ILMU

Ilmu sangat bermanfaat kepada sekalian makhluk Allah lebih-lebih lagi makhluk bernama manusia.

Takrif ilmu dari segi bahasanya bererti 'tahu' atau usaha untuk mengetahui tentang sesuatu. Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu seringkali dikaitkan dengan pengetahuan. Hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan hanyalah untuk masalah umum sahaja.

Ilmu dari segi istilah pula ialah segala pengatahuan tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek luaran (fizikal) dan aspek dalaman (mental / roh).

Ilmu merupakan tunjang dalam Islam dan menduduki tempat tertinggi. Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Membaca merupakan cara termudah untuk mendapatkan pengetahuan dan kita mampu menjadi orang berilmu dengan membaca. Hal ini dapat diilihat dengan jelas oleh kita menerusi Firman- Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW - "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekalian makhluk). Ia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tiada diketahuinya".

Sesungguhnya ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi sesuatu bangsa agar kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sarang labah-labah yang apabila ribut melanda, maka binasalah ia. Ilmu pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula adalah pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan pembangunan bangsa, negara.

Ilmu diangkat sebagai perkara paling hebat sehingga disebut Allah dalam Al-Quran dengan pelbagai cerita, kelebihan, dan kepentingan. Antara ayat-ayat yang dijelaskan Allah dalam Quran tentang ilmu seperti berikut;

a) I" Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)

b) " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

c) "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )

d) a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga".

e) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".


RasululLah SAW juga banyak bersabda tentang ilmu, antaranya;

a) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " menuntut ilmu wajib ke atas setiap umat Islam"

b) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".

c) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

d) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya adalah pertanyaan, oleh itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali kamu bertanya, ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu: yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar, dan yang mengintai mereka."

c) Sabda RasululLah SAW yang bermaksud " Sekiranya kamu keluar pada waktu pagi untuk mempelajari hanya satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada kamu solat 100 rakaat".




Kaya MINDA





Slip Gaji - Sistem Terkini

Tuan-tuan warga penjawat awam di Malaysia kini perlu mencetak sendiri slip gaji bulanan, dan tahunan masing-masing. Layarilah laman www.anm.gov.my .

Pada saya, sistem ini dapat menjimatkan penggunaan kertas dan wang negara. Paling penting, apabila ia dijimatkan, dapatlah bonus untuk tahun 2011. YESSS!!!

01 November 2010

Salam...

Sudah agak lama saya tak mengemaskini blog saya. Pelbagai perkara yang perlu dilakukan. Saya sekarang tidak lagi bertugas di sekolah. Saya telah bertukar pejabat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sg. Limau bermula pada 17 Oktober 2010 yang lalu.

Mama dan abah saya sangat menyukainya dan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada saya atas tugas baru ini. Isteri juga ada. Tidak lupa juga kepada Cikgu Azmi (PTP PKG PH) yang memberi sokongan moral dan input berguna. Tn. Hj. Md Zin (KPP BTP Kedah), En. Zahari (Pen Pengarah BTP Kedah) dan Cikgu Din (PTP PKG SL) juga diucapkan terima kasih atas sokongan kalian.

Sejarah perkhidmatan saya bermula dari lereng bukit (Gopeng, Perak) ke atas bukit (Pengkalan Hulu, Perak) ke dalam estet (Pendang) dan sekarang ke sungai (Sg. Limau, Yan). Begitulah hidup ini sementara menunggu ke tanah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...