MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

25 June 2009

Salam Semua...



Maaf, saya sekarang sedang mengurus diri yang masih dalam keadaan kelamkabut. Jadi, saya tidak berkesempatan (walaupun masa memang 24 jam sehari) untuk mengemaskini maklumat baru yang harus dimuatkan dalam ruangan blog saya ini.

Banyak cerita baru yang akan saya muatkan dalam blog saya pada keluaran/hari mendatang. Menarik juga manusia hari ini. Pelbagai ragamnya. Nanti, saya akan muatkan.

Terima kasih kepada semua yang sudi melayari blog saya ini. Terima kasih.

07 June 2009

WALIMATUL-URUS

JEMPUTAN RASMI
Assalamualaikum wrb.
Kami sekeluarga dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan;

Tuan-tuan/ Puan-puan/ Dato'-dato'/ Datin-datin/

adik-adik/ kakak-kakak/ abang-abang/ orang-orang kampung/ rakan taulan

serta yang mengenali diri ini;

dan sefamili anda

ke
MAJLIS PERKAHWINAN ADINDA KAMI
SITI FATIMAH HIDAYAH & MOHD. TAUFIK
di: Kg Lalang. Siong, Baling, Kedah
pada: 13 Jun 2009 (Sabtu)
jam: 12 tgh hari -5 petang (aje)
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan akan menyerikan lagi majlis kami ini.
Terima Kasih

MOVElah...

Nasihat Al-Imam As-Shafie;

Tinggalkanlah tanah leluhurmu yang gersang dan jangan khuatir akan perpisahanmu dengan saudara-maramu. Sesungguhnya minyak atar itu pada mulanya hanyalah kekotoran; apabila ia diasingkan dari tempatnya, ramai orang yang menggemarinya.

Celak mata itu asalnya dari batuan di pinggir jalan; apabila ia diasingkan dari tempatnya akhirnya ia ditempatkan di pinggir mata manusia.

Aku akan pergi jauh merantau. Akan kugapai cita-cita atau aku mati di tempat orang. Jika aku mati, kepada Tuhan aku kembali. Namun, jika aku selamat, aku akan kembali ke kampung halamanku.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan, kerana dalam perantauan itu ada lima kegunaan;
i) menghilangkan kesedihan;
ii) mendapatkan kehidupan baru;
iii) mendapatkan ilmu;
iv) mengagungkan jiwa; dan
v) dapat berkenalan dengan ramai orang.

04 June 2009

Cuti Sesi Persekolahan

Dan sesi persekolahan penggal pertama pun bermula. Maka bercutilah ramai warga pendidikan. Tetapi, warga pendidikan sebenarnya bercuti; dalam bertugas dan bertugas; dalam bercuti.

Dan bercutilah mereka; tetapi menyemaklah akan mereka kertas periksa. huhu...

01 June 2009

Merakyatkan Budaya Ilmu

Islam menggalakkan umatnya sentiasa menitikberatkan ilmu dalam kehidupan; bahkan mencari ilmu itu suatu kewajipan kepada umat Islam seperti dimaksudkan dalam sebuah Hadis baginda SAW:
'Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap manusia Islam'.

Menitikberatkan perkara menuntut ilmu itu merangkumi kajian, penelitian, penyelidikan, penerokaan, melayari segala ilmu dan maklumat demi memanfaatkan kehidupan.
Tanpa ilmu, seseorang itu akan samada ditinggalkan oleh manusia terbanyak yang semakin hari semakin bergerak pantas ke hadapan atau ditinggalkan oleh dunia dan akhirat juga. Seperti sabda Nabi SAW bererti;
'Barangsiapa yang mahukan dunia, hendaklah dengan ilmu; Barangsiapa mahukan akhirat, hendaklah dengan ilmu; dan barangsiapa mahukan kedua-duanya, hendaklah juga dengan ilmu'.

6 Cerita Perpisahan Terasing;suatu pengalaman dekat

Cerita Satu

Seorang pekerja rendah di sebuah sekolah di Kuala Perlis. Aku sekeluarga ke Langkawi. Memarkir (parking) kereta di garaj sekolah berkenaan melalui pekerja berkenaan yang kebetulan kenalan abahku. Pekerja berkenaan seperti biasa, menyambut kami dan menghantar kami ke jeti Kuala Perlis dan memarkir semula kereta di sekolah berkenaan.

Tiga hari di Langkawi, kami pulang. Mengambil kereta. Berumpa dengan seorang pekerja yang lain. Bertanya tentang pekerja mula-mula tadi. Mengejutkan! Katanya dia sudah tiada! Kami tersenyum menyangka gurau. Kami ke rumahnya, dan mendapati ia benar...
Al-Fatihah...

Cerita Dua

Cerita ini berlaku di Langkawi. Seorang waris mengikut serta dalam program hari keluarga PIBG sebuah sekolah di daerah ini. Beliau menyertai acara tarik tali (tidak pasti menang atau kalah; apa yang penting? Ya! KERJASAMA).

Selesai daripada acara berkenaan, beliau pulang. Singgah di kedai kopi, minum secawan. Pulang ke rumah.

30 minit kemudian, isterinya ke kedai kopi berkenaan. Memaklumkan yang suaminya telah meninggal dan minta bantuan. Semua tidak percaya lalu mereka ke rumahnya, dan mendapati ia benar...
Al-Fatihah...

Cerita Tiga

Sepasang suami isteri di sebuah kampung di Langkawi juga. Baru balik dari berkebun. Anak-anak sudah besar panjang dan merantau.

Si isteri bercerita tentang kepergian suaminya di pangkuannya. Setelah naik ke atas rumah, suaminya masih di bawah rumah. Dipaggil-panggilnya, lalu dijawab suaminya, "nantilah, nak basuh kaki..." (masing menggunakan guri dan batok).

Naik ke rumah. Jatuh di atas pangkuan isterinya lalu disambut dengan ucapan kalimah ALLAH.
Al-Fatihah...

Cerita Empat
Seorang imam mengimami solat subuh di sebuah masjid di Langkawi. Umurnya lingkungan sepuluh tahun lebih dari separuh abad. Sewaktu mengimami solat subuh berkenaan, bacaannya lemah, semakin lemah, lemah, dan menglemah...

Beliau jatuh ketika masih berdiri pada rakaat pertama, disambut oleh dua tiga jemaah, dan ... Berpulanglah dia kepada Tuahn-Nya..innalilLah...
Al-Fatihah...

Cerita Lima
(dicerita sendiri oleh ibunya ketika menemubual beliau secara ekslusif dan boleh dibaca lanjut dalam akhbar Harian Metro bertarikh 7 Oktober 2008)

Seorang belia di Pengkalan Hulu. Selepas seminggu berhari raya puasa. Waktu maghrib, selepas bersolat berbual-bual dengan ibunya di ruang depan rumah. Membalut rokok daun. memberitahu ibunya ingin ke kedai membeli kad tambah nilai (top-up). Sempat bergurau dengan ibunya akan ke Baling apabila ibunya bertanya.

Ibunya menyangka gurauan kerana hanya memakai kain pelekat, menaiki motorsikal tanpa topi keledar dan motor tanpa kelengkapan yang cukup. Jarak Pengkalan Hulu ke Baling kira-kira 15km tetapi jalannya berbukit-bukau, berselek bahaya, dan tanpa lampu jalan pada sesetengah tempat.

Banar gurauan tadi. Dalam perjalanan ke kedai, belia tadi dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah motorsikal lagi dan meninggal di tempat kejadian. Tiada luka parah tetapi disahkan oleh doktor Hospital Baling akan kecederaan dalaman.

Benar juga, belia tadi di bawa ke Hospital Baling, Baling seperti gurauan tadi dengan ibunya.
Al-Fatihah...

Cerita Enam

Berlaku 20 tahun lebih lepas. Pada bapa kepada sahabat abahku. Berlaku di negeri Perlis.
Satu hari, sebuah keluarga termasuk ibu dan bapanya ke Alor Setar. Akan pulang ke Langkawi pada sebelah petangnya dengan menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis.

Dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Perlis, mereka menaiki teksi manakala bapanya yang turut serta menaiki motorsikal (dari mana dapat motorsikal itu tidak pasti).

Teksi yang dinaiki sudah sampai dan mereka menanti bapa berjam-jam lamanya. Hairan, sibapa itu seorang penunggang motorsikal yang laju (racer).

Mereka mendengar cerita daripada pemandu-pemandu teksi, berita tentang kemalangan motorsikal di Jalan Simpang Empat, Perlis. Mereka bergegas ke Hospital Kangar, dan mendapati ia benar.

Hanya membawa pulang mayat bapa mereka ke Langkawi.
Al-Fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...