MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

09 May 2009

Pak Samad dan zikirnya


A. SAMAD SAID. Sebuah nama besar dalam dunia sastera negara. Menerima Anugerah Sasterawan Negara dan diangkat menjadi Sasterawan Negara. Mesra dipanggil Pak Samad.

Berprofil biasa, berjanggut mengerbang memutih, berambut panjang menyentuh bahu memutih bersih. Nadanya sewaktu berpuisi sangat bersahaja dan tidak sesuai untuk puisi pertandingan. Puisi pertandingan (sepanjang pengamatan saya) selalu menjerit-jerkah, meninggi suara. Pak Samad pula dengan nada sekata, bersahaja dalam penyampaian.

Pak Samad pernah aku jadikan sebagai role-model bagi mengisi minatku sebagai seorang sasterawan. Masa kecil dahulu, aku sangat minat berpuisi. Aku selalu menyertai Pertandingan Puisi pelbagai peringkat. Sbagai rekod, saya telah membaca novel besarnya, Salina ketika di Tingkatan Satu lagi tetapi tidak mengerti. Saya baca lagi 9 tahun lepas, barulah aku mengerti.



Sepanjang ingatanku, dua kali aku melihat dan mengagumi Pak Samad berpuisi secara langsung. Pertama, di Dewan Warisan, Kangar sekitar tahun 1994. Pak Samad menghakimi Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Perlis. Abahku membawa kami sekeluarga ke pertandingan tersebut. Pada fikiranku, deklamasi Pak Samad sukar menjadi johan sebrang pertandingan kerana bacaannya mendatar namun ia berkait dengan nada dan lontaran suaranya. cara deklamasinya tidak sesuai untuk pertandingan kerana pertandingan memerlukan jerkah-marah suara, berdegar-degar bahasa badan. Pak Samad tenang. Pak Samad menandatangani autograf pada buku catatan kecilku. Buku itu masih ada namun ntah di mana. Ia tercicir dalam simpanan.
Kedua. En. Fauzi, pensyarahku mengajak aku menonton teater di DBP sekitar tahun 2004. Teater bertajuk 'Memori Di Hadapan Pulau' karya Pak Samad sendiri. Pak Samad sendiri membacakan cerpennya pada malam itu sambil beberapa watak mengiringi bacaannya (seakan-akan pentomen). Menarik dan kisah cerpen itu masih aku ingat.

Aku pernah jumpa lagi Pak Samad. kali ini Pak Samad bukan lagi Pak Samad yang mendayu-dayu dengan dunia sasteranya sambil membaca/mendeklamasi puisinya/ cerpennya, tetapi Pak Samad kali ini nampak lebih segar apabila beliau melakukan pembaharuan dalam dunianya iaitu Dunia Sastera dan Politik.

Pak Samad memperjuangkan udara oksigen untuk dunia sasteranya yang semakin dikurangkan iaitu Bahasa Melayu. Beliau telah menggunakan pentas politik untuk mempertahankan dunia sasteranya agar lebih panjang hayatnya. Beliau menyahut seruan Hang Tuah iaitu 'tak melayu hilang di dunia'. Jika Bahasa Melayu telah hilang, tentunya Melayu itu juga akan hilang.

Pak Samad di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Di atas pentas politik, beliau meminta mereka yang mengasihi bangsanya dan bahasanya agar marilah sama-sama mempertahankan kedaulatan bahasa mereka. Marah benar dia!!

Pak Samad. Dalam ucapannya, beliau tidak menyebut TAKBIR!!...tetapi menyebut ZIKIR!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...