MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

21 January 2009

Pertunangan:sebuah pengalaman bernilai







Selepas perbincangan antara kedua-dua keluarga pasangan diadakan kira-kira dua bulan (September, Oktober), majlis pertunangan telah ditetapkan tarikhnya dan akan dilangsungkan pada 21 November 2008. Tarikh ini aku pilih sempena hari kebesaran keluarga iaitu sempena hari kelahiran mamaku, 21 November 1959.

Pihak lelaki diwakili ahli rombongan terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara terdekat untuk mengahdiri upacara pertunangan ini. Rombongan akan ke rumah pasangan perempuan. Ahli rombongan dari Kedawang telah bertolak ke kampung Atas, Pdg. Matsirat pada jam 8:45 malam dengan membawa 11 dulang hantaran. Menaiki 4 buah kereta.

Rombongan kami disambut oleh bapa pasangan perempuan dengan berbaju merah dan senyuman yang lebar.

Pada hari tersebut, majlis kenduri diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Mujurlah bakal tunangku tidak ada kakak! Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik.

Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Setelah pulang, maka aku sudah jadi tunangan orang! Kata orang, waktu bertunang, banyak cabarannya. Dan kata orang juga, dalam waktu pertunangan ini, orangnya berdarah manis. Mitos? Mungkin juga.

Tunggulah pula sehingga bulan Januari 2009 nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...