MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

16 August 2008

erti Perkahwinan dari sudut pandanganku...




Majlis Pernikahan bermula apabila kami tiba di Masjid UDM bagi memenuhi acara akad nikah. Kuharap dan berdoa, malahan kami sekeluarga berharap agar abang sulung kami ini Imran Hidayat menjadi seorang suami yang soleh, di samping membentuk sebuah keluarga yang bahagia bersama isterinya - Julizawati Md. Lazim, iaitu my kakak ipaq.

Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan beerti perkongsian hidup antara seorang lelaki dengan seorang wanita setelah diakui benar oleh Tuan Yang Berkuasa - Qadi melalui proses keagamaan. Perkongsian ini tentunya mempunyai 1001 macam masalah kerana lelaki dan wanita tadi datang dari (mungkin) latar belakang yang berbeza, pandangan yang berbeza, keluarga yang berbeza, tempat yang berbeza, suasana yang berbeza, serta peribadi yang berbeza.

Perbezaan inilah harus diubah dengan mencari persamaan. Perbezaan yang terlalu banyak dan telah lama dilakukan akhirnya harus masing-masing membentuk (atau belajar membentuk) diri ke arah persamaan. Pasangan terpaksa lupakan perbezaan dan mencari persamaan.

Barangkali akan timbul kekhilafan (atau pertengkaran) dalam perbezaan pendapat selama kira-kira setahun dua untuk mencari persamaan pendapat ini tetapi lama-kelamaan pasangan dapat memahami antara satu sama lain. insya-Allah...

Kata-kata sinis tentang gerbang perkahwinan agak harus difikirkan bersama seperti berikut; tahun pertama, isteri bercakap, suami dengar; tahun kedua, suami bercakap, isteri dengar; tahun ketiga, suami bercakap, isteri bercakap, jiran dengar; dan tahun keempat, suami bercakap, isteri bercakap, Tuan Qadi dengar.

Masalah memang akan timbul dalam sesebuah keluarga. Pada aku, paling penting pasangan haruslah bijak menanganinya dengan cara mengalah. Jika isteri kelihatan tegang, suami lah mengalah dan sebaliknya. Pada aku, tidak salah untuk mengalah kerana mengalah bukan ertinya kalah tetapi menang mengawal gelora.

Masalah yang mungkin timbul dalam sesebuah perhubungan dapat aku simpulkan hanya dua masalah besar iaitu KEWANGAN dan ORANG KETIGA.

Pasangan tentunya akan bertengkar jika kehendak kewangan tidak dapat dipenuhi. Sesetengah pasangan sanggup berbuat apa sahaja asal saja keperluar kewangan rumahtangga dapat dipenuhi. Ada yang sanggup mencuri, menipu, merasuah, demi mencari duit lebih dan ada pula yang bekerja lebih masa, bekerja sampingan (macam aku), buat dua tiga kerja dalam satu-satu masa. Itu pilihan masing-masing bagi merungkai masalah kewangan ini.

Sang isteri juga (maaf, saya persalahkan sang isteri) kadang-kadang dah tahu yang si suami mencintainya, janganlah sanggup meminta yang bukan-bukan sehingga memaksa si suami berbuat apa sahaja. Misal ayat "abang, saya nak rantai tangan juga. apa nak jadi, jadilah. yang penting, saya nak!". Sakit kepala suami.

Orang Ketiga juga sangatlah BIADAB dan MAHA KURANG AJARnya. Mengapa masih mahu mengganggu rumahtangga orang sedang yang masih bujang pun ramai. Oh, katanya yang sudah berumahtangga ni ada pengalaman hidup. (tengkorak mak bapak dia) Awak tu lah bagi pengalaman kepada pasangan awak!

Namun, kedua-dua masalah ini dapat diatasi dengan perbincangan baik antara kedua-dua pasangan. Bawalah berbincang. Sewaktu salah seorang pasangan dalam emosi, seorang lagi harus mengalah dan sebaliknya.

Perkahwinan tentunya banyak rona harus ditempuh. Adakala suka adakala duka. Kata P. Ramlee 'sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri, apa guna kita bertengkar, rumah tangga mendapat berkat...'

Ringkasnya, perkahwinan adalah perkongsian hidup. Kita menyerah hidup dan membina hidup baru bersama pasangan. Di samping kita tidak lupa pada kaum keluarga kedua-dua belah pihak. Mungkin mudah kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi amat sukar 'berkahwin' dengan keluarga pasangan masing-masing. Dan sesungguhnya, saya sedang belajar untuk berkahwin dengan keluarga pasangan!

Hargailah pasangan...

2 comments:

Akram_imah said...

Suka baca post nie...

Perbezaan antra psgn pada saya ada pros and cons.

Yang baik:

Mereka dapat saling lengkap melengkapi antra satu sm lain. Ye la, mn ada yg perfect, ye tak??cth, Kalau si suami minat bercakap, si isteri kurang ckp sket. tak pe la, kalau dua2 cakap sape nak dengar, ye tak??

Org cakap, klau psgn kita sama je mcm kita(sifat, watak dll) nt cepat bosan lak(org kata laa!!). Takde benda baru katanya. Kalau suami suka sukan, tak hairan juga satu masa nanti isteri yg tak suka sukan pun boleh jadi minat sukan sebab terpengaruh dengan hobi si suami.

Yang buruk:
Masalahnya kalau psngn tu lngsung tak nak menerima benda baru. Mcm cikgu lok kata, psngn lahir dari keluarga berbeza n suasana berbeza, sudah tentu la asuhannya juga berbeza.
cth: si suami kata, "salah ni cara lipat baju, mak saya tak pernah lipat baju macam ni la"
-tgk..!! benda kecik pun diperbesar2kan, sb tu gaduh.. Tak salah nak lipat baju mcm mn pun asal ia terlipat kan(dia nak kata dia sorang je betul n org lain salah)... (ni cth laa!!)

yg paling ptg bukan terletak pada perbezaan itu, ia terletak pada penerimaan seseorang pada psgn dia. kalau dia dapat menerima psgn nya seadanya. walau berbeza mcm mana sekalipun, ia tidak memberi masalah.

Saya stuju punca mslh dlm r/tngga dtg nya dari org ketiga n faktor duit.
- selalunya orang dapat tahan lagi kalau tak cukup duit(sb bleh diatasi lagi) tapi yg paling tak tahan kalau ada yg curang(mmg lngsung tidak boleh dimaafkan!!-sekali curang selama2nya tak percaya, nangis air mata pun still tak trima)

teratakdamai said...

Betul kata cikgu i...

Tak per, skrg saya tak brkesempatn menambah isi2 bernas drpd view cikgu i ni..sebab nak p exam PTK, so balik nanti saya post lagi..

Tapi, bagus juga view cikgu i ni..yer laaa, cikgu kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...