MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

25 July 2008

Hikmah Dari SeEKOR Keldai

Hikmah Dari Keldai

Suatu hari keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan nada memilukan selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Akhirnya, dia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan sumur di ladangnya perlu ditimbun (ditutup kerana berbahaya), jadi tidaklah ada gunanya untuk menolong si keldai. Dia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya. Mereka membawa cangkul dan mulai menyangkul tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian, semua orang hairan, kerana si keldai menjadi diam. Setelah beberapa cangkul tanah dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang atas apa yang dilihatnya.

Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh banyak tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia mengoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu ia naik ke atas tanah itu. Jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu.

Si keldai terus menggoncangkan badannya dan melangkah naik. Dengan pantas si keledai melompat tepi perigi dan melarikan diri.

MORAL:
Kehidupan terus saja menuangkan segala macam tanah dan kotoran kepada kita. Cara untuk keluar dari perigi (kesedihan, masalah, beban fikiran) adalah dengan menggoncangkan hal-hal tersebut sebagai tempat pijakan. Setiap masalah dalam hidup kita merupakan batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari perigi yang terdalam dengan terus berjuang.

Jangan sesekali menyerah!!

1 comment:

Akram_imah said...

wah, rasa sangat termotivasi laa.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...