MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

30 April 2010

Kelainan Emosi: Jangan Pandang Ringan

PENGENALAN

Skizofrenia merupakan kecelaruan psikologi yang dicirikan oleh gangguan kognitif, gangguan emosi, dan tarikdiri sosial. Kecelaruan ini merupakan kecelaruan mental yang serius.
‘Skizo’ membawa maksud retak, manakala ‘frenia’ diertikan sebagai jiwa. Oleh yang demikian, seseorang yang menderita penyakit skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa. Ringkasnya, skizofrenia adalah sebuah penyakit mental yang teruk. Ia dicirikan oleh kecacatan berpanjangan kepada penerimaan seseorang penghidapmelalui gambaran alam sebenar atau realiti. Gangguan penyakit skizofrenia ini mempengaruhi daerah fungsi seseorang individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima, dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan sikap yang dapat diterima secara sosial.



Seseorang yang meghidapi penyakit skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur dan mengalami pendengaran suara-suara halus atau halusinasi pendengaran. Penyakit ini bukan sahaja memberi kesan kepada kognitif pesakit, malahan ia juga memberi kesan yang kepada emosi pesakit. Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan orang lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding orang peremuan.

Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.

Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.


Justeru, tidak mustahil pesakit skizofrenia akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai norma manusia normal seperti membunuh dan sebagainya.

*Tulisan ini merupakan sebahagian daripada tugasan bagi memenuhi Kursus Pengantar Psikologi semester ini.

1 comment:

Cawang Sumbing said...

As salam,

Sy berminat utk berbincang mengenai masalah kecelaruan minda dan emosi sy akibat tekanan kehidupan dari kecil.

Sy bkn ingin meminta saudara membantu masalah sy tetapi sekadar ingin berkongsi dan sy ingin kenal pasti adakah sy mengalami sindrom tersebut.

Sekian. Salam
Hallie.iman@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...