MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

29 December 2008

Disember: bulan musibah?

Jika Ramadhan Al-Mubarak, diangkat martabatnya menjadi bulan penuh kemuliaan, bulan penuh kerahmatan, bulan mendidik umat manusia, bulan penyatuan umat Islam sedunia, bulan keampunan diri, bulan mencari cinta Pencipta, bulan penuh kegiuran dan sebagainya. Yang nyata, Ramadhan bukan bulan Disember!!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai kejadian besar yang meragut nyawa ribuan manusia dan memusnahkan harta benda banyak berlaku di negara kita mahupun di seluruh dunia. Saya hanya fokuskan pada peristiwa hitam yang berlaku dalam negara kita - Malaysia.



Beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan itu dan antaranya pada 10 Disember 1985, dua rumah baru dua tingkat yang belum lagi diduduki di Taman Melawati, Hulu Klang runtuh ketika hujan lebat dalam kejadian 8.50 pagi.

Tragedi kondominium Highland Towers di Lembah Klang runtuh dan mengorbankan ratusan nyawa berlaku pada 1993. Tragedi Highland Towers ini terletak kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, telah mengorbankan 48 nyawa apabila satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview iaitu Blok A runtuh. Insiden itu mengejutkan seluruh negara kerana ia merupakan peristiwa bangunan runtuh pertama dan terburuk dalam sejarah negara sejak merdeka. Peristiwa itu berlaku selepas hujan selama beberapa hari. Ia berlaku pada bulan Disember!
Kejadian ribut taufan yang meragut banyak nyawa di Keningau, Sabah. Ribut berkenaan digelar Mr. Greg. Berlaku pada bulan 26 Disember 1996. Ia berlaku pada bulan Disember!


Kejadian Tsunami yang menggemparkan penduduk dunia kerana Malaysia bukanlah berada pada garisan gempa bumi tetapi turut terkena ombak besar berkenaan. Tsunami dalam bahasa asalnya bermaksud 'dinding ombak' telah berlaku di beberapa tempat di dalam negara termasuk Kuala Muda Yan, Kuala Muda Langkawi, serta Batu Feringghi. Kejadian ini berlaku pada Disember 2004 sehingga merubah peta dunia. Ia berlaku pada bulan Disember!

Terbaru, kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008. Kejadian ini telah mengorbankan banyak nyawa selain kerugian harta benda berjumlah jutaan ringgit. Lebih menyayat hati, runtuhan berlaku sebanyak tiga kali dalam tempoh satu minggu. Ia berlaku pada bulan Disember!


Disember: apa sebenarnya bulan ini? Bulan terakhir dalam setiap tahun Masihi atau bulan musibah? Apakah pengajaran di sebalik kejadian sepanjang Disember setiap tahun? Dan apakah pula kejadian yang bakal berlaku pada Disember akan datang? Apakah boleh kita nobatkan Disember sebagai bulan muhasabah kedua selepas Ramadhan?

Saya mengajak diri saya dan diri para pembaca budiman supaya marilah sama-sama kita bermuhasabah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...