MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

08 September 2008

nikmat

Segala yang dihasrat
tetapi tak dapat,
adalah nikmat
yang paling padat...

A Samad Said


Keterangan:
Nikmat sukar diterangkan secara terperinci. Dalam kata lain, ia sebuah atau sesuatu yang membuatkan seseorang rasa bahagia. Bahagia juga sukar ditakrifkan kerana ia sangat halus sifatnya.

Bagi pencinta alam sekitar, masuk hutan, lihat pokok nan hijau, alam sekitar yang bersih, itu nikmat baginya yang naturalis.

Nikmat berjumpa pelajar, mengajar para pelajarnya, berada di hadapan cermin lalu berucap, itu nikmat bagi seorang yang suka berpidato barangkali atau speaker.

Dapat menyedut barang sekali dua sedutan, membalut daun barangkali nikmat bagi seorang yang cintakan rokok.

Apapun, nikmat dapat ditakrifkan oleh diri sendiri.

'Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan lagi nikmat-Ku kepada kamu. Sekiranya kamu kufur, ingatlah bahawa azab-Ku amatlah pedih...' (Terjemahan surah Ibrahim ayat 7)

1 comment:

Akram_imah said...

N + I + K + M + A + T = nikmat

Dalam bahasa jawi pula dieja begini(kalau salah tolong betulkan, ermm… lama tak menulis jawi nih)….

Nun + a’in + mim + dal = Nikmat

Nikmat yang Tuhan beri tak terkira banyakknya pada setiap hambaNya…
Jika perlu disenaraikan, tak tertulis saya kerna banyaknya nikmat yang Allah beri…
-udara yang kita sedut(untuk kita bernafas- sedut oksigen hembus karbon dioksida)
-nikmat kesihatan(mampu kita bergerak ke sana ke mari)
-nikmatnya kita(saya) kerna dilahirkan dalam keluarga Islam
-nikmat keluarga(sentiasa di sisi walau apa keadaan)
[banyak lagi… tak perlulah saya senaraikan semua, tak cukup space nanti]

Namun begitu, kdg2 ramai yang tidak tahu mensyukuri nikmat yang ada itu sehinggalah mereka kehilangan nikmat itu….

Maka, pada ketika itu…. Barulah mereka sedar(sesunguh-sungguh sedar) bahawa mereka telah mensia-siakan nikmat yang telah diberikan itu…
Pada ketika itu juga, mereka mula sedar betapa hebatnya nikmat yang diberi itu, mereka berasa kesal kerana tidak pernah menghargai nikmat itu…

Bak kata cikgu lok, masing2 tafsirkan nikmat berbeza2. cth: kalau orang kuat makan, bila kita bagi makanan faveret dia kat dia, itulah nikmat bagi dia…
Itu bagi orang yang kuat makan laa…

Nikmat keberadaan(kewujudan) orang di sekeliling… Bila perginya dia tanpa mengucapkan selamat tinggal barulah disedari kehilangannya walau sebelum ini tidak pernah sedar akan kewujudannya, kehilangan paling dirasai…..

Syukuri nikmat yang ada sebelum nikmat yang ada ditarik semula oleh yang Maha Kuasa(ingatan buat diri sendiri)

Salah dan silap harap dimaafi…….

Tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...