24 September 2008
salam
sedar atau tidak, kita telah berada di penghujung Ramadhan yang mulia. Samada kita telah mengejar janji-janji Allah dalam memberi cinta-Nya kepada seluruh hamba-Nya dengan sesungguh hati atau tidak demikian, kita sebenarnya telah berada di akhir Ramadhan yang dijanjikan Pengampunan dari Dosa-dosa.
Beruntunglah mereka yang mengejar dan mendapatnya...
Amin.
16 September 2008
Menilai Sebuah Harga Diri
Apresiasi Tinggi
Setiap pagi sebelum azan Subuh di TV9, dipaparkan cerita pendek dalam sebuah keluarga antara ibu, anak lelaki dan anak perempuan. Cerita ini mengisahkan kepentingan bangun pada waktu sahur atau waktu subuh.
Dirakamkan semula dialog ini seperti bawah;
Ibu : (sedang menggosok baju)
Adik, pergi kejut abang.
Anak perempuan : (berjalan sambil tangan menggosok mata ke bilik abangnya).
Baik ibu.
Anak lelaki : (masih tidur nyenyak di atas kati biliknya).
Anak perempuan : (masuk bilik lalu cuba mengejutkan abangnya yang sedang nyenyak).
Abang, bangun bang.
Ibu kata dah lewat ni...
Anak lelaki : (memalingkan badan)
Anak perempuan : (terus menggoncangkan badan abangnya)
Abang, bangunlah bang...
Dah lewat ni...
Adik takut...
Nanti Tuhan marah...
(sambil menggosok mata)
Anak lelaki : (terus celik mata dan segar).
Pada bahagian dialog 'abang, bangunlah bang, dah lewat ni, adik takut, nanti Tuhan marah' adalah sangat terkesan di jiwa penonton.
Seorang anak kecil mampu mengeluarkan ayat menyatakan rasa takutnya pada Tuhan Maha Agung adalah satu perkara yang amat terkesan kerana si anak kecil dalam lingkungan 7 atau 8 tahun sudah faham makna takut kepada Maha Pencipta.
Betapa anak kecil itu sudah sampai tahap apresiasi rohani tinggi dalam jiwa besarnya walupun masih kecil!!
11 September 2008
Lalu dan Dan...
Lalu mereka memulunnyalah (bersungguh-sungguh) dalam mengingati perkara berkenaan. Kerana UPSR hanya sekali. Enam tahun belajar untuk menghadapi UPSR yang sekali.
Lalu diminta ampun kepada semua guru, dan halankanlah ilmu kami, kata murid. Doakan kami kata mereka lagi.
Masuk ke dewan dengan seribu perasaan - senyum, gembira, takut, risau, tenang, khuatir, bangga dan lain-lain. (p/s: petua untuk mendapat ketenangan boleh layari http://cikguimah.blogspot.com kerana beliau ada mencatatkan tips ketenangan di dewan peperiksaan).
Lalu lega rasa lepas satu paper demi satu paper diambil.
Keluar dewan pada hari akhir dengan kata hati yang kuat hooorraaaayyyyy!!!!!!!!
Dan...
Tamatlah peperiksaan terbesar alam sekolah rendah -UPSR!
Jumpalah pula di PMR, dan SPM atau PMR, SPM, dan STPM..
Gunalah ilmu dan nasihat selama berada enam tahun di sekolah rendah oleh para guru dan bawa ia sebagai bekalan menempuh alam remaja yang semakin mencabar dengan selamat.
Sesungguhnya enam tahun awal ialah penanaman dan penyuburan benih...enam tahun kedua penyuburan dan pembentukan tunas..enam tahun ketiga cabaran awal alam dan enam tahun seterusnya cabaran sebenar di alam ini....
08 September 2008
nikmat
tetapi tak dapat,
adalah nikmat
yang paling padat...
A Samad Said
Keterangan:
Nikmat sukar diterangkan secara terperinci. Dalam kata lain, ia sebuah atau sesuatu yang membuatkan seseorang rasa bahagia. Bahagia juga sukar ditakrifkan kerana ia sangat halus sifatnya.
Bagi pencinta alam sekitar, masuk hutan, lihat pokok nan hijau, alam sekitar yang bersih, itu nikmat baginya yang naturalis.
Nikmat berjumpa pelajar, mengajar para pelajarnya, berada di hadapan cermin lalu berucap, itu nikmat bagi seorang yang suka berpidato barangkali atau speaker.
Dapat menyedut barang sekali dua sedutan, membalut daun barangkali nikmat bagi seorang yang cintakan rokok.
Apapun, nikmat dapat ditakrifkan oleh diri sendiri.
'Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan lagi nikmat-Ku kepada kamu. Sekiranya kamu kufur, ingatlah bahawa azab-Ku amatlah pedih...' (Terjemahan surah Ibrahim ayat 7)
UPSR
Tarikh: 9, 10, 11 September 2008
Semoga para calon UPSR seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya dapat menjawab, menghadapi setiap pertanyaan bertulis berkenaan dengan;
i) Tenang;
ii) Yakin;
iii) Pasrah;
iv) Harap
Saya doakan kalian dapat menghadapinya dengan baik.
Mintalah restu ibu bapa dan guru-guru.
Wassalam...
Salam Kejayaan;
Cikgu Luqman Hidayat
Ibu Camelia @ Bu 'K'...
Kita jadi bloggers la plak ye ibu...
05 September 2008
Perginya Seorang A. Samad Ismail

04 September 2008
At-Tin


Antara Ulat, Daun, dan Burung

Sehelai Daun


03 September 2008
Kebenaran
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun,
kan tetap segar ...
-A Samad Said
Keterangan:
Pada pandangan saya, bahawa kebenaran adalah daripada Tuhan Maha Agung. Alhaqqu mir rab bik! Dan betapa setiap kebenaran yang datang, walau dinafikan, ia tetap akan hadir sungguhpun seribu tahun lagi.
Bahawa kebenaran, betapa ia disembunyikan, betapa ia ditekan, betapa ia disekat, betyapa ia dipalsukan, namun ia tetap hadir suatu hari nanti.
Dalam sejarah, telah banyak kita pelajari daripada ia. Semua sejarah telah membuktikan yang benar itu akan menang. Ia hidup sepanjang zaman. Ia tidak mati sekerat jalan.
Yang benar itu, kalaupun disekat, ditukar sejarahnya, lambat laun ia akan terserlah akan kebenarannya.
Sebagai contoh, dalam cerita lama Hang Tuah. Difitnah sehingga membawa kepada pembunuhannya dek kerana terlalu setia dengan sang penguasa (Raja). Sang penguasa yang bertindak melulu tanpa membuat kajian terlebih dahulu sebelum bertindak lalu apabila datangnya orang-orang besar-besar kepadanya yang membawa berita tentang si Tuah, diperintahkan 'bunuh!!'.
Dan kita dapati, akhirnya kebenaran terserlah. Betapa ia disembunyikan hingga ke peringkat jatuhkan hukuman, ia tetap timbul. Hebatnya kuasa kebenaran!
02 September 2008
Debaran ...
16 September 2008
16 SePtEmBeR 2008
16 sEpTeMBER 2008
16 SEPTembeR 2008
16 SEPTEMBer 2008
16 SEPTEMBER 2008
atau...
16 SEPTEMBERrrrrrrrr 2008
suatu debaran pastinya...
01 September 2008
Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan juga bulan yang mengajar kita erti keinsafan. Kita menginsafi para sahabat kita yang jauh lebih perit dalam menempuh kehidupan mendatang. Kita juga didik supaya turut sama menginsafi mereka yang tidak berupaya. Barangkali ada antara mereka yang sangat memerlukan bantuan, datangnya Ramadhan bulan untuk umat bersedekah menabur bakti membantu mereka melalui amalan berzakat yang diwajibkan pada bulan ini. Sehubungan itu, nasib umat Islam bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai yang sedang dalam bahaya tidak harus kita lupa.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, bermaksud; "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mudah-mudah kamu bertaqwa."
Dalam ayat ini, Allah menyeru kepada hanya orang-orang beriman sahaja yang diwajibkan berpuasa. Ini memberi makna kepada mereka yang beriman, mereka pasti akan menunaikan ibadat fardu ini. Kedua, amalan berpuasa ini mempunyai objektif khusus, iaitu seperti disebut dalam ayat terakhir ayat tersebut, mudah-mudahan kamu bertaqwa. Diharapkan setelah selesai melakukan amalan fardu ini, seseorang itu akan terus bertaqwa kepada Allah Taala.Ramadhan: padanya ada rahmat, keampunan, dan nikmat. Bulan ini, bulan berpesta pahala dengan sepuas-puasnya. Pahala yang digandakan lebih daripada bulan-bulan lain.
- diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk;
- diampunkan dosa sesiapa yang berpuasa;
- dibuka pintu Syurga, ditutup pintu neraka;
- dirantai segala syaitan;
- dipermulaannya rahmat, kemudian keampunan, dan pembebasan api neraka;
- setiap kebajikan akan diberi pahala sebanyak 10 hingga 700 ganjaran;
- adanya malam lailatul qadar yang mulia melebihi kemuliaan seribu bulan;
- puasa sebagai perisai dari api neraka; dan
- puasa dikira ibadah setiap saat iaitu dari pagi hingga petang selagi tidak mengumpat atau menyakiti muslim lain.
Peperangan ini telah berlaku dalam bulan Ramadhan, dengan penyertaan tentera muslim hanya seramai 12 000 orang bertempur dengan tentera musuh sehingga mencapai bilangan 90 000 orang tentera. Menakjubkan tentera Islam yang sedikit bilangannya itu menang menewaskan majoriti bilangan tentera musuh. Allahu akbar!
Sidang pembaca budiman;
Dengan rasa hormat, saya mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak kepada muslimin dan muslimat dan kepada para pembaca budiman sekalian. Semoga ibadah puasa dan segala amalan sampingan yang dikerjakan kita pada kali ini menjadi ibadah terbaik daripada yang terdahulu.Salam Ramadhan al-Mubarak al-Kareem