Sambutan Merdeka tahun ini tidak saya ikuti di kaca televisyen seperti tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini saya lebih leka dengan keluarga dan sanak, dengan telatah anak, dengan tugasan yang banyak. Tahun ini agak menarik sambutan Merdeka di seluruh negara. Saya kira tahun pertama negara kita mempunyai dua tema berbeza - 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.

Rupa-rupanya, pemilihan istilah dalam penetapan sesuatu madah amatlah bermakna. Saya belajar daripada peristiwa ini bahawa pemilihan istilah amat penting bagi menentukan fikiran organisasi atau pemilik madah itu. Masyarakat mampu membaca makna yang tersirat daripada pemilihan istilah yang digunakan.
Salam Merdeka.
Salam Malaysia.
Salam Hormat.