
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. 


Ramadhan juga bulan yang mengajar kita erti keinsafan. Kita menginsafi para sahabat kita yang jauh lebih perit dalam menempuh kehidupan mendatang. Kita juga didik supaya turut sama menginsafi mereka yang tidak berupaya. Barangkali ada antara mereka yang sangat memerlukan bantuan, datangnya Ramadhan bulan untuk umat bersedekah menabur bakti membantu mereka melalui amalan berzakat yang diwajibkan pada bulan ini. Sehubungan itu, nasib umat Islam bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai yang sedang dalam bahaya tidak harus kita lupa.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, bermaksud; "Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mudah-mudah kamu bertaqwa."
Dalam ayat ini, Allah menyeru kepada hanya orang-orang beriman sahaja yang diwajibkan berpuasa. Ini memberi makna kepada mereka yang beriman, mereka pasti akan menunaikan ibadat fardu ini. Kedua, amalan berpuasa ini mempunyai objektif khusus, iaitu seperti disebut dalam ayat terakhir ayat tersebut, mudah-mudahan kamu bertaqwa. Diharapkan setelah selesai melakukan amalan fardu ini, seseorang itu akan terus bertaqwa kepada Allah Taala.Sidang pembaca budiman;
Dengan rasa hormat, saya mengucapkan Salam Ramadhan Mubarak kepada muslimin dan muslimat dan kepada para pembaca budiman sekalian. Semoga ibadah puasa dan segala amalan sampingan yang dikerjakan kita pada kali ini menjadi ibadah terbaik daripada yang terdahulu.Salam Ramadhan al-Mubarak al-Kareem

Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri dulu, sering berucap mahu menjadikan Malaysia maju ke hadapan menuju ke arah Wawasan 2020 dengan cara, corak, wadah, dan acuan sendiri. Apakah budaya yang ditonjolkan ini menunjukkan acuan yang ditekapkan oleh para pemimpin kita yang bijak bestari menjadi? Atau apakah inilah acuan kita?
Bukankah acuan kita penuh dengan budaya ketimuran? Bukankah acuan kita penuh dengan cara sopan santun yang tinggi?
Merdeka!
Punyai pelbagai makna dan tafsiran bagi setiap golongan dan lapisan masyarakat. Golongan muda beranggapan merdeka adalah perjuangan menentang penjajah dan perlu disambut ulang-ulang acap kali detik itu tiba dengan penuh kemeriahan. Golongan tua yang turut sama-sama dalam proses memerdekakan tanah air tentunya sangat bersimpati kepada golongan muda yang salah menafsirkan makna kemerdekaan. Golongan muda lebih banyak melihat kepada sebuah perayaan kemeriahan menyambut tarikh keramat itu sedangkan golongan tua (sebelum, semasa, atau selepas sedikit dari tarikh 31 Ogos 1957) lebih terarah untuk menyatakan bahawa perit perih para pahlawan, penduduk tempatan, para pemimpin bergabung bagi memastikan kemerdekaan sebenar dicapai.
31 Ogos setiap tahun disambut meriah semua lapisan, dari Pak Menteri sehingga anak-anak kecil. Tentunya setiap lapisan tersebut punyai makna dan tafsiran berbeza merdeka. Namun, adalah diharapkan agar makna merdeka tidak lari dari makna sebenar.
Zaman ini, bukan lagi kita meminta kebebasan negara tetapi kita perlu mempertahankan kemerdekaan yang ada. Kemerdekaan yang ada ini bukan hanya untuk mereka yang berada, bukan hanya kepada mereka yang berkuasa, bukan hanya kepada mereka yang punya kepentingan sahaja, tetapi jauh dari itu, merdeka ini untuk yang fakir melana, untuk rakyat jelata, untuk rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, fahaman politik, dan buat yang mahu memahami dan mahu berfikir.
"Hubbul wathoni minal iman" kira-kira beerti; cintakan tanah air separuh daripada iman.
Merdeka! Perpaduan Teras Kejayaan.
ara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos ini. Jika manusia, maka tentunya negara ini sudah terlalu matang dengan kehidupan kerana sudah cukup dewasanya.