22 May 2011
17 April 2011
Perasmian Pelancaran Program NILAM
Hari ini, 17 April 2011, aku telah diminta merasmikan Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh, Yan bagi tahun 2011.
12 April 2011
Kursus Pembinaan Portal
Salam...
Aku sedang mengikuti Kursus Pembinaan Portal di BTPN Kedah pada 11 - 13 April 2011. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Abdullah Jaafar, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Kedah. Beliau merupakan webmaster BTPN Kedah. Bertuah rasanya dapat berguru dengan beliau. Terima kasih Tuan Haji dan Puan Rosnah kerana turut menyenaraikan saya sebagai salah seorang peserta kursus ini.
13 April, sebenarnya aku turut menjadi urusetia Bengkel Ketua Patrol Pengakap Daerah Yan di PKG Yan, tetapi aku tak dapat hadir. Namun aku telah selesaikan beberapa perkara utk majlis tersebut. Terima kasih buat Cikgu Asri (PTP PKG Yan) dan Hafifi (FT PKG Yan) kerana turut membantu.
Salam Hormat...

Ahli Baru: Pn. Rosnah Saad
Selamat Menjadi Blogger buat Puan Rosnah Saad...
22 February 2011
salam...
assalamualaikum semua..
sudah lama saya tidak mencoret dalam ruangan saya ini. Komitmen pada tugas agak lebih. Sibuk. Tapi adakalanya penyibuk juga! Saya juga telah dan selalu melayari dan mengemaskini blog kedua berkaitan dengan tugas saya. Bolehlah melayari; http://pkgsungailimau.blogspot.com . Saya cuba jadikan blog kedua ini sebagai blog rangkaian kelompok sekolah-sekolah dalam tugasan saya untuk mereka dapatkan maklumat terkini.
Dan saya juga banyak outstationnye..Jadi kuranglah masa untuk mengemaskini kedua-dua blog khususnya blog peribadi Teratak Damai ini.
Salam hormat;
Luqman Hidayat
13 January 2011
DAULAT TUANKU
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis),
D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M.,
S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan,
Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.
16 JANUARI 2011
SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
KE-83
DAULAT TUANKU
04 January 2011
23 December 2010
Hari Lahir Mamaku...
Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
bila kuberduka..
engkau hiburkan selalu..
Ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku..
Selamat Hari Lahir Mamaku Sayang..
Melayar Samudera Sungai KT
Menaiki teksi air di Jeti Taman Tamadun Islam berfoya-foya (bersiar-siar) sekitar Sungai Kuala Terengganu dalam Misi Lawatan Sambil Bercuti ke Terengganu bersama keluarga.
21 December 2010
19.12.2010
Aku ke Majlis Perjumpaan Guru-guru Besar, Pengetua-pengetua, dan PPD Negeri Kedah bersama Pengarah Pelajaran Kedah dan Majlis Lawatan Kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke Kedah.
Pengarah Pelajaran Kedah, Tn. Hj. Abdullah Saad baru dilantik menjadi Pengarah Pelajaran Negeri menggantikan Tn. Hj. Shahidan Abdul Rahman yang bersara wajib Oktober lalu. Tahniah Tuan!
Kepada Dato' Abdul Ghapur Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia juga diucapkan tahniah atas pelantikan baru menggantikan Tan Sri Dato' Alimuddin Mohd. Dom yang telah bersara baru-baru ini.
Ucapan Dato' KPPM semasa majlis perjumpaan tersebut dirasakan hampir menyeluruh dalam dunia pendidikan tanah air dan merupakan ucapan sulung sebagai KPPM di negeri Kedah dan negara ini. Tahniah.
(Saya akan cuba coretkan secara minit curai' ucapan tersebut buat tatapan umum kerana sekarang saya sedang bercuti di Negeri Batu Bersurat-Terengganu. Dalam majlis tersebut, saya dipilih menjadi jurugambar BTPN Kedah. Terima kasih Cikgu Jefri MJ! Terima Kasih)

Subscribe to:
Posts (Atom)