MEMBANGUN DIRI, MEMBANTU INSANmemberi makna pada kehidupan

16 June 2010

Kelahiran Pertama Anak Saudaraku...



Mei lalu, ahli keluarga Hidayat bertambah lagi seorang. Dengan kehadiran 'orang baru', sikecil bernama KHAULAH AL-MUJAHIDAH bt Taufik, tok dan tokwannya kelihatan teruja. Toknya (mamaku) terlalu excited bersiang, bermalam, berpagi, berpetang dengan cucu pertamanya itu. Khaulah, dilahirkan pada awal pagi 17 Mei yang lalu di Gombak Medical Centre oleh ibunya (tentunya) yang juga adikku, Siti Fatimah Hidayah. Tahniah.

Apakah disebalik nama Khaulah dan Mujahidah? Menurut bapanya, Khaulah ialah seorang serikandi Islam yang berjuang pada jalan Allah. dan Al-Mujahidah bermakna pahlawan.

Aku membaca kisah Serikandi Khaulah dalam buku Pahlawan-pahlawan Islam dan aku mencarinya di internet. Nah! Hayatilah kisah Khaulah ini.

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.
Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Sekitar Hari Usahawan Muda 2010

Tarikh : 10 April 2010
Masa : 9:00 pagi – 3:00 petang
Aktiviti:

Permainan -
3 permainan akan dijalankan khas untuk guru, staf dan waris; -
Lelaki : Futsal -
Perempuan : Bola Jaring
Terbuka : Patanque
Tempat : Padang sekolah Pameran

- 6 badan akan dijemput bagi memeriahkan acara.
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan : Bahaya Dadah
- Klinik Kesihatan : Pemeriksaan Kesihatan
- TDM : Pertunjukan Senjata

Transaksi -
Semua transaksi jualan hanya menggunakan kupon rasmi sahaja. - Semua gerai tidak dibenarkan menerima wang tunai.

Perasmian
Dato' Wira Othman Abdul (bekas Ahli Parlimen Pendang)

Penghargaan:
Ucapan TERIMA KASIH tidak terperi kepada semua yang terlibat secara langsung dan terlibat secara tidak langsung terutama kepada para guru, PIBG, staf sekolah, warga kampung, murid-murid, agensi kerajaan, dan semuanya atas usaha sehingga Hari Usahawan Muda 2010 ini berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik. Terima kasih juga kepada para pengunjung.

Terima kasih juga kepada Cikgu Shamsul (SMK Pendang) dan Cikgu Zul (SM Model Khas, Pendang) yang turut meluangkan masa hadir. Terima kasih kepada Pak Samad (SMK APD) kerana membantu mempromosi dalam Portal PPD.

Terima Kasih kepada En Dzahran dan Dato Wira Othman Abdul yang menyumbang masing-masing RM 1000.00.

Terima kasih kepada warga kerja penduduk kampung yang sudi membantu sekolah untuk menyediakan makanan kepada agensi kerajaan.

Tahniah dan terima kasih.



















































































Sekitar Mesyuarat Agung PIBG sekolahku...

Tarikh : 31 Mac 2010
Tempat : Tentulah di sekolah aje...
Perasmian : Hjh. Ku Nor Hashita Ku Marzuki
(MDRT AmAssurance, AmBank Berhad)

Setiausaha : Penulis Blog Ini (heheheheee...saje jer nak bagi tau!!)
* zaman ini orang sudah tinggalkan bakul, orang gunakan forklift..
jadi, tiada lagi istilah 'angkat bakul sendiri...'



Menyambut Ketibaan Perasmi

Pemangku Guru Besar (PK 1), Pn. Faridah Awang mengiringi perasmi

dari kiri: PK 1, Perasmi, YDP PIBG (En. Mohd Yazid Abdul Rahman)


dengar je lah...
Ucapan Peramian, Hjh Ku Nor Hashita Ku Marzuki

30 April 2010

Kelainan Emosi: Jangan Pandang Ringan

PENGENALAN

Skizofrenia merupakan kecelaruan psikologi yang dicirikan oleh gangguan kognitif, gangguan emosi, dan tarikdiri sosial. Kecelaruan ini merupakan kecelaruan mental yang serius.
‘Skizo’ membawa maksud retak, manakala ‘frenia’ diertikan sebagai jiwa. Oleh yang demikian, seseorang yang menderita penyakit skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa. Ringkasnya, skizofrenia adalah sebuah penyakit mental yang teruk. Ia dicirikan oleh kecacatan berpanjangan kepada penerimaan seseorang penghidapmelalui gambaran alam sebenar atau realiti. Gangguan penyakit skizofrenia ini mempengaruhi daerah fungsi seseorang individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima, dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan sikap yang dapat diterima secara sosial.

17 March 2010

Salam Muhibbah

Assalamualaikum semua...

Terlalu lama saya tidak mengepos (posting) sebarang perkhabaran ke blog ini. Hal ini terjadi kerana 2 perkara;
Pertama: Pengurusan Masa
Kedua: Idea terhenti sementara

Huraian untuk perkara pertama:
Seharusnya kita memanfaatkan masa 24 jam yang dibekalkan. Semua orang dibekalkan 24 jam. Ada yang mampu membina pelbagai perkara dalam tempoh itu, ada yang separuh sahaja, dan ada pula yang hanya mampu berkata-kata dalam tempoh itu. Ada juga yang tidak berbuat apa-apa. Bezanya cuma antara semua ialah kebijaksanaan mengurus masa.

Huraian untuk perkara kedua:
Faktor idea yang kering itu ialah kurangnya membaca. Idea tidak dapat dib ina melalui akal pemikiran sahaja tetapi ia dapat dicerna melalui pembacaan, percambahan minda, perbualan, pemerhatian, dan pemikiran. Gabungan semuanya itu menjadikan idea itu tidak kering kontang dan sentiasa berterusan.

Kadangkala, kita mempunyai idea, tetapi ketika itu sibuk mengurus hal lain. Ada seorang guru saya berpesan, jika sedang memandu kereta pun, kalau idea datang, berhenti kereta dan catatkan kerana ia akan hilang dalam pandangan kita.

Saidina Ali (kalau tak silap saya) berpesan; "ilmu itu ibarat haiwan buruan, ia akan lari jika tidak diikat. Ikatan itulah penanya."

Saya akan terus mencatat coreta saya semula di sini. Nampaknya dunia semakin menarik untuk kita perbahaskan.

Wassalam....

12 November 2009

November Kembali Lagi...

Apabila masuknya bulan November, seolah-olah telah diberi isyarat bahawa seluruh alam persekolahan terutama bagi para pelajar akan berehat, bercuti. Cuti yang panjang, kira-kira 7 minggu. Para guru mungkin juga akan turut bercuti selama 5 minggu.

November yang datang ini telah aku rancang untuk pelbagai perkara. Aku rancang untuk (seperti berikut);

i)aku ada mohon nak kerja sambilan sebagai pemandu pelancong sewaktu LIMA 2009 Langkawi

ii) aku rancang untuk cuti-cuti Malaysia (dari Utara ke Selatan dan Timur)

iii) aku rancang untuk p umrah

iv) aku rancang untuk bantu my family urus Kem Motivasi

v) aku rancang untuk bantu my family buat satu mega project berpanjangan

vi) aku rancang nak hantar seberapa banyak artikel ke blog aku ini kerana sudah lama aku tak meninjau blog aku...

tapi ...

maybe hanya rancangan ke 4, 5 dan 6 sahaja dapat kulaksanakan kerana aku kena jadi Pengawas SPM pulak.

Salam Satu Malaysia


Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan telah memberi tumpuan kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasti, pendidikan, dan integriti memperlihatkan kesungguhan pemimpin baru hari ini untuk memastikan nikmat kemerdekaan yang dimiliki diisi dengan perkara terbaik supaya ia berada pada jalan yang betul.

Bagi Dato’ Sri Najib, 1Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”.

“Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
“Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep 1 Malaysia.”katanya.


Bukanlah menjadi perkara yang mudah untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum memandangkan Malaysia didiami oleh rakyat yang berbilang kaum dan etnik yang tentunya mengamalkan perbezaan budaya, bahasa, agama, dan lain-lain.
Namun perlembagaan negara yang telah menggariskan keistimewaan bahasa dan agama harus menjadi teras kepada keharmonian di negara ini.


Ibnu Khaldun telah menggariskan tiga kriteria utama untuk mempastikan kekuatan negara dan masyarakat. Pertama, perpaduan kebangsaan yang kukuh. Sifat benci membenci, menganiaya, menjatuhkan sesama sendiri harus ditukar kepada saling menghormati, saling memberi, bertolong-bantu.

Kedua, kuantiti dan kualiti sumber manusianya. Rakyat yang unggul dan cekap akan member makna nilai yang tinggi kepada negera dan masyarakat. Ketiga, Kejayaan dan kebangkitan bangsa hanya akan kekal jika rakyatnya sentiasa optimis dan mahu terus bekerja keras.

Sikap berkenaan barangkali dapat membuktikan kejayaan sesebuah negara terutama Malaysia mengekalkan demokrasi dan perpaduan negara ini. Inilah juga menjadi faktor Malaysia terus dapat bertahan sejak mula mencapai kemerdekaan lagi.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita dapat menghargai kemerdekaan yang dikecapi ini. Seharusnya amlan bersatu padu yang telah dizahirkan oleh kita selama ini harus diamalkan oleh setiap yang bergelar warganegara dengan mengenepikan apa jua fahaman politik.

Pemimpin dan rakyat perlu menghayati konsep 1Malaysia ini dan menghayati lapan nilai yang telah digariskan dalam konsep ini. Sesungguhnya Malaysia adalah negara kita, tiada mana-mana kaum akan terpinggir atau dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dn embelaan daripada kerajaan yang ada.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum sendiri. Malaysia adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya, atau fahaman politik.

20 September 2009

JEMPUTAN

Dengan rendah hati; saya dan isteri menjemput dan mempersilakan sekalian pembaca menghadiri jamuan Rumah Terbuka kami pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 4 Syawal 1430 / 23 September 2009
Masa : 4 - 7 petang (sahaja)
Hari : Rabu
Pakaian : Black Tie Event (tak lah).. Bersopan aje!

Harapan : Sekalian Pembaca dapat Hadir supaya menambahkan lagi keberkatan...amin

Terima Kasih

Salam Lebaran Aidilfitri

Assalamualaikum WRB...

Kepada semua muslimin dan muslimat, mama dan abahku, mak mertua dan pak mertua, saudara-maraku, ipar duaiku, sahabat handai, kawan-kawan, kenalan, adik-adik saudara, mak-pak saudara, guru-guruku yang diingati dan dihormati, yang berpuasa penuh, berpuasa tak penuh, yang berpuasa jarang-jarang, mahupun yang tak berpuasa langsung, atau yang hanya satu hari sahaja tak berpuasa hari lain semua tinggal, juga diucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
MINAL AIDIL WAL FAIZIN..

................................................................................................................................

Tahun ini pertama kali saya berhari raya jauh di kepulauan, tidak bersama mama dan abahku dan saudara maraku yang lain. Tetapi di rumah mertuaku di Langkawi. (huhuhu) Tidaklah janggal. Apakan daya, tahun ni aku kalah o-som dengan isteri...hehe..Tapi tahun depan sudah tentu aku akan berhari raya bersama mama dan abahku.

Hari raya kedua insyaAllah aku balik ke rumah mama dan abahku plak....
...................................................................................................................................

23 August 2009

Short Review: Rejab,Syaaban, & Kedatangan Ramadhan

Assalamualaikum WRB. (dan salam satu malaysia -bak kata pembaca berita RTM)
Blog saya terlalu lama tidak dimajukan ekoran kesibukan yang melampau. Saya merindui untuk menulis semula dan memajukan semula blog saya dengan tulisan-tulisan berbentuk peribadi.
Rejab yang datang pada 1 Rejab yang lalu telah meninggalkan kita dan membawa bersama-sama kepergiannya dengan pelbagai ganjaran daripada Allah Taala. Bulan Rejab ini merupakan bulan Allah.
Syaaban juga datang pada 1 Syaaban dan telah beberapa hari meninggalkan kita. Ia juga membawa bersama-samanya pelbagai ganjaran yang besar. Ia adalah bulan Nabi Muhammad SAW.
Kedua-dua bulan ini telah pergi meninggalkan aku. Pergi meninggalkan kita semua. Entahlah, samada ia pergi dan aku syahdu atau tiada apa-apa padaku, namun aku masih terasa betapa sesalnya tidak mengambil sepenuh tawaran yang ditawarkan pada bulan-bulan tersebut. Lalai juga! Cuai pun ada! Sayang, sayang! Aku kira-kira, congak-congak hanya 5% (mungkin) yang aku dapat daripada tawaran semasa bulan-bulan ini. Adakah dapat kuketemu lagi ia pada masa-masa mendatang? Atau adakah ini Rejab dan Syaaban terakhir buatku....
Ramadhan pula datang. Marhaban Ya Ramadhan. Hari ini, hari kedua Ramadhan yang mulia. AlhamdulilLah, marilah kita bersyukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan berada pada bulan mulia ini, Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat sama-sama memperbanyakkan aktiviti yang berpeluang untuk kita menerima laba daripada tawaran yang disediakan oleh Allah. Mudah-mudahan kita menjadi jutawan pahala sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga Bergelar Jutawan Ramadhan.
Semoga mencapai objektif seperti tercatat dalam surah Baqarah ayat 183;
"........ mudah-mudahan kamu bertaqwa"
Sesungguhnya Ramadhan sebagai sebuah madrasah, yang mendidik jiwa.

10 July 2009

Warkah Tahniah dan Takziah

Tahniah; kutujukan kepada saudari Mazwani atas selamatnya beliau melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya. Maaf, saya tidak dapat menghadiri majlis saudari tetapi saudari harus merasai kehadiran saya jua kerana barang hantaran saudari adalah jua sedikit sentuhan saya dan keluarga. (saya sikit ja sentuhnya)

Warkah Takziah buat saudari juga atas kepergian ke alam abadi Allayarham ayah saudari yang saudari kasihi. Saya pernah mencoretkan tentang ayah saudari dalam blog saya ini pada Ogos 2008 bertajuk Kelapa Tuan Yang Sarat Santan. Coretan itu ialah hasil perbualan saya dan keluarga semasa kami melawat ke rumah saudari tahun lalu selepas majlis Konvokesyen UIAM. Menarik dan bernas segala yang diungkapkan oleh Allahyarham Hj Marzuki. Sayangnya, saya tidak bergambar bersama Allahyarham, namun saya masih ingat raut wajah cerianya walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat.

Al-Fatihah.

25 June 2009

Salam Semua...



Maaf, saya sekarang sedang mengurus diri yang masih dalam keadaan kelamkabut. Jadi, saya tidak berkesempatan (walaupun masa memang 24 jam sehari) untuk mengemaskini maklumat baru yang harus dimuatkan dalam ruangan blog saya ini.

Banyak cerita baru yang akan saya muatkan dalam blog saya pada keluaran/hari mendatang. Menarik juga manusia hari ini. Pelbagai ragamnya. Nanti, saya akan muatkan.

Terima kasih kepada semua yang sudi melayari blog saya ini. Terima kasih.

07 June 2009

WALIMATUL-URUS

JEMPUTAN RASMI
Assalamualaikum wrb.
Kami sekeluarga dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan;

Tuan-tuan/ Puan-puan/ Dato'-dato'/ Datin-datin/

adik-adik/ kakak-kakak/ abang-abang/ orang-orang kampung/ rakan taulan

serta yang mengenali diri ini;

dan sefamili anda

ke
MAJLIS PERKAHWINAN ADINDA KAMI
SITI FATIMAH HIDAYAH & MOHD. TAUFIK
di: Kg Lalang. Siong, Baling, Kedah
pada: 13 Jun 2009 (Sabtu)
jam: 12 tgh hari -5 petang (aje)
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan akan menyerikan lagi majlis kami ini.
Terima Kasih

MOVElah...

Nasihat Al-Imam As-Shafie;

Tinggalkanlah tanah leluhurmu yang gersang dan jangan khuatir akan perpisahanmu dengan saudara-maramu. Sesungguhnya minyak atar itu pada mulanya hanyalah kekotoran; apabila ia diasingkan dari tempatnya, ramai orang yang menggemarinya.

Celak mata itu asalnya dari batuan di pinggir jalan; apabila ia diasingkan dari tempatnya akhirnya ia ditempatkan di pinggir mata manusia.

Aku akan pergi jauh merantau. Akan kugapai cita-cita atau aku mati di tempat orang. Jika aku mati, kepada Tuhan aku kembali. Namun, jika aku selamat, aku akan kembali ke kampung halamanku.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan, kerana dalam perantauan itu ada lima kegunaan;
i) menghilangkan kesedihan;
ii) mendapatkan kehidupan baru;
iii) mendapatkan ilmu;
iv) mengagungkan jiwa; dan
v) dapat berkenalan dengan ramai orang.

04 June 2009

Cuti Sesi Persekolahan

Dan sesi persekolahan penggal pertama pun bermula. Maka bercutilah ramai warga pendidikan. Tetapi, warga pendidikan sebenarnya bercuti; dalam bertugas dan bertugas; dalam bercuti.

Dan bercutilah mereka; tetapi menyemaklah akan mereka kertas periksa. huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...