21 January 2009
Pertunangan:sebuah pengalaman bernilai
Rombongan kami disambut oleh bapa pasangan perempuan dengan berbaju merah dan senyuman yang lebar.
Pada hari tersebut, majlis kenduri diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
Tunggulah pula sehingga bulan Januari 2009 nanti.
Legasi Hidayat
Mama dan abah;
Permata hatiku sepanjang zaman
Seringku teringat siang dan malam
Kuharap mama dan abahku;
sihat sejahtera,
aman bahagia,
suka gembira sentiasa..
dan akan kucuba lengkapkan hidup kalian dengan kasihku sebagai anakmu...
mama dan abah yang kukasihi!!
Kami, lima bersaudara;
dalam Legasi Hidayat

Abangku Imran Hidayat...
Kini telah berkahwin dan bekerja di Terengganu.

Aku...Luqman Hidayat..
Seorang blogger dan reporter..
Aku memang minat menulis dan berpuisi..
Respon kawan-kawan, bahasaku dalam dan payah difahami..
Aku puas apabila hasilku orang baca..

Dikma...Fatimah Hidayah..
Sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana (masters) di UIAM..

Ammar Hidayat...
Masih menuntut di UIAM, Gombak..

Basheer Hidayat...
Masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir..
Debaran 2
Pertama; sewaktu berkhatan.
Kedua; sewaktu akad nikah.
Sungguh mendebarkan...
Bekuai yang kutinggalkan..
29 December 2008
Disember: bulan musibah?
22 December 2008
Operasi Tangkap Gajah
Pengalaman menyertai rombongan Pejabat Perhilitan Perak dan Unit Tangkapan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang sangat bermakna.
Operasi tangkapan gajah liar di Hutan Bukit Sapi, Lenggong, Perak pada 5 Disember 2008 lalu merupakan pengalaman besar mengikuti operasi penuh cabaran terutama kesabaran. Apa tidaknya, membawa keluar gajah liar dari puncak hutan berkenaan memakan masa berjam-jam dan hampir 5km. Perjalanan dari jalan raya utama Gerik-Lenggong ke jalan masuk hutan ini kira-kira 7km.
Gajah liar berkenaan yang dinamai 'Minah Sapi' telah diiringi oleh dua ekor gajah pendenak iaitu Lokimala dan Che Mek. Dikhabarkan Lokimala dan Che Mek masing-masing berumur 70 dan 60 tahun. Lokimala sudah tua serta matanya rabun.
Rupa-rupanya, pakar psikologi gajah ramai terdapat di India. Beberapa peralatan kawalan gajah juga masih menggunakan nama dari India antaranya Gobti (dapat dibandingkan seperti stereng keretalah fungsinya). Bahasa Gajah juga banyak dari India seperti yang digunakan oleh pemandu gajah (lihat dalam video atas).
11 December 2008
Datuk R.I - sebuah pemergian terkesan
[Hadis Riwayat Abu Darda’]
[Al-Baqarah, ayat 286]
09 December 2008
Sungai itu Kehidupan
lekuknya bengkok
panjang dan deras
ikan-ikan, rumpaian, hujanan
teman perjalanan
ada sebatang balak tumbang
bedeburrr!!!
halangan perjalanan
namun perjalanan harus diteruskan
tanpa henti-henti
tanpa henti-henti lagi
deras dan menderas
tanpa berpatah kembali
suatu hari sungai itu
perlahan-lahan, per-la-han-lahan
ia berhenti jua
berhenti buat lamanya
sungai itu kehidupan!
Warkah Terbuka Buat Diana Danielle

Percintaan. Perkahwinan. Kebahagiaan. Tiga elemen yang berbeza tetapi ia merupakan peraturan yang sewajarnya dialami oleh sesebuah perhubungan. Ia juga sangat berkaitan dan saling memerlukan. Tiga elemen ini dapatlah dinamai sebagai rantaian perhubungan.
Manusia biasa apabila telah mengalami perasaan rasa ingin dikasihi dan mengasihi sesama berbeza jantina adalah lumrah. Dan diciptakan manusia berbeza-beza jantina, fahaman, sukuan, bangsa, warna kulit, sifat, keadaan, dan perbezaan kecil antara manusia. Namun, itulah dikatakan unik apabila dua orang berbeza jantina, berbeza pendapat dan fahaman, atau warna kulit dan sifatnya, dapat bersatu sehingga tercipta pepatah ikan di laut, asam di darat, bersatu jua dalam belanga!
Inilah juga dikatakan sebagai cabaran setiap pasangan untuk mengadun semua elemen perbezaan tersebut bagi sama-sama menempuh alam perkahwinan dan akhirnya membawa kepada satu halatuju iaitu kebahagiaan.
27 November 2008
Sejarah Zaman Bahasa Melayu Moden
Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negeri-negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat antaranya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh penjajah Inggeris, manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Pengaruh budaya dan tamadun Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini, dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berkembang di alam Melayu.
Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain jatuh menjadi bahasa vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan sahaja.
Menurut rencana yang dipetik dari web www.ib.edu.my/bm-net/bahasa/perkembangan_bahasa_melayu menyatakan bahawa pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya. Setelah kerajaan Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).
Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al-Imam (1906), kemudian muncul zaman SITC - Pejabat Karang Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945-1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950-1957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.
Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak - berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun ditekan dan dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku besi.
Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya - Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984).
Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa yang kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak dasar pendidikan kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa penyata, akta, dan penggubalan Perlembagaan Negara telah diluluskan seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Ordinan Pelajaran (1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.
Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam, dalam mahkamah, dan di semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Siam
ASAL USUL
Semua penulisan yang diketemui mengatakan bahawa orang Siam berasal dari kawasan tengah Asia yang membentuk negara Mongolia dan Cina hari ini. Phrarajphongsawadarn oleh Phrarajhatlekha, Phongsawadarnchatthai oleh Phra Boriharnthepthani dan Sejarah Asia Tenggara (1971) oleh D.G.E. Hall sepakat mengisahkan perihal tanah asal orang Siam di Asia Tengah.
Dipercayai bahawa sekitar 7000 tahun dahulu mereka mendiami kawasan pergunungan Altai (Mongolia) dan sekitar 2500 tahun kemudian berkembang hijrah ke selatan yang lebih subur dan membina penempatan kekal di lembangan sungai Hoang Ho dan Yang Tze Kiang kerana selain sebagai penternak nomad, mereka juga petani berkebolehan. Penempatan kekal telah mewujudkan puluhan negara kota orang-orang Siam seperti Sze Chuan, Cheang Tu, Hu Pe, Hu Nan, Auhui di wilayah Sze Chuan dan Kwang Chao di negara Cina hari ini.
Sama ada disebabkan bilangan penduduk semakin ramai atau pergolakan sesama sendiri dan tekanan orang Cina dalam rentetan sejarah yang panjang, orang Siam mulai bergerak turun ke selatan dari penempatan besar mereka di Chungking. Orang Cina sebelum ini hidup secara nomad mulai membina kekuasaan dan menekan pengaruh ke atas orang Siam. Pada beberapa peringkat dengan diketuai oleh raja-raja mereka, orang Siam dapat memperlahankan penghijrahan mereka ke selatan. Orang Cina, menggelar nama kerajaan mereka sebagai ‘Syamkok' atau Ailao. Dari nama ini barangkali kita mengenali orang Siam atau Lao.
Antara tahun 757 masehi, kerajaan Siam Nancao di wilayah Yunan, selatan Cina telah wujud sebagai sebuah empayar yang luas hingga ke Syam dan hulu sungai Irrawadi. Sedang lembah Menam Chao Phraya masih di bawah pengaruh Khmer mulai didatangi oleh beberapa gerombolan Siam dari Muang Se, Tong King dan Annam. Mereka menjarah lembangan Mekong dan menjadi penduduk tetap Angkor Wat. Pada abad-abad seterusnya, lembangan Sungai Ping, Wang, Yom dan Nan mulai menerima pendudukan Siam. Beberapa kerajaan kecil yang merdeka wujud dan Phayao, salah sebuah wilayah di Thailand hari ini telah wujud semenjak TM 1096, diikuti dengan negeri kota di Ciengrai, Ciensen, Ciengmai, Sua (Luang Prabang) dan lain-lain.
Penaklukan ke atas Nancao oleh Kublai Khan (TM 1253) telah merubah taburan penempatan orang Siam di kerajaan kecil di selatan. Sukhothai (wujud sejak TM 1238) dan Luang Prabang di lembah sungai U mulai berkembang membentuk empayar Lannathai, walaupun akhirnya Sukhothai lebih dikenali. Kehancuran Nancao turut mengecilkan perkembangan kerajaan Siam Ahom di Assam (India) tetapi menyemarakkan perkembangan mereka di Sipsong Panna dan Sipsong Cuthai.
Sukhothai dianggap mencapai zaman keemasan semasa pemerintahan Rama Khamheng dan orang Siam mengingatinya sebagai pengasas huruf tulisan bangsa ini. Perluasan empayar Sukhothai dipercayai hingga ke Hujung Tanah (Johor - Singapura) walaupun tidak ada bukti kuukuh. Namun begitu, kerajaan Lavo, Khamphengphet hingga ke Caiya dan Ligor di Segenting Kra dianggap sebagai sebahagian empayar tersebut.
Sewaktu Sukhothai meniti zaman kemerosotan raja U-Thong (nama Kerajaan) membina kota baru ‘Dvaravati Sri Ayudhya' di sebuah pulau di Sungai Chao Phara. Di sebelah Luang Prabang pula, Fa Ngum berusaha membina empayar Sejuta Gajah (Lan Cang).
MASYARAKAT SIAM DI MALAYSIA
Satu cara yang difikirkan paling sesuai dapat memperkenalkan masyarakat Thai ialah dengan mendefinisikan masyarakat Thai itu sendiri sebagai suatu entiti yang dikenali. Linguistik misalnya, ia seharusnya melangkaui penyediaan kamus bahasa semata-mata dengan merujuk kepada nada bunyi juga.
Kedua, daripada segi ethnologi dan folkloristik. Ethnik Thai merupakan penduduk minoriti di Malaysia. Sebagai komuniti kecil dan terpisah-pisah, mereka membentuk ruang sosial dan ekonomi tersendiri dan berbeza di utara Semenanjung Malaysia; Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Beberapa penulisan bersifat etnologi telah memberi maklumat berguna terutama adaptasi sosial dalam sekitaran sosio-budaya Melayu dominan. Antara pengkaji awal; C. Archaimbault, Louis Golomb, Mohamed Yusoff Ismail, dan Robert Winzeler. Satu perkara yang jarang disentuh, tetapi sering disebut dalam penulisan tadi, berkenaan asal dan masa etnik Thai ini mewujudkan perkampungan mereka.
Dewan Negara yang bersidang pada 3 Disember 2001 dimaklumkan bahawa terdapat seramai 50,211 orang penduduk keturunan Siam di negara ini. 38,353 orang merupakan warganegara Malaysia dan Laporan Banci Penduduk dan Perumahan (1991) mendapati jumlahnya 36,184 orang. Dari laporan tersebut didapati orang Siam mendiami negeri bersempadan dengan Thailand, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Pulau Pinang walaupun agak jauh sedikit tetapi kedudukannya sebagai zon perindustrian menarik minat penghijrahan mereka di samping terdapat penduduk Siam yang tetap, sama ada dari Kedah atau Thailand.
Secara umumnya mereka merupakan penduduk luar bandar, terutama di daerah Pendang, Baling, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik (Kedah), Tumpat dan Pasir Mas (Kelantan) serta Pengkalan Hulu (Perak). Kehidupan budayanya tidak banyak berbeza dengan saudara mara di Thailand (Selatan). Hampir keseluruhannya beragama Buddha, dilambangkan oleh biara (wat) dan para bikkhunya yang memakai jubah serba kuning dengan kepala digondolkan sebagaimana bikkhu pertamanya; Putera Sidharthak, pengasas agama ini dari Kabilavasthu (India-Nepal). Bangunan wat yang unik dengan ukiran seni tampak Siam merupakan satu citra/ imej tersendiri. Rupa bentuk ini perlu terus dipelihara dengan beberapa penyesuaian, mungkin reka bentuk tempatan, tulisan rumi dan bahasa Melayu.
Dari aspek 'pelancongan - budaya' (cultural tourism) orang Siam boleh dikenali daripada dialek bahasa (dialek Thai Ligor atau Che' He), pakaian, seni persembahan, beberapa simbol di sekitar kawasan kediaman - 'Kathiau' perkuburan atau 'bua', perayaan dan amalan adat. Seni persembahan yang masih diwarisi ialah menora, wayang gedek (nang talung), ram klongjau dan ramvong. Seni ini sering diperagakan sempena perayaan atau pesta tertentu - Loy Krathong, perasmian bangunan tertentu di wat-wat, sambutan kepada para tetamu/ pembesar, majlis perkahwinan atau di perayaan tahun baru; "Songkran".