Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama
saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah
Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah
gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami
mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai
program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk
membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan
bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara
spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah.
Dengan cara ini
kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami
berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja
Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/=
setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih
dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil
m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya
m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan
4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan
memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang
saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu
tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya
panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya
bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara
ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”.
saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani,
Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun
bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi
Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam
suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu
mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab
pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati
akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab
secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa
manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa
orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz
itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz
itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang
berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa
bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat
pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang
berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang
saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi
berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu
Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah.
Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa
saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula
dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.
Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak
mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur.
Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam,
tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah
dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya
dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan
Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah
pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi
pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan
kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan
rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik
saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya
sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya
hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya
telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan
ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya
menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah
dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah
betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam
turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak
gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita
ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan
Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita
cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah
berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud &
Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini
sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu
Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan
masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk
tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak
Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana
permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang
agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan
dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di
Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan
kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi
oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3
qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat
mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.